بسم الله الرحمن الرحيم
Kalimah Bismillah memulakan hasil coretan,
semoga kita dirahmati Allah sentiasa,
sentiasa di dalam taufiq & hidayah dari-Nya Tuhan,
berbahagia hidup "disini" dan kelak "disana"......
Saya cuba untuk "mengotakan" janji yang usahakan,
namun...setelah 2 kali mencuba masih "terbengkalai",
kerana baru ingin "menyiasat" telah ada halangan,
ramai pula datang ke pejabat sambil "bersantai"......
Ceritanya begini......
Pagi tadi ~ menghubungi rakan sekerja di pejabat sekali,
baru dapat sedikit maklumat ~ dah ada tetamu,
jadi niat utk dapat gambaran kisah semalam terhalangi,
kena tunggu masa sesuai agar perbualan tidak diganggu......
Namun...niat untuk meneruskan "siasatan" terus "terencat",
kerana dapat panggilan ~ rakan seperumahan minta bantuan,
minta "repair"kan salur paip sinki yg dah 3hari tersumbat,
"dia" terpaksa "tapaw"makanan krn sinki tak boleh digunakan.
Dari pagi hingga menjelang tengahari ~ saya berusaha,
agar permasalahan salur paip sinki tersumbat ~"OK" kembali,
entah berapa lama "lemak+minyak"telah bermaharajalela,
sehingga keladaknya ~ punyalah banyak ..."berkati-kati"...
Setelah bertungkus lumus hampir 3 jam dgn kekotoran,
dengan menggunakan pelbagai rancangan dan pendekatan,
serta dibantu juga oleh isteri kesayangan,
Alhamdulillah..."kesumbatan" berjaya dileburkan,
dan akhirnya salur paip sinki berjaya dibersihkan,
Alhamdulillah...tak sia-sia usaha yang dilaksanakan......
Alhamdulillah...rakan seperumahan turut merasa lega,
kerana kini masalah"nya" telah berjaya diuruskan,
dan saya pun turut tumpang gembira,
kerana dapat mempraktikkan sedikit kemahiran......
Seperti selalu...penat-lelah saya diberi ganjaran,
kerana rakan seperumahan ~ maka "caj" nya taklah mahal,
saya hanya "claim" upah+barang ~ 65% dari harga pasaran,
tak kisahlah...sikit pun tak apa...janji rezeki halal !!!
Setelah membersihkan diri & menikmati juadah tengahari,
saya cuba menghubungi rakan sekerja sekali lagi,
namun masih tergendala seperti ketika pagi tadi,
kerana ada tetamu yang sedang menggunjungi......
Alahaiii......Hmm...saya ingat petang nantilah,
untuk saya kembali "mengorek" rahsia dari rakan,
kerana saya ingin nak berehat ~ melegakan penat-lelah,
setelah menyelesaikan "kerja part-time" yg diluar jangkaan...
Jadi...Insya`Allah ~ malam nanti saya sambung cerita,
bagaimana "episod" seterusnya tentang "Boss" & pejabat,
maka...sehingga saat yang dinantikan itu tiba,
izinkanlah saya melepaskan penat-lelah dengan berehat......
Insya`Allah...hingga jumpa kembali,
sekian dulu rasanya untuk kali ini,
harap sudi maafkan kerana kekurangan diri,
yang masih tak mampu "mengotakan" janji......
Cerita bakal disambungi......
Sekian dan Wassallam......
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment