بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ Saya masih berkesempatan lagi.
mencoretkan secebis coretan untuk tatapan anda,
semoga anda dan saya sentiasa dirahmati Ilahi,
dianugerahi-Nya ~ kebahagiaan di "jiwa dan raga".....
Kita lupakan sejenak kisah tentang "Boss" dan pejabat,
kerana untuk bulan ni sahaja dah 8"post" telah saya nukilkan,
eloklah rasanya kisah-kisah tersebut ~ "sebentar berehat",
agar dapat pula cerita yang lain diberi laluan......
Dari pagi hingga menjelang awal petang,
sibuk sedikit dengan urusan "begitu dan begini",
serta uruskan sarapan dan bekalan anak bujang,
yang kembali bekerja semula setelah berehat sehari.....
Banyak perkara yang harus diuruskan sendiri,
demi memberi peluang isteri merehatkan minda & badan,
maka ~ pagi hingga tengahari hari ini...saya yg "mengelolai"
dari hal masakan+kekemasan+kebersihan dan yg berkaitan,
demi "menikmati" rutin harian seperti "seorang suri",
yg perlu memastikan semuanya dlm keadaan kesempurnaan...
Untuk para suami yang kurang peka ~ mungkin membebankan,
pada suami yang mahu bertimbangrasa ~ ia satu keseronokan,
serta mampu membantu meringankan sedikit bebanan,
juga berusaha menjana keharmonian dlm hubungan kekeluargaan.
Nampak macam tak ada apa...tapi sebenarnya banyak tau...
nak uruskan pelbagai perkara dalam masa yg singkat,
~ memasak+membasuh+menyapu+mengemop+menjemur baju...
ditambah lagi dgn mengemas rumah ~ sebelum mampu berehat...
Itu baru rutin harian dari pagi hingga awal tengahari,
belum lagi dicampur dengan rutin tengahari hingga petang,
dan dimuktamadkan dgn rutin petang hingga malam hari,
sebelum mampu melepaskan lelah tika tengah malam menjelang...
Selepas semua perkara tadi saya sempurnakan,
kemas pula almari buku anak bujang dan anak dara,
mak oii...banyaknya "khazanah" yang "tak berguna",
yang telah diperap dan disimpan untuk sekian lama.....
Memandangkan anak-anak saya telah melepasi tahap menengah,
maka banyak buku dan kertas yang tak perlu ~ harus dibersihkan,
hmm...banyak buku latihan & rujukan yang tidak di"endah",
kebanyakannya digunakan separuh sahaja ~ yg lain jadi contengan !!!
Alahaiii...anak-anak zaman sekarang......
tidak seperti saya dulu yang tak semewah mereka,
mungkin kerana segala yg diminta ~ didapati dgn senang,
maka mereka kurang tahu "menghargai" apa yg telah tersedia...
Namun...nak salahkan mereka 100% pun tak boleh,
kerana sebahagian kesalahannya juga berpunca dari saya,
mungkin kerana ingin melihat mereka berjaya & tanda kasih,
bila minta belikan buku utk pelajaran ~ saya sentiasa bersedia.
Tapi silap saya juga kerana kurang pemantauan,
kerana yang duduk di asrama kerap meminta buku rujukan,
saya belikan ~ agar pelajarannya mampu beroleh peningkatan,
namun...bila disemak tadi ~ rupanya banyak yg "dikosongkan" !!!
Mujur baiklah keputusan SPM"nya" tahun lalu memberangsangkan,
hingga membolehkan "dia" menyambung pelajaran,
dah 2sem dlm jurusan "Diploma Account" ~ kini "dia" ditempatkan,
semoga "kesilapannya" yg lalu menjadi semangat dan pengajaran.
Kebanyakkan buku rujukan"nya" disambung oleh si adik pula,
yang seorang ini pun lebih kurang sama dengan kakak "dia",
cuma berbeza ~ anak bujang saya ni kalau belajar ikut "mood"nya,
kalau "mood" OK ~ Oklah usaha...kalau tak OK ~ dia "melukis" pula...
Alhamdulillah...keputusan SPM"nya" baru-baru ini agak cemerlang,
jadi...tidaklah rasa "ralat" bila menyemak buku-buku"nya" itu,
namun..."dia" harus terus berusaha dan terus berjuang,
sekiranya berpeluang menyambung pelajaran hingga ke peringkat "U".
Bila buku-buku lama mereka ~ saya selak dan teliti,
pelbagai kenangan datang menjenggah minda,
pelbagai suka-duka & gelak- tawa yang telah kami lalui,
demi mendidik anak-anak dari kecil hingga dewasa.....
Beginilah juga yg dirasai oleh IbuBapa yg lain ~ gembira+sedih,
demi memastikan agar anak-anak mampu beroleh kejayaan,
agar ~ Insya`Allah ~ "kesenangan & kebahagiaan" bakal "diraih",
demi memastikan "kesusahan" mereka dahulu tidak berulangan.
Begitulah serba sedikit kisah untuk hari ini,
buat tatapan anda ketika kelapangan tiba,
semoga ada pengajaran bermakna mampu direnungi,
untuk dijadikan pedoman di tika ini dan di hari muka.
Sekian dahulu untuk kesempatan ini,
Insya`Allah ~ bakal dipertemukan semula,
di lain coretan bila keadaan mengizini,
untuk saya melakarkan secebis cerita......
Insya`Allah......
Terima Kasih dan Wassallam.
No comments:
Post a Comment