بسم الله الرحمن الرحيم ~ kalimah Suci memulakan coretan,
السلام عليكم ~ doa & harapan murni utk pembaca budiman,
الحمد لله ~ Allah masih memberikan saya kesempatan,
إن شاء الله ~ melakarkan secebis pengalaman untuk tatapan.
Hari ini saya kerja OT "syif " pagi,
dari jam 0700 pagi hingga 1300 petang,
sebelum masuk semula untuk "syif " biasa malam nanti,
Alhamdulillah...hati girang dan fikiran pun lapang.
Pagi tadi masa pertukaran "syif " pagi berlansung,
Abang Senior yg "duty" semalam ~ menyuarakan kebimbangan,
tentang hal pejabat & jawatan "Boss" yg bakal ditanggung,
kerana masalah kesihatan & kekurangan kemahiran pentadbiran.
Kepada saya ~ pelbagai cerita yang dilalui"nya" diperdengarkan,
tentang nasihat kpd beliau dr Pihak Pentadbiran & Pihak Atasan,
agar beliau mencuba dulu memegang "tanpuk kekuasaan",
bagi tujuan memahirkan diri & mengumpul pengalaman,
namun...nama saya juga yang beliau terus sebut & syorkan,
mengambil-alih tugas "Boss" demi kelancaran pentadbiran...
Saya menerangkan kepada beliau tentang "prosedur kerja",
dengan cara berhemah penuh diplomasi terserta,
namun...kebimbangan"nya" masih bergolak di dalam dada,
hingga jelas tergambar dalam bicara dan expresi muka......
Maka...untuk mengurangkan kebimbangan"nya" itu,
saya bersetuju membantu"nya" ~ namun bersyarat,
agar beliau menyertakan "hitam-putih" terlebih dahulu,
supaya nanti tak jadi "isu" dan jadi bahan kejian & umpat......
Beliau bersetuju ~ dan kembali berfikiran "positif ",
kerana kini kebimbangan"nya"mulai beransur reda ,
"dia" yang sebelumnya "pasif " ~ kini telah kembali "aktif ",
kerana dah ada "back-up"...dan "back-up"nya adalah saya !!!
Hmm...selepas ini ~ saya harus sentiasa bersiap-sedia,
kerana Abang Senior meminta saya berjumpa Pihak Atasan,
demi berbincang bagaimana kelak pentadbiran akan dilaksana,
agar dapat dicari kebaikan bersama pada satu titik persetujuan.
Sementara itu ~ jadual kerja & hal pentadbiran perlu dirangka,
kerana mulai 01hb April ini ~bantuan saya diikhtiraf kembali,
bagi memastikan kelancaran perkhidmatan seperti sediakala,
agar "kisah yg telah tercemar" tidak berulang lagi.
Semoga Allah memberikan saya inayah+hidayah & kekuatan,
untuk saya bertindak secara bijak dan saksama demi kebaikan,
walaupun bukan saya yang memegang "tanpuk kekuasaan",
namun demi kesejahteraan bersama ~ saya perlu hulurkan bantuan...
Akhirnya......
Kita tengoklah macammana keputusannya nanti,
mungkin rahsia Tuhan bakal terungkai kembali,
namun...sebagai hamba-Nya yg jahil dalam serba-serbi,
saya hanya mampu bertawakal saja setelah usaha dilaksanai...
Sekian dahulu hasil nukilan untuk kali ini,
Insya`Allah ~ kita bakal berjumpa lagi,
di lain coretan ~ di "alam siber" yg penuh "berinformasi",
semoga niat yang murni ini direstui dan diredhai Ilahi.
Insya`Allah......
Sekian dan Wassallam.
No comments:
Post a Comment