بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah merahmati kita semua,
berbahagia hidup di dunia serta di akhirat juga,
dipermudahkan segala amal kebajikan diusaha,
secara ikhlas dan berterusan serta berlipat-ganda.
Insya`Allah......
Maaflah ~ lama juga tak hasilkan coretan,
untuk dikongsikan bersama sebagai tatapan,
sepertimana anda telah pun dimaklumkan,
saya sibuk "Cuba Sempurnakan Amanah*" kenalan.
"Post" kali ini bukan sambungan kisah "renovation",
tapi tajuk agak istimewa ~"Berbakti Sesama Insan",
~ bukan pertolongan menguruskan hal "re-union",
tapi jadi Wakil Terima Peminangan ~ anak kawan.
Adapun......
Dah lama dia "kecek" saya ~ minta jadi wakilnya,
tapi saya syor dia berunding dahulu sesama keluarga,
~ adalah lebih baik jika wakilnya kalangan mereka,
~ lebih rapat+mudah+faham & senang berbicara,
serta saya tak mahu nanti beliau di "kata nista",
akibat minta tolong pada saya yang bukan saudara.
Sebenarnya......
Saya bukan orang paling layak uruskan hal tersebut,
bila pertalian kekeluargaan beliau amat ramai ahli,
kalau dicampur-campurkan ~ 20 ke 30 orang "kot",
dari adik beradik ~ seibubapa+sebapa+seibu & tiri,
kalau dimasukkan ipar-duai ~ perrgghhh..."meremut",
belum di kira Bapa Mertua beliau & Pak Saudara lagi !!!
Namun......
Mungkin Tuhan ingin menduga saya agar membantu,
sebelum ini ~ saya pernah diuji untuk tujuan begitu,
~ meminang adik ipar+jiran+menerima pinangan,
saya pun tak sangka semuanya itu spontan berlaku,
tak dirancang...tapi "diperangkap oleh keadaan" tertentu,
maka...kenalah saya membantu menyelamatkan keadaan.
Kata orang......
Kita akan diuji dengan pelbagai kejadian diluar-dugaan,
yang mengajar kita bertindak berpandukan sesuatu keadaan,
dan bagaimana kita meng"adaptasi"nya dalam kehidupan,
demi menjadikan ia satu hasil dorongan kearah kebaikan...
Adakalanya......
Ujian & dugaan ~ sebenarnya mengandungi hikmah tertentu,
kita takkan tahu kesan pada kehidupan kita yang mendatang,
cuma...bila pengajaran dari ujian & dugaan itu telah kita lalu,
baru kita faham ~ kenapa ujian & dugaan itu tak terhalang...
maka buruk atau baik akibat ujian & dugaan itu kita yang tahu,
jika pandai kendali ~ kita bijak bertindak & semakin matang,
jika tak pandai urus ~ mungkin kita tak cukup "skills" tertentu,
@ mungkin tak mahu cuba kerana selesa dalam "zon" sekarang.
Adapun......
Setelah hampir 3 bulan beliau "mengecek" pertolongan saya,
setelah syor saya tidak dapat "respond" dari keluarganya,
setelah anak perempuan beliau sendiri menetapkan bicara,
dan...setelah segalanya ditentukan oleh Yang Maha Esa,
maka......pada 05/02/2011 Hari Sabtu ~ saya jadi wakilnya,
menjadi Ketua Penerima Peminangan dari keluarga jejaka,
menjadi Jurucakap & Perunding bagi Majlis Istimewa,
demi berusaha mudahkan hasrat yang bakal berumahtangga.
Alhamdulillah ~ "homework" dilakukan 1 1/2 jam terdahulu,
untuk tahu duduk perkara+sejarah & perancangan mereka,
bagi mengelakkan suasana kurang selesa & tidak menentu,
ketika Majlis Peminangan tersebut mengambil tempatnya,
bermakna...bukan senang untuk jadi Wakil Bicara & Penentu,
kena bersedia dari segi mental & fizikal ~ gabungan bersama.
Alhamdulillah ~ Majlis Peminangan tersebut berjalan lancar,
diserikan juga dengan gelak-tawa agar suasana terasa segar,
bagi memudahkan perjalanan Majlis serta kurangkan debar,
baik dari kalangan ke 2 keluarga serta yang sedang berpacar.
7 tepak hantaran rombongan lelaki,
di balas 9 oleh keluarga perempuan,
bakal tunangan pun "join" dalam Majlis sekali,
bersahaja ~ tanpa rasa malu mahupun segan,
mungkin...adat & tradisi dah di"moden" sekarang ini,
terpaksa disesuaikan mengikut peredaran zaman,
"Pelamin Pertunangan" tersergam indah berseri,
mungkin dah jadi "trend" masa kini & ikutan,
bagi mengelakkan fitnah masyarakat & umpat keji,
untuk memaklumkan gadis itu dah ada pilihan,
namun...hukum syarak tetap perlu dipatuhi,
agar perilaku & tindakan tidak bertentangan,
dengan segala perintah & tegahan dari Ilahi,
agar kehidupan mampu harmoni & bertahan.
Anak perempuan kawan saya tu ~ masih belajar,
Mac tahun depan baru habis Ijazah Perubatan,
manakala tunangan beliau ~ telah bekerja sebenar,
sebagai seorang Engineer di Syarikat Pengiklanan,
ke 2-2 nya seusia & di UM sama-sama mula berpacar,
Insya`Allah...26/02/2011 ini ~ mereka akan dinikahkan.
Alhamdulillah......
Usaha saya "Berbakti Sesama Insan" telah berjaya,
saya & isteri tumpang gembira dengan ke 2 keluarga,
kerana kelak ~ anak mereka bakal mendirikan rumahtangga,
berusaha ikuti Sunah Rasulullah & perintah Agama,
demi mencari erti sebuah kehidupan berkeluarga,
demi berkongsi segala suka & duka hidup bersama,
demi berusaha melaksanakan amanah selaku hamba-Nya,
semoga dibimbing ke arah kebaikan oleh Yang Maha Esa.
Insya`Allah......
Akhirkata......
Sekian dahulu perkongsian cerita pada kali ini,
Insya`Allah ~ bakal bertemu di lain kesempatan,
salah & silap ~ saya mohon anda sudilah memaafi,
kerana memaafkan ~ melahirkan rasa ketenteraman.
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment