Wednesday, March 17, 2010

Menanti Hari Esok......

بسم الله الرحمن الرحيم
Saya mulakan coretan dgn kalimah Bismillah,
semoga niat yg baik bakal beroleh berkat,
sentiasa terbimbing mencari keredhaan Allah,
agar berbahagia hidup di dunia serta di akhirat.

Dalam tempoh seminggu dua kebelakangan ini,
saya agak sibuk & perlu uruskan beberapa hal sikit,
terutamanya hal berkaitan "dialog" tempoh hari,
hingga penat berfikir menyebabkan "kepala sakit" !!!

Perlu telefon sana ~ harus telefon sini,
buat surat macam tu ~ buat surat macam ni,
habis duit dan masa tanpa disedari,
demi memastikan urusan pejabat mampu harmoni...

Namun ada juga rakan yg tak boleh diharap,
bak kata pepatah ~"baling batu sembunyi tangan",
sebelum ni ~ dia macam hebat hingga marah menyirap,
bila dah bawa usul ke Pihak Atasan ~ dia yg "gostan".

Tindakan"nya" bakal memerangkap rakan yang lain,
sedangkan sebelum ini majoriti sudah sepakat "sain",
hantar "Surat Aduan" sebagai bukti dan "complaint",
agar salahlaku "Boss" dikenakan tindakan displin.

Jelaslah manusia jenis begini tak boleh dipercayai,
hanya mementingkan "keselesaan" diri sendiri,
sanggup buat apa saja demi menyelamatkan diri,
hatta "menginayai" kawan pun dia terlebih sanggupi...

Biarkanlah "dia"...dan kita tengoklah macamana nanti,
kerana esok ~ Ketua PTA+PTA+KK Divisyen akan datang,
sebagai "follow-up" sesi "dialog" pd 23/02/2010 tempoh hari,
mungkin akan ada "keputusan" bakal berkumandang......

Eloklah begitu ~ kerana permasalahan telah terlalu lama,
hingga rakan-rakan sekerja kerap @ selalu teraniaya,
dengan salahlaku "Boss" yang sentiasa bermaharajalela,
seperti kata pepatah "Bersultan Di Hati & Beraja Di Mata ".

Menanti hari esok yang mungkin bakal diluar jangkaan,
menyebabkan saya harus bersedia dengan tenang hati,
namun..."Yang Benar ~ tetap akan saya perjuangkan",
semoga Allah memberikan hidayah dan kekuatan diri.

Sehingga tibanya hari esok ~ saya hanya mampu berdoa,
agar keputusan yang baik bakal menyebelahi kami,
serta dijatuhkan hukuman pd "mereka" yg berbuat aniaya,
serta dilindungi pada "mereka" yang telah dianiayai......

Dan......hanya pada-Mu Ya Allah ~ saya berserah,
agar segala yang susah bakal menjadi mudah......
penantian yang merunsingkan bakal ternoktah,
akhirnya......semoga Allah memberikan saya inayah.

Insya`Allah......

Sekian & Wassallam.

No comments: