Thursday, April 22, 2010

"JalanX2 ~ Cari Pengalaman..."

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga anda semua sihat sejahtera,
dirahmati Allah juga sentiasa adanya,
berbahagia dengan kehidupan di dunia,
dan Insya`Allah ~ kelak di akhirat juga,

Tajuk ~ "Jalan-Jalan Cari Pengalaman",
merangkumkan banyak cerita sebenarnya,
namun...saya akan ambil mana yg penting sahaja,
kalau tidak...nukilan pasti jadi panjang berjela !!!

Semalam ~ menguruskan hal anak bujang saya,
menghadiri temuduga di kampus sebuah "U" terkemuka,
bidang "aeroangkasa" ~ "course" yg "gatal" utk dicuba,
walaupun pada peringkat awal ~ saja mohon ikut suka !!!

Ramai sungguh bakal pelajar yg datang mencari "peluang",
kerana kerjaya selepas "course" tersebut amat cerah sekali,
dengar cerita sejak kelmarin pun dah ramai yang datang,
dari 2000 calon hanya 200 sahaja yang bakal "diterimai".

Dari serata pelusuk negara mereka datang,
dari Barat+Selatan+Timur dan Utara,
kerana hanya "U" itu sahaja yg menawarkan peluang,
selaraskan dgn perancangan kerajaan memajukan "aeroangkasa".

Giliran anak bujang saya tersenarai untuk sesi petang,
agak lama juga sesi ujian IQ dan temuduga berlansung,
mungkin sekitar 2 ~3 jam masanya diambil tak kurang,
sementara menunggu ~ kami suami-isteri bersembang+termenung !!!

Alhamdulillah...kini anak bujang saya dapat 1 "pelajaran" tambahan,
~ pengalaman menghadiri temuduga untuk melanjutkan pelajaran,
hujung tahun dulu ~ merasa temuduga utk mencari peluang pekerjaan,
kini..."dia" sudah agak mampu mengendalikan "gemuruh perasaan",
kerana dengan pengalaman yg telah dilalui ~ merupakan 1 kelebihan,
sebagai pedoman+persiapan untuk "diri"nya di masa hadapan.

Menjelang Asar ~ sesi temuduga"nya" selesai,
isteri ajak menjamu selera kerana perut dah lapar,
kami singgah di "BBN"*** utk menjamu selera sambil bersantai,
tapi...sayang ~ kami dapat 1 pengalaman yg "hambar" !!!

Sudahlah harga makanannya mahal+"cekik darah",
masakannya pula ~ macam orang tak ikhlas sahaja,
kalau anda merasai masakannya pun pasti jadi marah,
rencah dlm masakan yg dihidangkan rasa busuk ~ pasti dah lama !!!

Saya dan anak bujang yg merasanya pun "memuntahkan" semula,
maksudnya ~ sambil "menikmati' hidangan kena berhati-hati,
demi mengelakkan perbuatan khianat & menjaga air muka,
waktu bayar & masa nak keluar pada "taukey" ~ teguran diberi !!!

Kami bertiga ke "LNS"*** kerana ingin menziarahi "kawan lama",
yang telah lama berpindah namun baru kali ini kami ke sana,
2 tahun lebih mereka telah menjalani kehidupan di tempat berbeza,
dengar cerita ~ Insya`Allah bakal menduduki kediaman baru pula !!!

Kami ~ 2 keluarga singgah kat pasar malam "LBS"***di tepi jalan,
namun...suasana+cara layanannya agak berbeza dari kebiasaan,
mak oii...memang mahalkah? ~ barang makan yg dijajakan,
alahai...dahlah mahal ~ "cenonit" pula hasil juadah jualan !!!

"Kawan lama" kami ni ~ orangnya "senang dan berada",
namun hidup mereka ~ Alhamdulillah..."simple" dan bersahaja,
bukan disebabkan "kesenangannya" ~ kami berkawan mesra,
"tipudaya sambil mengena" ~ kami memang tak suka !!!

Mungkin kerana saling hormati-menghormati agaknya,
menjadikan usia persahabatan ini ~ Alhamdulillah...kekal lama,
kita tengok kawan-kawan senang pun ~ kita tumpang gembira,
barulah...Insya`Allah ~ dapat hidup bersama dgn aman-bahagia,
tak perlu "berpenyakit hati" sesama manusia sambil rosak jiwa,
dan akhirnya...Insya`Allah ~ kita mungkin dirahmati oleh-Nya.

Kami tak lama di rumah beliau kerana Maghrib menjelang tiba,
dan hujan petang yg turun sebelumnya dah semakin "sidang",
beliau sekeluarga harus diberi ruang utk merehatkan "jiwa+raga",
akhirnya...tibalah masa yang sesuai utk kami sekeluarga pulang...

Sebenarnya ada banyak lagi cerita selepas itu,
namun...cukuplah kerana dah panjang sangat ni,
Insya`Allah...di lain kesempatan dan di lain waktu,
saya bakal coretkan nukilan yang berlainan "versi".

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Nota : tanda *** ~ demi menjaga maruah orang kat "sana".

Tuesday, April 20, 2010

Sesekali Tekak Meragam......

بسم الله الرحمن الرحيم
Kalimah Suci ~ pembuka hasil nukilan,
untuk tatapan para pembaca yg bijaksana,
semoga kita semua dirahmati Tuhan,
sebagai hamba Allah di muka dunia.

Entah mengapa sehari dua ini selera berbeza,
ingin menjamah "hasil tangan" orang lain,
agaknya mungkin sesekali patut begitu dirasa,
kerana sesekali tekak "meragam" & mula "complain".

Kadang-kadang masak yang sedikit pun tak habis,
terpaksa pula "modified" pada keesokan harinya,
bila dihidangkan ~ adakalanya juadah itu hanya "dikuis",
sahlah...selera ingin bertukar sekali-sekala.

Petang kelmarin ke Pasar Malam beli juadah jualan,
anak bujang nak "Laksam" ~ isteri mahu "Laksa+ Goreng Pisang",
saya pula memilih "Yong Tau Fu" sebagai kelainan,
untuk bekalan "syif" kerja sewaktu malam menjelang.

Petang semalam pun sama juga ~ 2X5,
beli Goreng Pisang+Keledek+Keladi,
anak bujang keletihan pulang dari kerja,
kerana kerja terlalu banyak dan tak makan lagi.

Malam semalam selepas balik dari sholat berjemaah,
ajak keluarga ke kedai makan menjamu selera,
isteri minta air sahaja ~ tiada makanan yg diminati utk dijamah,
hanya saya dan anak bujang sahaja yg makan bersama,
~ "Kue Tiew Kung Fu & Kue Tiew Goreng" dimamah,
Alhamdulillah ~ walaupun sedikit namun memadailah rasanya...

Pagi tadi pun sama ~ bertiga bersarapan kat kedai juga !!!,
~ Nasi+Lauk Ikan+Sambal Belacan serta Ulam-Ulaman,
kebetulan nak hantar anak bujang serahkan surat berhenti kerja,
lauk untuk makan tengahari pun ~ saya "tapau" kemudian,
entahlah...makin malas rasanya nak masak macam sediakala,
mungkin kerana dah jemu ~ mungkin kerana dah bosan......

Ini pun makan tengahari pun masih belum dijamah lagi,
macamana nak masak beria-ia untuk juadah sekeluarga,
kalau beria-ia masak pun ~ makanan bakal habis belum pasti,
kerana asyik "menggunyap" makanan ringan+"jajan" sahaja !!!

Hmm...Alhamdulillah dan untungnya duduk di Malaysia,
rezeki murah+negara aman+aneka makanan mudah didapati,
kalau bosan masak ~ kita boleh beli serta "tapau" sahaja,
kepala tak pening+rasa "happy" dan tak perlu susah hati !!!

Alhamdulillah...kerana saya rasa beruntung jadi wargenegara,
Alhamdulillah...kerana kami sekeluarga+rakyat jelata hidup bahagia,
Alhamdulillah...kerana segala-galanya aman+mudah dan selesa,
Alhamdulillah...kerana kita+negara masih dirahmati Yang Maha Esa.

Alhamdulillah......

Tak tahulah bila saya akan memasak seperti sediakala,
kerana kebelakangan ini isteri saya yang masak semuanya,
mungkin...esok atau lusa ~ "tune" bakal bertukar semula,
kerana...dah rasa jemu pula dok asyik makan kat luar sahaja !!!

He...He...He..."Nyakat+Merapu" aje ya saya ini...
OK lah ~ saya rasa tak nak "membebel " lagi,
sekianlah sahaja coretan dari saya untuk kali ini,
Insya`Allah ~ di lain coretan bakal bertemu kembali.

Wassallam.

Monday, April 19, 2010

Alahai ~~~ Ruginya......

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ Allah masih memberikan keizinan,
untuk saya melakarkan secebis coretan pengalaman,
buat tatapan anda & saya bila tiba kelapangan,
semoga...ada pengajaran yg mampu "terselitkan".

Maghrib tadi ~ bersholat jemaah kat Masjid,
ada kuliah agama seperti selalu dari Ustaz Jemputan,
pelajaran tentang Ilmu Pembacaan Al-Quran Bertajwid,
kebanyakkan para hadirin dari kalangan "orang veteran".

Minggu lepas saya tak berkesempatan hadir,
kerana bertugas "syif " malam seperti selalu,
ralat !!! ~ tak dapat belajar @ ulangkaji "ilmu yg mutakhir",
alahai...ruginya kerana tak dapat tambah ilmu.

Bila berkesempatan menimba ilmu beramai-ramai,
tak dalah segan rasanya para hadirin untuk berguru,
Ustaz Jemputan yg mengajar dengan cara bijak+"santai",
penuh diplomasi hingga hadirin hilang rasa segan+malu.

Bila difikir-fikirkan...rugi rasanya kalau tak belajar,
memperbaiki bacaan Al-Quran bila berkesempatan,
kerana batal sholat kalau bacaan Al-Fatihah "tersasar",
ingatkan bersholat dpt pahala rupanya dpt kemurkaan Tuhan.

Agaknya...ramai kalangan kita yang tak sedar,
masih membaca ayat Al-Quran seperti zaman kanak-kanak,
hingga bertahun-tahun lamanya "kealpaan" terbiar,
kalau orang berilmu mendengar pasti akan tergelak !!!

Mungkin sekarang Ilmu Qiraat telah semakin dikuasai,
selarasnya perkembangan kemajuan dunia & celik IT,
ramai bijak pandai agama kini dari kalangan orang muda lagi,
Alhamdulillah ~ ramai Tahfiz Al-Quran walaupun bukan "Pak Aji".

Mana-mana yg tak berkesempatan mempelajarinya semasa muda,
belum terlambat lagi memperbaiki kemahiran bacaan Al-Quran,
kerana kini ilmu tersebut boleh dipelajari ~ jika kita bersedia,
di Surau dan di Masjid ~ dulu hingga kini semakin berkembangan.

Jika anda beroleh "kelapangan" yang mengizinkan,
cubalah berusaha utk mencari & menambah Ilmu Keagamaan,
kerana Ilmu Keagamaan adalah "suluh dan pedoman",
untuk kita mencari kebahagian hidup bernama insan,
baik untuk kehidupan di dunia dan di hari kemudian,
kerana itulah sebenarnya matlamat kita dijadikan Tuhan.

Marilah sama-sama kita renung-renungkan,
agar mungkin kesilapan yang lalu bakal tidak berulangan,
rebutlah peluang selagi mana kita masih diberi kesempatan,
agar nanti kita tidak menyesal di hari kemudian.

Sekianlah sedikit coretan untuk kongsian bersama,
semoga anda dan saya dibimbing oleh Yang Maha Esa,
mampu berusaha mencari & beroleh keredhaan-Nya,
demi meneruskan sisa-sisa usia dengan perkara bermakna.

Insya`Allah......

Wasallam.

Sunday, April 18, 2010

Seminggu Yang Panjang......

بسم الله الرحمن الرحيم ~~~~~~
Telah hampir seminggu kini masa berlalu...
sejak saya menghasilkan nukilan "post" yang terakhir,
pelbagai pengalaman berbaur dalam tempoh itu,
kini saya "up-date"kan "post" kembali untuk cerita mutakhir.

Isnin hingga Khamis ~ saya agak sibuk sikit,
uruskan kerja-kerja yang "clien"1" mintai,
walaupun akibatnya ~ badan jadi sakit-sakit,
kerana RM tambahan... akhirnya semuanya dilupai...

Kerja ubahsuai rumah "client"2" ~ "comfirm" tak jadi,
petang Rabu tu ~ "dia" dah bawa "orang lain" pula,
terkejut "dia" kerana kebetulan saya menjadi "saksi",
sewaktu mereka telah bersetuju utk memulakan kerja.

Tapi...saya faham keadaan dan keputusan"nya" itu,
mungkin "budget"nya" tak sesuai dengan sebut harga saya,
namun...keputusan"nya" tak setuju pun saya tak diberitahu,
kerana terserempak tanpa diduga ~ "dia" jadi serba tak kena !!!

Tak apalah ~ nak buat macamana...belum rezeki saya agaknya,
kerana "lokasi" di tempat kami ini ~ bangsa lain "bermaharajalela",
menawarkan kerja-kerja pengubahsuaian dgn harga "mesra",
hingga ramai orang kita yang terpesona & ada yang terpedaya !!!

Mungkin "kemahiran" saya tak setanding mereka,
yang penuh "berbekal" di mulut dan di dada,
hingga ada kalanya mereka ini sanggup buat apa saja,
hatta tipu muslihat mahupun yang ditegah oleh agama.

Saya juga ada teraniaya dengan "kemahiran" mereka,
mereka pandai "bersandiwara" dan "memanupilasikan" keadaan,
nak buat macamana ~ mungkin saya sering berbaik-sangka,
hingga tanpa disedari ~ saya juga menjadi mangsa "kealpaan"!!!

Jumaat ~ sibuk sedikit uruskan "itu dan ini",
serta bersholat Jumaat di Masjid Jamek Pekan,
petangnya pula ~ anak dara saya pula menghubungi,
esok ziarah "dia" selepas majlis "Anugerah Hari Kecemerlangan".

Sabtu ~ menghadiri majlis "Hari Kecemerlangan" anak bujang saya,
pihak sekolah buat ~ meraikan semua pelajarnya yang berjaya ~
utk acara ko-kurikulum dan pencapaian akademik juga,
Alhamdulillah ~ kedua-kedua kategori "dia" dapat merasa.

Ke Kuala Lumpur seperti yang di"cita-cita"kan,
jumpa dan bawa anak dara saya keluar jalan-jalan,
sekeluarga ke Jalan Tunku Abdul Rahman,
makan tengahari & beli sedikit kain untuk buat pakaian.

Ke JJ Maluri ~ beli barang+makanan utk bekalan anak dara,
kerana minggu depan "dia" akan "exam" semester kedua,
serta ramai rakan serumah dah tiada tinggal bersama,
duduk menyewa kat "apartment" luar ~ ingin bebas agaknya,
menjelang Maghrib hantar "dia" pulang ke asrama"nya",
sebelum kami bertiga pulang ke kediaman seperti biasa.

Ahad ~ menjelang tengahari dapat "panggilan kecemasan",
minta datang segera "repair"kan salur sinki tersumbat,
dengan bantuan anak bujang ~ permasalahan berjaya diuruskan,
Alhamdulillah...2jam kerja ~ semuanya selesai+kuranglah penat.

Sekelianlah secebis cerita sepanjang seminggu ini,
~ seminggu yang panjang dengan cerita yg berserba-serbi,
Insya`Allah ~ bakal bersambung di lain coretan kembali,
salah dan silap ~ kemaafan dari anda... saya mohoni.


Sekian dan Terima Kasih.

الحمد لله ~~~~~~

Sunday, April 11, 2010

3 Hari Yg Telah DiLalui...

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian hanya untuk Allah,
yg masih merahmati kita dgn keimanan kpd-Nya,
semoga Allah memberkati kita semua ~ Insya`Allah,
serta berbahagia sentiasa hingga ke akhir masa.

Semalam dan kelmarin saya agak sibuk sedikit,
uruskan hal keluarga & berusaha mencari RM tambahan,
walaupun terpaksa berkorban masa rehat sekelumit,
setidak-tidaknya ~ tanggungjawab harus dilaksanakan.

Kelmarin ~~~

Pagi ~ ke Kuala Lumpur menjemput anak dara saya,
setelah hampir 3minggu tidak pulang ke kediaman...
Tengahari ~ bersholat Jumaat bersama anak bujang pula,
sebelum ke Supermarket kat Pekan mencari barang keperluan...
Petang ~ jumpa "client"2" untuk berbincang tentang sebut harga,
utk kerja ubah-suai rumah "nya" ~ tapi keputusan tak diputuskan...
Malam ~ ke restoran pilihan untuk menjamu selera sekeluarga,
sebelum pulang semula ke kediaman untuk merehatkan badan.
الحمد لله ~~~~~~

Semalam ~~~

Pagi ~ ada "client"1" minta berjumpa nak tanya harga "itu & ini",
utk "touch-up" & "assesori" kat rumah yg bakal mereka diduduki...
Tengahari ~ ke Pekan cari barang yg "client "1" minta pagi tadi,
barang + harga telah diketahui ~ keputusan "client "1" belum pasti...
Petang ~ bersama anak dara saya ~ kami ke Pekan sekali lagi,
cari barang"nya" kerana saya kena hantar "dia" balik K.L esok pagi...
Malam ~ kerja "syif malam" seperti hari-hari biasa yg telah dilalui,
dapat panggilan dari "client"1" ~ nak jumpa serah duit esok hari.
الحمد لله ~~~~~~

Dan Hari Ini Pula......

Pagi ~ hantar anak dara saya balik K.L setelah habis kerja,
tak boleh lama di K.L ~ ada jemputan kenduri telah diterima...
Tengahari ~ menghadiri kenduri kahwin anak Bilal di Kariah saya,
jumpa rakan+kenalan sekampung sambil beramah-mersa...
Petang ~ jumpa "client"1" seperti yg telah direncana,
serta bertukar cerita sambil minum petang bersama...
Malam ~ bersholat jemaah di Masjid bila kesempatan tiba,
sambil mendengar kuliah agama sebagai bekalan ilmu di dada...
singgah rumah ~ keluarga ajak makan "sate" di gerai biasa,
pusing-pusing sebentar kat Pekan lihat "Handphone Fair" seketika...
balik rumah ~ "post"kan nukilan ke "Blog" utk tatapan pembaca,
uruskan rutin biasa sebelum kembali merehatkan badan & minda.
الحمد لله ~~~~~~

Maka.....

Tamatlah cerita ringkas untuk 3hari yg telah dilalui,
sekian sahaja untuk bacaan anda pada kali ini,
Insya`Allah ~ bakal berjumpa di lain coretan kembali,
mudah-mudahan...saya masih diberikan hidayah oleh Ilahi.

Insya`Allah......

Terima Kasih Dan Wassallam.