بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah sentiasa merahmati saya dan anda,
dalam apa jua perkara kebaikan yg dilakukan,
beroleh hidayah-Nya secara kerap serta berganda,
disamping beroleh keredhaan-Nya dlm kehidupan.
Kelmarin saya dan isteri ke Kuala Lumpur bersama,
menziarahi anak perempuan kami yg belajar di sana,
serta membawa "dia" bersiar-siar sekitar Ibukota,
sambil menyulam kemesraan sesama keluarga.
Anak bujang saya pula tak mahu ikut sama,
katanya ada program dengan rakan sekerja,
maka hanya kami berdua sahaja menuju ke Ibukota,
demi menyempurnakan janji yang telah direncana.
Di Kuala Lumpur ~ kami ke Jln Tunku Abd Rahman,
mencari beberapa helai selendang serta kain pakaian,
singgah di Medan Selera Masjid India mencari makanan,
sekadar "melapik perut" dari godaan kelaparan.
Mak oii...Medan Selera nya sempit dan penuh sesak,
pelbagai juadah makanan ada disediakan,
punyalah ramai pelanggan ~ maklumlah waktu puncak,
hingga tiada kerusi yang sentiasa kekosongan.
Masakan dan harganya...hmmm...bolehlah tahan,
paling laku ~ ikan bakar judu air asam pula,
tak sesuai duduk lama macam kat tempat kediaman,
kerana orang lain juga ingin menikmati juadah juga,
itu sebab habis sahaja makan ~ kami terus jalan,
nak jengah tempat lain ~ tengok apa yang dijaja peniaga.
Jalan-jalan di Jln Tunku Abd Rahman,
boleh "rambang mata" dan "confirm" sakit kaki,
kerana terlalu banyak kedai menjual aneka pakaian,
hingga keliru ~ yang mana satu berkenan di hati.
Selepas membeli 2 helai selendang dan telekung,
kami menghala pula ke Pusat Kraf Tangan,
di Jalan Conlay lokasi pameran berlangsung,
pelbagai aneka kraftangan jadi tontonan.
Beraneka jenis kraftangan ada dipamerkan,
kebanyakannya hasil kerjatangan rakyat tempatan,
halus+berseni+banyak kepelbagaian & ketertiban,
ada produk dari rotan+mengkuang+kayu-kayan,
songket+batik+manik+tembikar+hasil lukisan,
juga barang tembaga+perak senihalus ukiran,
terdapat juga alat muzik warisan zaman berzaman,
ada untuk pameran dan ada juga untuk jualan,
terlalu banyak hingga kami "surrender" kepenatan.
Suasana di sana ~ Alhamdulillah...tenang terasa,
binaan+hiasannya cantik serta persekitarannya damai,
"landscaping"nya menarik dan memikat mata,
hingga "berlama-lama" kami sekeluarga bersantai......
Sholat Zohor & Asar di Masjid Ash-Shafie Tmn Maluri,
sambil menanti kedatangan anak bujang dan rakan,
katanya datang ke KL dengan menaiki keretapi,
terus ke KL Central ~ Pusat Setempat Perhentian.
Ingatkan "dia" dan rakan faham selok belok kat KL,
minta jumpa di Masjid Jamek tapi sesat di saat akhir,
terpaksa kami cari "dia" krn "kepalanya dah senggal ",
kerana petang dan waktu Maghrib semakin hampir.
Kami ke JJ untuk membeli barang keperluan,
sebagai bekalan & kegunaan anak perempuan saya,
kemudian hantar "dia" ke Desa Siswi tempat kediaman,
dan pulang hantar rakan anak bujang saya ke rumahnya.
Setibanya di rumah...sakit kaki dan letihnya badan,
mungkin kerana terlalu jauh & lama berjalan-jalan,
setelah makan & bersholat menunaikan kewajipan,
akhirnya semuanya "pengsan" kepenatan.
Demikianlah secebis coretan sejarah kelmarin,
untuk tatapan anda dan saya,
ini kisah benar tau ~ bukan main-main,
percaya tau jangan tak percaya.....
Sekian dulu untuk kali ini,
Insya`Allah...bakal berjumpa lagi,
di lain nukilan ~ di lain hari,
dengan cerita lain yang mungkin sensasi......
Sekian+Wassallam+Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment