بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian hanya untuk Allah,
Tuhan Yang Maha Esa Lagi Maha Berkuasa,
semoga kita sentiasa diberikan hidayah & inayah,
sewaktu masih berpeluang untuk hidup di dunia.
Kisah Ikan Gappy ini ~ adalah kisah kali ke 4,
kisah tentangnya pernah dinyata setahun lalu,
pada 8 & 10/3/10 & 8/4/10 ~ tarikh-tarikhnya,
telah beberapa kali "eksperimen" dicuba-laku,
untuk membaka-biakkan Ikan Gappy dipelihara,
agar menjadi spesies Ikan Gappy Kacukan Baru.
Alhamdulillah ~ "eksperimen" tersebut telah berjaya,
dari 7 ekor "berkumpul sama" di dalam 1 "akuarium",
telah berganda hingga lebih kurang 100 ekor semua,
Alhamdulillah ~ berjaya !!! kami gembira tersenyum.
Adatlah...ada yang terus hidup & ada yang mula mati,
mungkin faktor jangka hayat pendek & asyik ber"laga",
masa dikira sekitar 75~90 ekor sahaja yang tinggal lagi,
bila "akuarium" dibersihkan & untuk menukar airnya.
Ada sekali...saya minta spesies Ikan Gappy Kampung,
dari Kakak Sepupu yang tinggal di Bandar Di-Raja,
9 ekor semuanya ~ 3 jantan & 6 betina bila dihitung,
bila dicampurkan dalam 1 "akuarium" ~ kini tinggal 3.
Ke 3-3 ekor yang hidup itu adalah Ikan Gappy Jantan,
masa baru-baru tu...kelihatannya " malu & segan ",
kurang campur dengan spesies Ikan Gappy Kacukan,
lantaran perbezaan ketara perbandingan saiz badan.
Adapun Ikan Gappy Kacukan tak sebesar baka pertama,
dah kecil sikit ~ saiz sekitar 70% dari yang mula-mula,
namun...hasil kacukannya ~ lawa & "memikat mata",
kerana kepelbagaian warna & kekembangan ekornya.
Bila 3 ekor Ikan Gappy Kampung dah ber"asimilasi",
hasil kacukan bakanya telah mula dapat dilihat,
baka baru itu bila dihitung ~ sekitar 7 ~ 10 ekor kini,
lebih banyak anak ikan jantan dari betina bila disukat,
wah !!! berbelang hijau di badan..."trademark" tersendiri,
ekor lebih kembang & warna badan sedikit berkilat,
lagi "hebat" & besar 20% dari baka 3 ekor asal tadi,
tak mahu duduk diam !!! ~ lebih agerisif & ligat !!!
Pada 07/01/2011 yang lalu sewaktu ke Putrajaya ,
kami beli 6 ekor Ikan Gappy lain masa di Pasar Tani,
~ 5 ekor jantan "dewasa" & seekor betina "remaja",
kerana "gatal tangan" nak buat "eksperimen" lagi...
Di peringkat awal ~ nampak semuanya Ok berkawan,
kemudian...banyak pula ekor ikan jantan lama carik,
diikuti ikan lama-lama & muda mula mati berterusan,
alamak !!! mungkin ini merupakan petanda tak baik !!!
Bimbang akan "trend" kematian ikan semakin kerap,
maka...gambar diambil sebagai langkah berjaga-jaga,
kerana bimbang makin banyak ikan akan "lenyap",
~ gambar ikan sebagai kenangan harus segera disedia...
Dari 100 ekor menyusut hingga 90 ekor & berterusan,
ada sahaja ikan-ikan yang akan mati setiap hari,
hingga paling banyak mencapai angka belas-belasan,
dan baki Ikan Induk Pertama saya mula bela juga mati.
Mengapa ya? air tak elok "kot-kot" ~ saya beranggapan,
"akuarium" dicuci & air diganti tapi ikan mati juga,
agaknya makanan tak sesuai ~ dijangkiti kuman,
beli makan ikan baru ~ beri makan...ikan mati juga,
agaknya Pokok Melati Air buat "akuarium" kepadatan,
buang separuh & cantas pokok ~ ikan mati juga,
"last-last" ~ Ikan Gappy Jantan Putrajaya diasingkan,
Alhamdulillah ~ ikan di "akuarium" kurang matinya.
Sah !!! ini semua "kerja" Ikan Gappy Jantan Putrajaya,
sehingga seekor diantara mereka pun mati kena "kerja",
kini setelah dipantau ~ ikan lama kelihatan "gembira',
tak ada lagi ikan di "akuarium" mati secara tiba-tiba,
ikan "remaja & dewasa" tinggal 40~50 ekor cuma,
tapi...jumlah anak-anak ikan yang ada 20~30 semua,
maka...kalau semua hidup ~ sekitar 60~80 ekor semula,
tak kira 4 ekor di"kuarantin" ~ Ikan Jantan Putrajaya!
Mungkin nanti ~ akan di"biak-kacuk"kan Ikan Putrajaya,
tapi...bukan dengan spesies dari dalam "akuarium" kini,
mungkin...saya beli 4 ekor ikan betina untuk "mereka",
biar "mereka" berpasangan & mungkin ber"produktiviti".
Sehingga saat tersebut tiba ~ biarlah "mereka" begitu,
tinggal ber 4 di dalam "akuarium" kecil di atas tembok,
Insya`Allah ~ kelak "pasangan"nya akan ditentu,
itupun sekiranya saya punya masa & tak sibuk.
Hmm......
Beginilah cerita tambahan Ikan Gappy belaan saya,
mungkin selepas ini ~ cerita tentangnya akan kurang,
kerana ada pelbagai cerita lain yang akan saya nyata,
menerusi hasil penulisan yang telah mula dirancang...
Maka......
Alhamdulillah ~ Ikan Gappy belaan saya masih ada,
Insya`Allah ~ saya akan pelihara selagi berpeluang,
masuk tahun ini dah 3 tahun ikan tersebut dipelihara,
tanda terima kasih ~ "Pemberian Awal" dari seseorang,
yang berpindah ke Negeri 9 ~ negeri sebelah sahaja,
serta untuk keseronokan bila ada masa lapang,
sambil melihat telatah Ikan Gappy yang di bela,
dapat mengEsakan Allah yang memberi peluang,
untuk kita menikmati kehidupan di dunia bersama,
di antara semua ~ termasuklah manusia & binatang.
Akhirnya......
Sekian untuk tatapan anda pada kali ini,
kemaafan dipohon untuk sebarang kesilapan,
semoga...kita akan diizinkan Allah kembali,
di "alam siber" berkongsi cerita & pengalaman.
Insya`Allah......
Sekian+Terima kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment