بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah akan merahmati kita semua,
dengan ehsan-Nya yang tidak terhingga,
agar kita terus berusaha mengEsakan-Nya,
demi mencari kebahagian hidup setiap ketika.
Dah 3 hari saya tak kongsi kisah di "alam siber",
bukan tak ada cerita bahkan banyak cerita tersedia,
tapi sibuk kerja & cari "side income" dari lain sumber,
~ kerja "part-time" yang saya lakukan bila peluang ada.
Kerja "part-time" ini dah lama saya lakukan,
tapi bukan sepenuh masa ~ hanya bila ada kelapangan,
~ kerja berkaitan pembinaan & baik-pulih bangunan,
tak besar...sekadar kecil-kecilan & jika bersesuaian.
Selalunya rezeki dari kerja "part-time" tidak menentu,
~ saya jarang mem"promosi"kan "skills" yang saya ada,
sesiapa pernah berurusan dengan saya sahaja yang tahu,
akan cara bekerja & hasil kerja yang sering saya laksana,
kerana kerja "part-time" ni ~ perlu "komitmen" tertentu,
sedangkan kerja hakiki saya adalah "priority" utama,
kalau sesuai ~ saya buat...asal kerja hakiki tak terganggu,
kalau tak sesuai...saya ambil upah kerja "repair" sahaja.
Hmm......
3 1/2 tahun yang lalu ~ saya sempurnakan 1 kerja,
kerja "renovation" di rumah seorang Jiran Lama,
kali ini anak sulungnya pula minta bantuan saya,
untuk buat kerja "renovation" di rumah pertamanya.
Dulu...anak sulungnya pernah juga minta tolong ~,
saya buat kerja "renovation" di rumah ke 2 miliknya,
tapi jaraknya jauh & tak berapa "praktikal" bila dihitung,
saya minta dia cari "kontraktor" berhampiran sahaja,
demi mengelakkan dia terpaksa keluar duit ber"bondong",
kerana bila jauh ~ masa & duit banyak habis di jalanraya !!!
Sebenarnya rumah pertamanya tak jauh dari rumah saya,
lebih kurang 8~10km@10~15 minit masa untuk ke sana,
keadaan ini akan memudahkan saya jika mendapat kerja,
dan dia pun tak perlu keluar terlalu banyak belanja,
~ senang pada saya & senang juga pada dia+keluarga,
kerana rumah itu dekat dengan rumah Mak Saudaranya,
dan kami sekeluarga pun telah lama berkawan mesra,
tak ada masalah jika membabitkan hal pemantauan kerja.
Insya`Allah......
Adapun......
Proses rundingan telah berlangsung 1 ~ 2 minggu lalu,
lokasi kerja "renovation" ditinjau & sebut harga dinyata,
tapi...beberapa "adjustment" ~ Tuan Rumah mahu,
~ nak kesesuaian dengan perancangan+citarasa mereka,
serta "budget" yang telah diperuntukan "agak tertentu",
tak kisahlah ~ janji mereka setuju & saya dapat kerja.
Malam 30.01.2011 ~ mereka beri 8% duit mula kerja,
setelah rundingan akhirnya mencapai kata persetujuan,
kos keseluruhan kerja "renovation" sedikit kurang pula,
dari kos asal yang dikira ketika di awal perbincangan.
Kos dikurangkan tapi mereka dapat apa yang dihajat,
keluasan binaan tambahan rumah dapur dikecilkan,
tapi..."complete renovation" luar-dalam mereka dapat,
~ pemohonan permit kerja & "plan" ~ saya uruskan,
~ rumah dapur baru+pagar+awning+mosaic & cat,
~ wiring+plumbing+iron grill+gutter+cermin+jambatan,
tapi kabinet ~ mereka sendiri yang akan rancang & ingat,
serta "rumah ibu@lama" ~ saya tolong "touch-up"kan.
Ternyata......
Inilah harga kerja "renovation" tertinggi ~ saya dapat,
tapi...bukan semua duit yang diberi adalah untuk saya,
saya buat kerja bangunan ~ lain "member" yang buat,
adat berniaga ~ perlu ada pengagihan kerja bersama,
demi mementingkan kualiti kerja ~ saya tak rasa ralat,
kurang untung takpa asal hasil kerja buat kita gembira.
Prinsip saya buat kerja "part-time" ni senang sahaja,
buat kerja dengan ikhlas agar mutu kerja terpelihara,
~ untung terlalu banyak bukan sasaran utama saya,
kira Oklah ~ dapat gaji+bayar duit barang & upah kerja,
asal saya tak rugi & Tuan Rumah puas hati serta gembira,
dan hubungan sesama manusia terus baik terpelihara.
Insya`Allah......
Sebenarnya......
Kesan sampingan kerja luar kat saya pun agak "berat",
sakit badan+bengkak ruam di kulit bak kena "tahi ulat",
penat tu memang penat kerana guna banyak kudrat,
tambahan pula perlu bekerja hampir 15 jam padat,
~ kerja "part-time" di siang hari & malam di pejabat,
terpaksa juga berkorban aktiviti lain & masa rehat,
namun...mungkin kerja begini berbaloi untuk dibuat,
mungkin rezeki tambahan saya di situ kerana minat,
serta demi mencari rezeki halal & mencari berkat,
semoga ikhtiar saya itu bermakna di dunia & akhirat.
Namun...nak kata saya sentiasa kerja 15 jam padat,
adalah 1 keterangan & kenyataan yang kurang tepat,
kerana bukan selalu kerja "renovation" saya dapat,
tahun 2010 ~ dapat 3 kerja setelah 2 1/2 tahun berehat,
bila ada kerja banyak ~ barulah saya perlu kerja kuat,
masa tak ada kerja luar ~ saya kerap mengeliat-ngeliat !!!
( ~~~~~~~~~~ HoHoHoHoHoHo ~~~~~~~~~~ )
Tahun 2010...kerja "renovation" saya dapat tak lah besar,
ke 3-3 kerja itu nilainya hanya 60% dari nilai kerja kini,
biar pun nilai kerja ke 3-3 kerja itu tak lah banyak benar,
tapi Alhamdulillah...mampu kurangkan beban ditanggungi.
Beberapa % hasil pendapatan itu disalurkan sesama manusia,
~ rakan sekerja+keluarga+saudara-mara juga jiran tetangga,
juga "perkongsian" dalam pelbagai bentuk ~ biarlah itu rahsia,
kerana belum tentu lagi "perkongsian" itu Allah akan terima,
tapi yang nyata ~ kehidupan saya sekeluarga rasa bahagia,
Alhamdulillah ~ kurang dugaan berat yang datang melanda.
Insya`Allah...hari ini ~ hari ke 4 saya bakal meneruskan kerja,
demi cuba sempurnakan amanah orang pada saya,
semoga Allah berikan saya kelapangan minda & kudrat juga,
demi mencari bahagia & redha-Nya ketika saya masih terdaya.
Sekian dulu untuk perkongsian ilmu pada kali ini,
mungkin selepas ini saya akan rehat menulis seketika,
kerana anda dah tahu "komitmen" saya yang menanti,
maka...amanah itu lebih utama untuk saya cuba sempurna.
Namun......
Insya`Allah ~ jika saya masih ada kelapangan masa,
saya akan tetap menulis juga untuk tatapan bersama,
anda tak perlu risau ~ saya tak kan kemana-mana,
kerana menulis juga adalah sebahagian dari minat saya.
Akhirkata......
Sebelum diakhiri tulisan,
tersilap kata ~ maafkan saya...usah berdiam,
kini saya sudahi dengan...,
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment