Sunday, March 28, 2010

Kita Tunggu Dan Lihat......

بسم الله الرحمن الرحيم
Saya mulakan nukilan dgn kalimah Bismillah,
penuh harapan ~ Allah sentiasa menganugerahi kita baraqoh,
agar kita mudah bersholat dan sentiasa beramal-ibadah,
serta bergantung pengharapan hanya kepada-Mu Ya Allah.

Semalam selepas bersembang dgn Abang Senior paginya,
hampir 6 jam saya berusaha melakar jadual kerja,
nampak mudah ~ walaupun dah cuba dengan beria-ia,
namun...utk menyempurnakannya ~ tak semudah disangka.

Ada garis panduan harus dipatuhi sewaktu merangka jadual kerja,
serta harus fikirkan juga teguran+"opsyen" dari PTA Divisyen,
serta apa yang mungkin Pihak Atasan berkehendak juga,
hingga...kalau tak sabar ~ boleh jadi "tension".

Last-last...saya "draf " jadual kerja dengan pelbagai cara,
ada ikut kehendak Divisyen & kemungkinan kehendak Pihak Atasan,
ada lakaran jadual kerja ikut keadaan & kesesuiaan rakan sekerja,
serta memasukkan segala "elemen" yang diluar jangkaan.

Namun...jadual kerja yg dirangka masih belum diputuskan,
kerana belum bincang sepenuhnya dgn semua rakan,
serta belum pasti bilakan "syif" malam bakal ditiadakan,
sekadar bersiap-sedia ~ jadual kerja bulan April perlu dipamerkan.

Semalam petang sewaktu pertukaran "syif " berlansung,
saya ber"brain-storming" dgn "pekerja kesayangan " mencari jalan ~
tapi syor yg diberi oleh beliau ~ selayaknya seperti orang bingung...,
kita mencari kesesuiaan tapi "dia" mencari jalan pertelingkahan !!!

Hmm...selayaknyalah "dia" berstatus "pekerja kesayangan",
krn lebih kurang mcm perangai "Boss" juga tapi "tahap sederhana",
~ bila berfikir kerap ikut keadaan dan selalunya ikut perasaan,
dlm erti kata lain ~ kerap mencari keuntungan untuk dirinya sahaja.

Beberapa rakan sekerja telah saya hubungi,
bagi mengetahui pendapat dan keinginan mereka,
saya ke pejabat berjumpa Abang Senior lepas Maghrib tadi,
memuktamadkan jadual kerja bulan April yg telah dirangka.

Kelihatannya Abang Senior kini telah mula bersedia,
untuk memangku jawatan "Boss" yg bakal dikosongkan,
saya turut tumpang gembira ~ "dia" dah pandai merencana,
walaupun adakalanya dgn saya ~ "dia" kembali meminta bantuan.

Alhamdulillah..."respond" baik diterima dari semua rakan,
kerana jadual kerja yg dimuktamadkan menepati citarasa,
cuma...tak tahulah selama mana jadual tersebut mampu bertahan,
krn perbincangan antara saya dgn Pihak Atasan belum terlaksana.

Jadi...sementara belum ada perubahan besar dalam pentadbiran,
serta hal berkaitan jadual kerja masih belum dibangkitkan,
serta sementara Pihak Atasan belum membuat keputusan,
~ ikutlah dulu jadual kerja itu demi kelancaran perkhidmatan.

Hmm...kita tunggu dan lihatlah apa yg bakal terjadi,
dalam tempoh seminggu-dua atau sebulan nanti,
bagaimana agaknya perjalanan pentadbiran pejabat kami,
semoga dengan izin Allah ~ semuanya bakal kembali "harmoni".

Akhirkata...sebagai manusia ~ saya hanya mampu berusaha...,
menghulurkan bantuan ikut mana yg mampu dan terdaya,
selebihnya saya serahkan kepada Yang Maha Esa menentukannya,
kesan buruk baiknya sesuatu usaha itu yang telah dilaksana......,
namun harapan saya...agar semua rakan sekerja kembali gembira,
demi berkhidmat penuh "dedikasi" untuk agama+bangsa+negara.

Insya`Allah......

Sekian dan Terima Kasih.

No comments: