بسم الله الرحمن الرحيم
Nukilan dimulakan dengan kalimah Bismillah,
semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah,
hidup di dunia dengan penuh nikmat dan baroqah,
serta sentiasa dianugerahkan-Nya taufik dan hidayah.
Debaran yang mengetar perasaan telah beransur reda,
terutamanya pada anak bujang saya serta seisi keluarga,
kerana keputusan peperiksaan SPM beliau telah diterima,
semalam ~ ketika pagi hampir bertukar tengahari adanya...
Kami tiba di sekolah setelah menjamu selera di kedai,
kerana pagi itu ~ anak bujang saya belum bersarapan,
suasana ketika itu belum sibuk ~ kehadiran belum ramai,
mungkin ada menjangkakan keputusan lambat dikeluarkan.
Anak bujang saya menjadi pelajar pertama,
yang menerima keputusan dari Guru Kelas,
walaupun sebenarnya ada 4~5 rakan dah bersedia,
mungkin rasa takut ~ mereka nak ambil keputusan "last"!!!
Anak bujang memanggil saya untuk turut bersama,
seperti rakan yang lain ~ dia mungkin bimbang juga,
mujurlah dengan Guru Kelas tersebut saya dah biasa,
maka...keputusannya diumumkan dan bukan lagi rahsia.....
Alhamdulillah kepada Allah Yang Maha Esa,
dan kepada Guru Kelas tersebut saya berterima kasih,
tahniah juga buat anak bujang saya yang telah berusaha,
kerana ganjaran hasil usahanya dulu kini telah diperoleh.
Alhamdulillah...dia beroleh keputusan yang cemerlang,
menduduki "ranking" pertama di dalam kelas"nya",
kami suami isteri bersyukur hingga air mata berlinang,
tanda meraikan kejayaan"nya" ~ restu dari Yang Maha Esa.
Pada keluarga di kampung yang sedang menanti berita,
kami hubungi memaklumkan keputusan yg telah diterima,
mereka terkejut+terharu serta tumpang gembira,
kerana cucu sulung lelaki berjaya juga seperti kakaknya.
Kami melakukan Sujud Syukur setelah semuanya selesai,
tanda kesyukuran kepada Allah atas ganjaran yang diberi,
tidak termampu ditukarganti akan kegembiraan yg dirasai
kerana anugerah Ilahi sungguh tidak "terperi".....
Alhamdulillah...mungkin inilah ketentuan dari Ilahi,
Alhamdulillah...kerana memberkati usaha & doa kami,
Alhamdulillah...berkesempatan lagi kegembiraan dikecapi,
Alhamdulillah...kerana Allah masih mengasihani kami......
الحمد لله ربّ العالمين
Sekian dan Terima Kasih.
Wassallam.
2 comments:
Alhamdulillah!!! :D
Alhamdulillah & terima kasih.
Post a Comment