بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji hanya untuk Allah,
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
hanya kepada-Mu Ya Allah ~ saya berdoa dan berserah,
semoga dipermudahkan-Nya utk saya bercerita kembali......
Sebenarnya ada banyak perkara ingin saya nyatakan,
untuk tatapan anda sebagai bahan perkongsian pengalaman,
namun...ruang dan masa saya agak berkurangan,
maka...sekadar cerita biasa sahajalah akan saya nukilkan.
Hari ini...anak-anak "Ikan Gappy Import" makin berganda,
dari 17 ekor kini hampir mencecah 40 ekor pagi tadi,
itupun saya kira anak ikan tersebut "agak-agak" sahaja,
tak "dan" nak kira bila semuanya berenang ke sana ke mari.
Maknanya ~ kini ada 3 tahap tumbesaran berbeza,
pada anak-anak "Ikan Gappy Import" tersebut,
ada besar sikit + sedang dan kecil-kecil juga,
bila beri makan... semuanya "comel"~ berebut-rebut!!!
Alhamdulillah...nampaknya sehingga ke hari ini,
belum ada "Ikan Gappy Import @ Kampung" yang mati,
nampaknya "mereka" mampu bertahan sehingga kini,
mudah-mudahan ~ berkekalan dan bertambah lagi "populasi".
3ekor "Ikan Betina Gappy Kampung" tempoh hari,
belum ada tanda-tanda bunting lagi ~ mungkin masih muda,
tak kisahlah bila "status"nya akan bertukarganti,
janji semuanya dalam satu akuarium hidup aman bersama.
Mungkin akan ada tambahan dalam tempoh terdekat ini ~
bilangan anak-anak "Ikan Gappy Import" dalam akuarium,
kerana salah seekor "induknya"masih bunting lagi,
kalau anak ikan jadi berganda ~ makin "luas"lah saya tersenyum.
Alhamdulillah...nampak gayanya semuanya berjalan lancar,
"Ikan Gappy Kampung dan Import "saling baik "berinteraksi"
semoga "kemuafakatan" sesama "mereka" tidak "tercalar",
agar tiada" konfrantasi" sehingga boleh menyebabkan mati.
Kini...saya akan sering memantau ikan-ikan tersebut,
agar dengan izin Allah ~ semuanya mampu bertahan dulu,
kalau majoriti banyak yang hidup ~ takdalah fikiran "berserabut",
cuma perlu jaga yang dah membiak agar hidup sihat selalu.
Sambil melihat aksi ikan ~ nikmat dan kebesaran Allah kita syukuri,
kerana...dgn izin Allah ~ melihat "gelagat" ikan juga satu "terapi",
disamping mampu mengurangkan "stress" dan menghiburkan hati,
dapat juga mengimbangi tahap "kewarasan" akal dan nurani.
Tak salah rasanya ~ asal sahaja perbuatan tersebut diredhai Ilahi,
namun...tidaklah sampai perintah wajib kepada Allah kita lupai,
kerana "terapi" paling berkesan yang tiada tolak bandingnya lagi,
ialah kepada Allah kita memperhambakan diri seikhlas hati......
Akhirnya......
Sekian dulu coretan untuk kali ini,
Insya`Allah ~ di lain masa bakal bertemu semula,
akhir kata...ampun dan maaf ~ saya menyusun jari,
sekiranya ada tersilap dan terkasar bahasa ketika bercerita.
Wassallam.
p/s: Alhamdulillah ~ malam tadi anak ikan dah jadi berganda,
dari hampir 40ekor pagi tadi ~ kini dah hampir 60ekor pula......
Insya`Allah...semoga "produktiviti" bakal berterusan juga,
sehingga akhirnya ~ suasana di dalam akuarium kembali "ceria"......
No comments:
Post a Comment