Monday, August 29, 2011

Insya`Allah ~~~ Esok...

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah merahmati kita semua,
berbahagia hidup di dunia serta di akhirat juga,
dipermudahkan segala amal kebajikan diusaha,
secara ikhlas dan berterusan serta berlipat-ganda.

Insya`Allah......

Hhhmmm......

Insya`Allah ~~~~~~
esok......kita mungkin diizinkan Yang Maha Esa,
meraikan Hari Raya Eidul Fitri penuh gembira,
setelah sebulan di bulan Ramadhan kita di duga,
oleh amukan & rayuan nafsu yang inginkan sengketa,
mendorong kita agar kekal bergelumang dengan dosa,
yang cuba merendahkan martabat kita di sisi agama,
hingga kita sering ter"fana" dengan muslihat & tipudaya,
menghakis akidah & ketakwaan kita pada Yang Maha Esa.

Insya`Allah ~~~~~~
esok......kita mungkin jadi insan berbeza mutu akhlaknya,
yang di"tarbiah"kan selama sebulan di bulan Ramadhan,
yang mungkin telah mengilap kembali kekelaman iman di jiwa,
dengan sinar taufik hidayah dan inayah diizinkannya Tuhan,
atau......mungkinkah kita masih kekal dengan sikap lama?
yang tidak mahu ambil pengajaran & melakukan perubahan,
serta mensia-siakan peluang istimewa setahun sekali adanya,
tidak memperdulikan akan kesan & ganjarannya dalam kehidupan.

Insya`Allah ~~~~~~
esok......kita mungkin mahu jadi insan yang lebih bertakwa,
dengan berusaha mengikuti segala perintah & tegahan agama,
menjaga tingkah laku dan adab dalam hidup yang sementara,
berusaha mencari redhaan-Nya di sepanjang masa tanpa "lena",
dalam sedar mahu pun alpa...tika diperhati atau sendirian juga,
hasil usaha ibadah dengan seikhlas mungkin sehabis daya,
selama sebulan di bulan Ramadhan tanpa jemu mahupun leka,
yang mungkin telah mampu menyucikan sedikit diri dari noda.

Insya`Allah ~~~~~~
esok......kita tidak berpeluang lagi seperti sebulan yang lalu,
merebut kepelbagaian ganjaran & kurniaan Tuhan untuk kita,
yang gandaan pahala & kelebihannya amat khusus & tertentu,
yang tidak terdapat pada 11 bulan lain yang sepertinya,
maka...amat wajarlah kita merasa sedih dan sayu,
tika bulan Ramadhan berlalu dan melabuhkan tirainya,
jika amal ibadah kita masih belum meningkat dan bermutu,
tambahan lagi jika peluang itu dengan mudahnya kita persia-sia.

Insya`Allah ~~~~~~
esok......mungkinkah kita bakal tidak berpeluang lagi?
meraikan & merasai kelebihan Ramadhan yang bakal tiba,
kerana perjalanan hidup kita masih kekal sebagai misteri,
mungkin kelak kita tidak berupaya atas faktor masa & usia,
mungkin nanti kita berupaya tapi kehendak kita dizalimi,
mungkin juga kita jadi mangsa keadaan atau sengketa,
mungkin kita amat berkehendak tapi jadi "isu" serta "sensasi",
atau mungkin....kita telah hilang upaya serta tidak lagi bernyawa.

Insya`Allah ~~~~~~
esok......jika kita masih berpeluang lagi untuk mengecapinya,
maka...gunakanlah peluang yang tiba dengan sebaik-baiknya,
raikanlah Eidul Fitri dengan rasa rendah diri & takwa pada-Nya,
cuba kekal tunaikan & sempurnakanlah hak Tuhan pada kita,
disamping kita bersyukur & bergembira sesama seisi keluarga
ingat-ingatlah pada insan-insan tersayang yang telah tiada,
kirim-kirimkanlah doa ~ agar mereka sejahtera di "alam berbeza",
ziarahi sanak-saudara serta rakan taulan yang menghargai kita,
maafkanlah diri kita sendiri & sesama manusia lantaran dosa,
hargailah hidup kita dengan selayaknya sesuai kehendak agama,
jadilah kita insan yang berguna pada Agama+Bangsa+Negara,
......selagi kita masih berpeluang menikmati hidup selaku manusia.

Insya`Allah......jika esok tiba.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Ucapan Ikhlas......

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله
~ Kesempatan tiba seketika,
membolehkan saya melakarkan kata-kata,
didoakan ~ semoga kita dirahmati Yang Maha Esa,
kekal beriman & bertakwa hanya pada-Nya.

Insya`Allah......

Sebulan Ramadhan sudah kita berpuasa,
berusaha menahan diri dari melakukan dosa,
pelbagai amal-ibadah dilaksana mencari pahala,
demi mengharapkan keredhaan-Nya sahaja,
Insya`Allah ~ esok...fajar Syawal akan menjelma,
meraikan kita yang telah cuba laksanakan Rukun Islam ke 3,
semoga kita dirahmati Allah di dunia dan akhirat juga,
ucapan ikhlas ~ "Maaf Zahir Batin & Selamat Hari Raya",
untuk anda ~ pembaca Blog ini yang sama seagama,
untuk anda ~ yang mungkin telah mengenali saya,
untuk anda ~ yang mahu membaca Blog ini & masih setia,
dan......semoga keharmonian ini kekal lama untuk anda & saya.

Insya`Allah......

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Sunday, June 12, 2011

Ceritanya Agak Ringkas...

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga rahmat Allah berterusan untuk kita,
ketika meneruskan hidup sementara di dunia,
serta keredhaan-Nya ~ kekal membimbing kita,
demi membolehkan kita mampu hidup bahagia.

Insya`Allah......

"Post" kali ini ceritanya agak ringkas sahaja,
memaklumkan mengapa tiada "post" untuk sekian masa,
jawapannya ~ "Laptop" tiada...dibaikpulih sementara,
di hantar kembali ke kilang kerana "warranty" masih ada.

Mungkin kerja baikpulih "Laptop" ~ akan mengambil masa,
kerana masuk kali ini telah dihantar buat kali ketiga,
dulu tukar "Hard-Disk" kemudian cuci "Fan" juga,
tapi...problem masih ada ~ ganti "MotherBoard" pula,
tak sampai 1 jam guna ~ masalah "Hang" jadi semula,
hantar semula ke Servis Centre pada keesokan harinya,
hingga hari ini dah seminggu "Laptop" belum ada berita,
hmm...nak buat macamana ~ saya perlu bersabar sahaja...

Insya`Allah...jika "Laptop" telah dikembalikan semula,
mungkin saya akan "post"kan pelbagai cerita,
untuk perkongsian cerita & berita sesama kita,
mungkin ada menafaatnya untuk matluman bersama.

Akhirkata...terima kasih kepada penggunjung setia,
yang sudi memberi komen & membaca "Blog" saya,
"Post" kali ini ~ saya pinjam & guna "Laptop" "anak dara",
yang pulang ke rumah di hujung minggu seketika......

Insya`Allah...hingga bertemu di lain masa,
saya sudahi dengan rankap kata yang biasa sahaja......

Sekian+Terima kasih+Wassallam.

Sunday, May 15, 2011

Secebis Kisah Berbaur......

بسم الله الرحمن الرحيم ~ Kalimah Suci memulai nukilan,
السلام عليكم ~ ucapan untuk Muslim+Muslimah budiman,
الحمد لله ~ saya masih diberikan Allah kesempatan,
إن شاء الله ~ didoakan agar kita kekal selaku Orang Beriman.

Seminggu yang lalu ~ kaki kiri saya sakit lagi,
sakit seperti dalam "post" ~ "Berbagai Cerita Berbaur***"
mungkin sakit kerana tak beringat @ berhati-hati,
mungkin sakit kerana "dugaan" @ sakit "campur"......

Astagfirrullahhal `adziim......

Lebih memburukkan keadaan ~ sehari sebelumnya...,
kaki tergelincir & terjatuh ke dalam longkang besar,
sewaktu membuang sisa bahan binaan kerja renovasi,
ke tong sampah bak dikehendaki oleh Peraturan Kerja,
~ telah termaktub dalam syarat kelulusan kerja di edar,
maka...perlu faham & peraturan tersedia kena dipatuhi.

Kerana dah kurang selesa & kaki pun agak sakit,
pagi tersebut saya berikhtiar ~ jumpa JuruUrut biasa,
Alhamdulillah...setelah diurut ~ jalan nampak elok sikit,
namun ~ sakit & gangguannya tak hilang sepenuhnya.

Astagfirrullahhal `adziim......

Apa-apapun...yang penting saya telah berikhtiar,
jika masih belum baik juga...saya kena ikhtiar berterusan,
kerana gangguan & sakit tersebut tidak boleh di biar,
jika di biar akan "minima" aktiviti yang perlu dilakukan.

Astagfirrullahhal `adziim......

Nak jumpa Doktor...Klinik tutup maklumlah Hari Minggu,
maka...sementara itu ~ buatlah apa-apa kerja yang patut,
~ kerja yang ringan sahaja...kerja berat cuba elakkan dulu,
kerana bimbang sakitnya jadi lagi teruk & berlarut-larut.

Insya`Allah......

Belum pun lagi sakit di kaki kiri pulih sepenuhnya,
kesan alahan "simen" & "kapur" pada kulit makin teruk,
paling menyakitkan bila ia menyerang di kedua tangan,
gatal yang merengsa kulit ~ perghhh...tak boleh nak kata,
tak tahan...terpaksalah mengaru-garu macam beruk !!!,
hingga luka & kesan sakitnya ~ nak pulih agak perlahan...

Astagfirrullahhal `adziim......

Tapak tangan+kulit & ruas-ruas jari semuanya sakit,
hingga kena air pun rasa pedihnya ~ sakit ya amat !!!,
ada masa-masanya rasa macam dihiris-hiris pisau belit,
salah siapa? ~ salah sayalah kerana tak beringat-ingat !!!

Astagfirrullahhal `adziim......

Dalam pada sakit kaki & sakit di kedua tangan tersebut,
kerja-kerja renovasi di lokasi tetap berjalan seperti biasa,
namun...ada yang saya bantu & ada yang hanya di pantau,
kerana kerja perlu berjalan seperti biasa agar tak terbantut,
tambahan pula ~ amanah sesama manusia perlu dilaksana,
agar hidup dalam masyarakat mampu aman & tak kacau.

Insya`Allah......

Mana kerja-kerja yang agak mudah ~ saya buat seperti biasa,
manakala kerja yang agak susah ~ rakan sekerja yang kelola,
Alhamdulillah ~ saya ada rakan sekerja yang bertimbang-rasa,
tapi...dugaan kesihatan itu ~ membataskan kemampuan saya.

Astagfirrullahhal `adziim......

Hari Selasa ~ pagi...lepas atur & uruskan hal kerja renovasi,
saya ke Stesen Komuter di Bandar Di Raja ~ jemput keluarga,
ingat nak jumpa seseorang* ~ tapi dia ada urusan tersendiri,
singgah di Restoran Briani King ~ makan tengahari sekeluarga,
terus balik ke kediaman & pergi tinjau-tinjau kerja di lokasi,
Alhamdulillah ~ kerja di beberapa bahagian telah di sempurna,
jadi...petang nanti dapatlah saya uruskan pula hal sendiri......,
kena ikhtiar berterusan juga agar sakit mampu pulih segera.

Alhamdulillah & Insya`Allah......

Petang tersebut barulah saya berkesempatan jumpa Doktor,
Doktor beri Ubat Sakit Urat & Ubat Krim Sakit Alergik Kulit,
~ saya dinasihatkan berehat & elakkan persekitaran "kotor",
agar sakit kaki & alergik di kulit mampu cepat pulih dari sakit.

Insya`Allah.....

Namun...syyyhhh...nasihat Doktor tak dipatuhi sepenuhnya,
kerana saya perlu cuba laksanakan kerja renovasi sediada,
saya kena kerja kerana ada "part" perlukan kemahiran saya,
hmm...sakit tetap sakit tapi kenalah "adjust" ikut suasana,
~ sapu minyak+sapu krim+pakai sarung kaki & tangan juga,
agar sakit boleh di"minima"kan & kerja jalan macam biasa...,
tapi...kerja taklah laju macam selalu ~ masih kurang selesa,
yang pentingnya ~ kerja perlu berjalan agar tidak tergendala.

Insya`Allah & Alhamdulillah......

Hari Minggu ni......saya tak kerja di lokasi kerja renovasi,
tapi...kerja di pejabat ~ ramai "staff" ambil "Off" hari ini,
~ dapatlah elakkan diri sikit dari jerebu & bahang mentari,
Alhamdulillah ~ nikmat bermakna dari Ilahi jika diinsafi,
kerana masih berpeluang berehat dari bebanan jasmani,
yang mungkin insan lain tidak dengan mudah dapat rasai...

Alhamdulillah......

Awal petang & petang ini ~ aktivitinya saya tak tahu lagi,
mungkin ada di rumah ~ mungkin ke lokasi kerja renovasi,
mungkin "call" seseorang untuk rancang aktiviti esok hari,
hmm...tengok dululah suasana persekitaran & keadaan diri,
tapi...yang pasti ~ malam nanti saya kerja di pejabat lagi,
seperti selalu ~ begitulah rutin yang perlu saya lalui......

Insya`Allah......

Sekian "Secebis Kisah Berbaur" yang dapat dikongsikan,
sebarang salah & silap ~ kepada anda saya mohon kemaafan,
Insya`Allah ~ di lain kesempatan...akan ada lain nukilan,
akhirkata ~ semoga anda & saya sentiasa dirahmati Tuhan.

Insya`Allah......

Sekian+Terima kasih+Wassallam.

Friday, May 6, 2011

Cerita Dalam Komuter ~ 2...

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala pujian-pujian buat Allah,
Tuhan yang memerintah semesta alam,
semoga kita semua sentiasa beroleh hidayah,
dan mentaati perintah-Nya selaku Umat Islam.

Insya`Allah......

Seperti yang dicita-citakan tempoh hari,
maka kini saya sertakan "Cerita Dalam Komuter ~ 2...",
sambungan "Cerita Dalam Komuter ~ 1...",
~ pengamatan santai ketika keadaan mengizini,
melihat pelbagai ragam manusia yang beraneka,
sewaktu Komuter terus bergerak ke destinasi di tuju.

Penumpang dari KL Sentral pagi tu tak ramai sangat,
mungkin waktu itu......pagi semakin menyinsing,
mungkin destinasi-destinasi di tuju kurang popular,
~ jauh dari tarikan @ sumber ekonomi "memikat",
tapi...amat menarik minat ramai Pendatang Asing,
bila dalam "koc" tersebut ~ jumlah mereka amat menular.

Ada 14 Stesen Perhentian Dari KL Sentral ke destinasi saya,
tapi bila diperhati...separuh "koc" saya naiki ~ "orang luar",
ada dari Nepal+Bangladesh+Pakistan+India & Indonesia,
ada yang berpakaian "smart"+"casual"+santai & berselipar,
tak kurang juga yang berpakaian ala wanita muslim Malaysia,
tapi bila bersembang..."slang" Indon ~ identiti sebenar,
mungkin mana yang ada permit ~ nampak ceria & gembira,
yang tak ada permit...diamkan diri takut identiti terbongkar !!!

Hmmm......

Bila kita dah mengantuk sangat ~ dapat tidur rasa nikmat,
itu yang dilihat pada seorang Gadis Melayu di hadapan saya,
mungkin dia kurang tidur agaknya ~ mungkin dia penat,
tapi...yang nyata ~ dia tidur tanpa rasa bimbang di minda,
mungkin kerana keadaan dalam negara kita aman & selamat,
mendorong dia tanpa was-was "melelapkan mata"~ agaknya !!!

Di sebelah Gadis Melayu itu ~ duduk seorang Pak Cik India,
kelihatan dari raut wajahnya sedang runsing memikir sesuatu,
namun di tangannya ada "ikatan manik" ~ mungkin "berdoa",
kerana mulutnya "kumat-kamit" ~ membaca "ayat" tertentu,
mungkin dia rasa bersyukur akan nikmat dari "Tuhan"nya,
mungkin dia ingin sucikan diri dari dosa lalu ~ saya tak tahu...

Di sebelah Pak Cik India tadi ~ duduk seorang pemuda asing,
dari cara berpakaian & raut wajah ~ %nya mungkin benar,
~ beg sandang di letak di hadapan dada & berwajah runsing,
serta pandangan matanya tak tetap ~ sentiasa berlegar-legar,
mungkin banyak yang bermain di fikiran ~ "pusing-pusing",
mungkin begitulah agaknya ~ saya terus menganggar......

Di sebelah kiri saya ~ duduk seorang warganegara agak sebaya,
segak & kemas ~ berpakaian kerja sambil sandang beg juga,
dan dia juga sedang "melelapkan mata" ~ ngantuk agaknya,
mungkin dengan "lelap sekejap" ~ beliau dapat rehat seketika,
mungkin sebelum menyambung kerja di pejabat yang tersedia,
mungkin persediaan awal hadapi tekanan kerja ~ agaknya !!!

Di sebelah kanan saya ~ ada seorang lagi bukan warganegara,
ini dibuktikan tika dia menjawab panggilan telefon di terima,
menunjukkan dia sedang menuju 1 destinasi baru adanya,
bila sering kali dia memberitahu lokasi terkini dia berada,
dan meminta pemanggil menunggu dia sehingga dia tiba,
mungkin kerana bimbang dia tersesat kelak ~ agaknya !!!

Di penjuru kiri ~ tempat duduk dipenuhi warga asing lagi,
mungkin dari Pakistan ~ di nilai dari susuk tubuh & raut wajah,
4 ~ 5 orang...mereka duduk sebaris sambil "melayan mimpi",
seorang terngangga mulut ~ mujur lalat tak masuk terjah,
seorang lagi lentok kepala ~ macam angin tiup daun keladi,
seorang pula tongkat dagu ~ tidur ke @ berfikir ? ~ wah !!!
seorang tu ~sandar kepala kat bahu "member" ~ sah "buddy",
manakala seorang yang bahu dipinjamkan ~ nampak resah,
mungkin kerana kena kejutkan mereka bila sampai destinasi,
mungkin begitu agaknya ~ jawapan persoalan saya terarah...

Bersebelahan kerusi di penjuru kiri hadapan saya,
duduk 2 ~ 3 pemuda Nepal...bersembang dengan gembira,
seorang rupa macam Cina dan 2 lagi rupa macam India,
entah apa yang diceritakan ~ saya tak mampu meneka,
tapi yang pasti bahasa mereka bukan bahasa Ibunda kita,
mungkin mereka baru dapat gaji @ kerja baru ~ agaknya !!!

Bila penumpang banyak turun ~ pandangan semakin luas,
sebaris dengan kerusi saya ada pemuda Bangladesh pula,
macamana nak kenal? ~ rupa macam Pekerja Pam Minyak,
jaket di pakai cuba menutupi baju Syarikat ~ nampak jelas,
mungkin dia sedang kejar masa kerana nak masuk kerja,
maklumlah selalunya syif mula jam 8 ~ saya mengagak...

Ada penumpang turun & naik di setiap Stesen Persinggahan,
tapi "koc" yang saya duduki ~ agak kurang penumpangnya,
baru saya perasan ada Pemuda India dari India berseorangan,
sejak tadi diamkan diri & wajah lain sikit dari penduduk biasa,
cara berpakaian pun ~ memang "biasa-biasa" juga kelihatan,
mungkin datang kat sini cari kerja @ cari saudara ~ agaknya !!!

Di penjuru kerusi arah kanan ~ ada sepasang pemudi-pemuda,
yang pemudi berpakaian ala muslimah ~ pemuda pula biasa,
tapi...raut wajah & bahasa badan ~ jelas bukan orang kita,
kerana bila bersembang melalui telefon ~ jelas Indon-nya,
hmm...mungkin cara dia berpakaian ikut saranan agama,
hmmm...mungkin cara dia berpakaian ikut "trend" semasa,
mungkin cara dia berpakaian nak kaburi mata Penguatkuasa,
mungkin gaya berpakaian ~ perasan warganegara ~ agaknya !!!

Sebaris dengan sepasang pemuda-pemudi tadi ~ ada seseorang,
tapi jelaslah yang seorang ini adalah warganegara ~ orang kita,
kerana sambil duduk ~ kaki taruh atas kusyen tanda girang,
mungkin kasut beliau mahal & di import dari luar negara,
mungkin beliau rasa ~ beliau adalah "Boss" & orang senang,
mungkin menunjukkan beliau kurang tatasusila ~ agaknya !!!

Hmm......Komuter terus bergerak laju menuju destinasi,
dalam tempoh 50 minit itu ~ pelbagai persepsi datang,
namun...yang pasti ~ orang asing makin ramai mencari rezeki,
di bumi Malaysia yang kaya sumber rezeki & pelbagai peluang,
maka...alangkah ruginya bila warganegara sendiri tak hargai,
segala peluang tersedia demi memperbaiki taraf hidup & wang,
kerana sibuk di buai mimpi & nak usaha lebih ~ rasa berat hati,
hingga berbillion RM setiap tahun duit kita hilang & terbuang,
bila semaksimum mungkin Pendatang mengaut sumber rezeki,
mengumpul & mengirim berbilion RM ke negara tersayang......

Dan...

Komuter terus bergerak meninggalkan saya di destinasi,
terus & pantas bergerak membawa manusia ke pelbagai lokasi,
memberi perkhidmatan selesa+murah & "selamat" dari "sensasi",
pada pengguna warganegara & tentunya Pendatang Asing sekali.

Sekian "Cerita Dalam Komuter ~ 2..." untuk tatapan semua,
sebarang salah & silap ~ saya mohon kemaafan dari anda,
kerana berkata benar ~ adalah perkara yang kurang di suka,
oleh manusia yang suka berdusta & hidup penuh pura-pura.

Semoga ada pengajaran yang dapat direnungkan bersama,
semoga kita tidak sentiasa alpa dengan kemudahan yang ada,
semoga kita mahu+tahu berusaha demi agama+bangsa & negara,
semoga kita mampu hidup berbahagia di dunia & akhirat juga.

Insya`Allah......

Sekian+Terima kasih+Wassallam.