بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ Kita dipertemukan Allah kembali,
di alam siber dgn "bicara tanpa suara",
semoga kita sentiasa mencari keredhaan Ilahi,
dan hanya bertakwa kepada Allah Yang Maha Esa.
Semalam petang ~ rakan sepejabat menghubungi,
seorang veteran ~ bila disusun mengikut senioriti,
meminta jasabaik dari saya yang masih "mentah" lagi,
agar uruskan hal pentadbiran pejabat bila "Boss" dah pergi.
Beria-ria ~ "dia" meminta pertolongan saya berkali-kali,
kerana minggu depan serah-menyerah tugas akan dimeteri,
memandangkan "dia" paling lama bertugas di tempat kami,
jadi..."dia"lah yang layak menduduki kerusi "Boss" nanti.
Saya memberikan "dia" penerangan juga pujukan,
serta lafaz "Insya`Allah"~ bukannya kepastian janji,
agar "dia" menerima dahulu penyerahan "tanpuk kekuasaan",
kerana begitulah "prosedur kerja" yang harus diikuti,
dan saya akan memikirkan permintaan yang ditawarkan,
supaya saya menjadi pengganti "Boss" mulai bulan April ini...
Semalam sewaktu datang bertugas "syif " malam,
sepucuk surat telah diterima dari PTA Divisyen,
yg antara isi kandungannya boleh buat kami jadi "pitam",
"syif " malam dicadangkan ditamatkan kerana tak efisyen,
kerana Pihak Kementerian telah bersetuju dgn hasil kajian,
serta menyertakan beberapa teguran dan opsyen......
Semuanya gara-gara aduan Pihak Atasan ke Kementerian,
dikeruhkan lagi dengan sikap "Boss" yang macam "Sultan",
masa dialog 23/02/2010 dulu ~ "Boss" tak bijak beri penjelasan,
bahkan bongkak & gembira kalau "syif " malam ditiadakan...
Kini..."Boss" bakal "cuci tangan" dan "angkat kaki",
"berhijrah" ke penempatan lain dengan senang hati,
meninggalkan masalah dan kesusahan pada kami,
yg pasti akhirnya ~ dibahu saya juga nanti masalah itu "dibebani"...
Kalau Abang Senior diminta uruskan "kekalutan" itu,
rasanya..."dia" tak mampu selesaikan dengan bijaksana,
dikhuatiri urusan kerja @ pejabat jadi mcm "rojak mee+tauhu",
serta bakal menimbulkan keadaan huru-hara pula !!!
Beginilah jadinya bila tak berfikiran logik ~ keputusan dibuat,
Pihak Atasan mahu begitu ~ Pihak Kementerian mahu begini,
masing-masing nak tunjuk kuasa seolah-olah mereka hebat,
akhirnya kami yang tak bersalahlah ~ bakal teraniayai......
Ya Allah...bakal peninglah kembali kepala hamba-Mu ini !!!,
kerana lepas satu masalah ~ satu masalah datang menduga,
mujur baik tak "Lemah Jantung" atau ada "Sakit Darah Tinggi",
kalau tak...entah-entah dah lama "direhatkan kerja" !!!
Sehingga Surat Kuasa diterima dari Pihak Kementerian,
ataupun Surat Arahan dikeluarkan oleh Pihak Pentadbiran,
atau sehingga saya dipanggil mengadap Pegawai Atasan ~
demi bersama berbincang @ mengesyorkan jalan penyelesaian,
terhadap "kekalutan" yang bakal tercetus mulai minggu hadapan,
maka...biarlah saya berehat sebentar ~ memohon hidayah Tuhan.
Insya`Allah......
Kalau nanti saya diminta untuk "memegang amanah kuasa",
kelak saya hanya membantu dengan tambahan bebanan kerja,
tiada meningkatan pada tangga gaji yang berserta,
maklumlah..."gred" saya dan rakan sekerja semuanya sama,
cuma...saya perlu fikirkan dahulu kesan buruk-baiknya,
pada kehidupan saya serta pengurusan hal keluarga...
Sehingga masa yang dijangkakan @ tidak diduga ~ itu tiba,
saya rasa...biarlah saya "bersantai" seperti biasa,
kerana...selagi tiada "Hitam-Putih" @ Arahan Pihak Berkuasa,
buat apa saya dengan sengaja nak memeningkan kepala......
Anda... para pembaca rasa macammana?
agak-agak betul tak apa yg saya kata?
So...Mari kita enjoyyyyyy @ bersuka-ria,
asal sahaja masih didalam lingkungan keredhaan-Nya.
YaaaaaBeDaBeDoo......dan Alhamdulillahhhhhh......
Sekian + Wassallam + Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment