بسم الله الرحمن الرحيم
Saya mulai dengan Bismillah ~ kalimah yg Agung,
penuh harapan agar anda dan saya dirahmati Allah,
berbahagia di dunia & di akhirat tanpa terlindung,
dan semoga segala yg susah bakal dipermudah......
Hari ini saya dan "Boss" telah dipertemukan kembali,
di bawah satu bumbung yg sama bernama pejabat,
walaupun pastinya "Boss" akan "meng-cover" diri,
dengan cerita"nya" ~ seolah-olah "dia"lah yg hebat !!!
Seorang rakan sejabatan pagi tadi membuka rahsia,
semasa keputusan belum diputuskan oleh Kementerian,
yang "Boss" amat berharap dan pasti rasa gembira,
sekiranya saya dan seorang lagi rakan bakal ditukarkan...
kerana kalau saya ada ~ "dia" tak boleh nak bermaharajalela,
dengan salahlaku"nya" yang sering berulang-ulangan......
Kerana alasannya "dia" dah lama dlm perkhidmatan,
dan hanya tinggal 2tahun lagi sebelum bersara,
serta telah merata ceruk-rantau "dia" ditempatkan,
maka...tentu Pihak Kementerian pasti akan bertimbang-rasa.
Semalam ketika "Boss" telah sampai di Kementerian,
dan ketika ingin berjumpa dengan Pihak Atasan,
Ketua PTA dan PTA memberi nasihat & teguran,
terima sahajalah keputusan yang telah diputuskan.
Ketua PTA memberitahu bukan "Boss" saja yg ditukarkan,
rakan-rakan dari penempatan lain juga bakal mengikuti,
barulah "Boss" rasa pertukarannya itu satu kelegaan,
kerana penempatan baru tidaklah jauh dari kediamannya kini.
Namun demi "men-cover" malu ~ "Boss" bikin sensasi,
menghubungi rakan-rakan sekerja sana dan sini,
memberitahu yg mereka juga bakal bertukar ke lain lokasi,
hingga ada rakan yang macam "dipanggang dalam bara api".
Dari semalam dan Insya`Allah hingga "Boss" ditukarkan,
pejabat kami telah+bakal dihujani panggilan tanpa berhenti,
kerana "kegemparan" yg "Boss" cetuskan bakal berpanjangan,
hingga melayakkan "Boss" bertukar status menjadi "celebriti".
Saya & "pekerja kesayangan " kebetulan bertugas bersama,
sesama kami & "Boss" ~ bertiga berkongsi pelbagai cerita,
dalam gembira & tawa ~ kesedihan "Boss" sesekali terjelma,
saya turut bersimpati...namun...dah tak boleh buat apa-apa.
Maka......
Saya telah mengesyorkan kepada "pekerja kesayangan",
agar diadakan sedikit kutipan kewangan dikalangan rakan,
untuk membelikan cenderahati ~ tanda penghargaan,
atas "pengorbanan" & kebaikan yg "Boss" pernah curahkan.
Alhamdulillah..."pekerja kesayangan" amat bersetuju,
dan mengesyorkan disamping cenderahati diadakan juga jamuan,
tanda penghargaan atas amal bakti yg "Boss" telah berikan,
demi mendidik & membantu kami bertugas dgn "kepelbagaian".
Kerana......
Setiap manusia pasti ada sifat baik dan terpuji,
dalam "keburukan" pasti ada sedikit sinar keimanan,
begitu jugalah "Boss" yg penuh dengan pelbagai aksi,
maka janganlah kita melebihkan kejahatan melampaui kebaikan.
Dan......
Tak tahulah bagaimanakah nanti "episod" yg bakal "Boss" lalui,
tapi...kalau masih tidak insafkan diri ~ tak tahulah nak kata apa...
akhirnya...semoga "Boss" diberi hidayah-Nya ~ sentiasa dari Ilahi,
demi menghabiskan sisa-sisa perkhidmatannya dengan bergaya ~
dengan penuh integriti+tiada umpat keji serta dgn sifat terpuji,
agar akhirnya "Boss" bakal berbahagia di dunia & akhirat juga...
Insya`Allah......
Sekian dan Terima Kasih serta Wassallam.
No comments:
Post a Comment