Friday, January 7, 2011

Kisah Pada 30/12/2010...

بسم الله الرحمن الرحيم
Hanya pada Allah segala puji-pujian,
Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana,
semoga rahmat-Nya atas Umat Islam berkekalan,
berbahagia hidup "di sini" & kelak "di sana" juga.

Ingat tak niat saya untuk membentangkan 1 cerita?,
cerita sensasi selepas "post" tajuk "2 Hand-Phone Baru",
kini...saya akan cuba menyempurnakan kisahnya,
tapi...maaf dipinta kerana kisahnya agak panjang tu...

Cerita seminggu yang lalu ~ kini akan bermula,
kisah pada 30/12/2010 ~ kemeriahannya terasa,
bila saya sekeluarga berpeluang untuk turut serta,
meraikan kepulangan pasukan bolasepak negara,
yang pulang dari Indonesia ~ negara jiran tetangga,
membawa pulang Piala Suzuki-AFF 2010 selaku Juara !!!

Petang itu......

Isteri mengajak ke KLIA ~ selepas mendengar berita,
bagi turut serta menyambut kepulangan Wira Negara,
serta nak bawa "anak bujang" ~ sambil jumpa "Mak Wa",
kerana lusa dia bakal berangkat pulang ke Utara semula.





Cuaca hari itu redup kerana bumi baru dituruni hujan,
perjalanan ke KLIA ~ biasa & tidaklah sibuk+sesak,
setelah parking kereta di Block B ~ kami terus ke Balai Ketibaan,
kelihatan peminat bolasepak sudah semakin banyak......




Mungkin mereka sampai awal dari kami sekeluarga,
mungkin kerana mereka telah diarahkan untuk ke sana,
oleh Kementerian Belia & Sukan serta Sekolah Sukan juga,
mungkin mereka memang "peminat fanatik" yang setia,
mungkin juga mereka jadi peminat sukan secara tiba-tiba,
mungkin mereka ingin berkongsi kegembiraan bersama,
mungkin mereka tahu pengalaman sebegini tak selalu dirasa,
dan mungkin ingin mencatat kenangan dalam sejarah negara.

Mak Oii...punyalah ramai peminat & pemerhati kelihatan,
berbaris panjang+berlonggok-longgokkan di Ruang Legar,
menanti pemain bolasepak keluar dari ruang Balai Ketibaan,
penuh debaran serta kelihatannya tidak sabar-sabar......

Bagi mengurangkan keresahan peminat yang lama menanti,
koordinator kumpulan penyokong di Pentas Balai Ketibaan,
kerap menyanyikan lagu patriotik & slogan-slogan sensasi,
serta berlari-lari mengibarkan bendera+trofi kejuaraan rekaan,
menyanyi nama K.Rajagopal+Shafie Sali & Khairul Fahmi,
sambil memukul drum agar kemeriahan tidak berkurangan.

Juga gerakan "ombak tangan" dimulakan dari atas pentas,
bersambungan ke sekitar ruang menunggu di Balai Ketibaan,
berulangan sebanyak 3 kali ~ tanda seronok bukannya protes,
dan diakhiri dengan tepukan kegembiraan tanda sokongan.

Ada juga terdengar suara sumbang ~ kerana lama menunggu,
bila "usikan" itu berbunyi ~ "siapa nak bayar duit parking?",
tapi...rata-rata peminat tergelak & buat-buat tak ambil tahu,
hmm...jelaslah peminat bolasepak kini semakin "sporting"......

Bila dah lama menunggu ~ ramai yang dah mula "boring",
usikan nakal bila terlihat kelibat pramugari mula kedengaran,
hmm...sekadar usikan sahaja tapi boleh buat orang pening,
ada yang ingatkan pemain bolasepak negara telah kelihatan.


Akhirnya...sekitar jam 4.30 petang ~ terdengar pengumuman,
pasukan bolasepak negara telah sampai di Balai Ketibaan,
bergambar dahulu di pentas sebelum keluar dari lorong laluan,
diiringi polis+pengawal keselamatan ke pentas yang disediakan.



Ketibaan pasukan bolasepak negara disambut tepukan gemuruh,
sorakan+nyanyian+nama jurulatih & pemain semakin bergema,
peminat bolasepak mula berasak-asak tapi bukannya merusuh,
ingin lihat+salam+mengambil foto pasukan bolasepak negara.


Penjaga Gol ~ Khairul Fahmi menjadi tumpuan ramai peminat,
tak kira kecil+besar+tua+muda perempuan mahupun lelaki,
~ dia kelihatan tenang & happy tanpa kawalan terlalu ketat,
tidak seperti yang dialami oleh Penyerang Utama ~ Shafie Sali.



Di atas pentas ~ Tan Sri Anuar Musa menjulang trofi,
Menteri+Pegawai Sukan+Ahli Sukan & peminat menjadi saksi,
menandakan kemarau selama 14 tahun telah berjaya diatasi,
kini...pasukan bolasepak negara ~ bakal pihak lawan geruni...




Bacaan Doa kemudiannya dibaca oleh individu yang dilantik,
tanda bersyukur pada Ilahi atas kejayaan pasukan negara,
setelah selesai berdoa ~ peminat kembali semula memekik,
menyanyi & menyebut-nyebut nama pemain yang disuka.

Sesi bergambar kemudiannya mengambil tempat,
oleh Jurufoto Surat Khabar demi merakamkan sejarah negara,
mungkin selepas itu ada yang sangka ~ giliran peminat,
tapi...rupa-rupanya semua pemain terus ke bas yang tersedia.

Kerana peminat telah lama menunggu & ingin bergambar,
kedengaran nyanyian meminta Pasukan Polis turun dari pentas,
tapi...Pasukan Polis menangani situasi itu secara bijak & sabar,
tiada kejadian tidak diingini terjadi yang menimbulkan rasa cemas.


Pujian diberi kepada semua yang hadir pada hari tersebut,
kerana hampir keseluruhan hadirin boleh bertoleransi,
situasi OK ~ semua kembali tenang tanpa kelam-kabut,
menjadi contoh & kenangan pada Pelancong Luar Negeri.



Datuk Ahmad Shabery kemudiannya ditemuramah pemberita,
bagi mendapatkan cerita untuk disiarkan keesokan harinya,
peminat semakin bersurai & suasana kembali tenang semula,
dan...nak jadi cerita ~ bateri kamera saya habis tak semena-mena.

Kami bertiga kemudiannya turut beredar & berehat sebentar,
menanti "anak bujang" yang "cilok sekejap" jumpa "Mak Wa"nya,
aparaa...orang sibuk "mendorong rasa kecintaan" pada negara,
dia pula sibuk "membajai kemesraan" dengan orang lain pula !!!
( Hu...Hu...Hu...Hu...Hu...Hu)

Selepas "anak bujang" kembali "melapor diri",
KLIA & pengalaman tersendiri mula ditinggalkan ,
singgah di Masjid KLIA ~ Sholat Asar ~ mengEsakan Ilahi,
sebelum membawa keluarga makan di restoran kegemaran.

Selesai sudah misi penuh sensasi kami kali ini,
mungkin itulah penutup pengalaman beraneka tahun 2010,
Insya`Allah...diizinkan lagi Allah ~ kami akan cuba ulangi,
2011 ~ kami cuba cari kenangan bermakna lebih bersungguh.

Akhirkata......

Cerita sensasi yang dijanjikan telah saya sempurnakan,
semoga pengalaman kami mampu memberikan "ilmu" ~,
kepada yang masih setia menjadi Pembaca Budiman,
Insya`Allah ~ di lain kesempatan kita akan bertemu,
dengan lain topik & cerita yang sedang dirangkakan,
maka kesudahannya ~ semoga Allah merahmati kita selalu.

Insya`Allah......

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

5 comments:

UmiRawr said...

gila la..semata mata g KLIA nk tgk wira negara pulang..hebat kak norli skang

4zee2 said...

Kami masih siuman...tak gila pun.Sokonglah pasukan bolasepak kita...bila kejayaan tersebut 100% dari keringat rakyat tempatan.Majulah sukan utk negara."Malaysia Boleh"...Nira pun boleh.

4zee2 said...

Ehh...silap pulak.Bukan "Nira" tapi Mira.Sorry...

Faiz Fahmi said...

syabas....satu penulisan yg baik....hehehe...
hebat 2 g KLIA....

4zee2 said...

Ya...hebat lagi org yg cakap hebat tu.HuHuHu...