Monday, January 17, 2011

Masjid Tuanku Mizan......

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah merahmati kita selalu,
dengan taufik & hidayah yang sentiasa ada,
agar kita kekal beribadat pada-Nya tanpa jemu,
walau dimana kita berada & apa jua yang kita laksana.

Ini sambungan kisah tengahari 07/01/2011,
lihat dengan teliti & tak perlu di baca pantas.



Selepas "bebas" dari "jam" selama 45 minit,
ke Putrajaya ~ kenderaan dipandu cermat,
semoga sempat sampai biarpun lewat sedikit,
ke Masjid Besi ~ menunaikan Sholat Jumaat.

Masjid Besi nama Masjid tersebut sebelum ini,
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ~ selepas rasmi,
Masjid ke 2 ~ untuk penjawat awam & penghuni,
yang bekerja & tinggal di Putrajaya dewasa ini.

Ia terbuka untuk umat Islam secara keseluruhan,
juga sebagai 1 lagi lokasi untuk kita beribadat,
serta sebagai 1 lagi daya tarikan pelancongan,
yang mampu mendorong & menarik minat.

Masjid Tuanku Mizan kerap kali menjadi tarikan,
berikutan seni pembinaannya yang unik,

landskap & lokasi di tepi tasik cantik menawan,
di waktu malam kilauan cahaya lampunya cantik.


Terletak
2.2 km dari Masjid Pertama ~ Masjid Putra,
mengambil masa
5 tahun 4 bulan untuk disempurna,
dari
April 2004 hingga Ogos 2009 tempoh dilaksana,
boleh tampung sekitar 20,000 jemaah dalam 1 masa,
Jumaat malam Awal Ramadhan 1430H mula dibuka,
11 Jun 2010 ~ Tuanku Mizan telah merasmikannya.

Pembinaan Masjid ini ~
70% @ 6,000tan keluli diguna,
30%
selebihnya dari konkrit+konkrit bertetulang kaca,
berkeluasan 73,795 meter persegi & kos RM 208 juta
,
ia menggunakan
Seni Bina Jaringan Wayar luar negara,
@ Anyaman Masyrabiah import dari Jerman & China,
ia tahan karat & direka agar telus angin & telus cahaya,
~ tiada pemasangan kipas atau
alat penyaman udara,
tapi
Gas Penyejuk @ Gas District Cooling yang diguna.

Kiblat Walk ~ jejantas seluas 13,639 meter persegi,
menghubungkan
Masjid dengan Dataran Putrajaya,
dihiasi kolam air bak berada di
Istana Purba Alhambra,
hiasan dalamannya ~ nama Asma Ul Husna melatari,
diukir bertulisan
Kaligrafi jenis Khat Thuluth semua,
boleh dilihat di kanan kiri tika memasuki "
Iwan Utama".




Di atas pintu utama menuju ke ruang sholat utama,
ayat ke 80 dari Surah Al-Israa`
boleh dilihat & dibaca,
di depan
ruang sholat utama ~ 1 keunikan jelas ketara,
iaitu pembinaan sebuah Dinding Mirhab dari panel kaca,
setinggi
13 meter ~ kacanya diimport dari Jerman juga,
terukir
2 baris ayat dari Surah Al-Baqarah di kanannya,
dan
Surah Ibrahim di kirinya ~ keemasan ia berwarna,
kelihatan jelas & di lihat seolah-olah terapung di udara.




Di Masjid Tuanku Mizan terdapat pelbagai kemudahan,
~
ruang sholat di dewan utama+muslimat & terbuka,
3 unit kuaters 2 tingkat 3 bilik
untuk staff ada disediakan,
di dalam kawasan masjid ada 10 unit bazar @ ruang niaga,
bilik pameran
~ seramai 250 orang mampu dimuatkan,
dapur+bilik kenamaan & bilik penyelenggaraan
juga ada,
bilik kawalan audio visual & pejabat pentadbiran,
perpustakaan
& ruang "parking" kereta turut tersedia.

Alhamdulillah......

Indah berseni hasil pembinaan Masjid di negara kita,
semoga ia terus dimakmurkan dengan amalan mulia,
sebagai tempat beribadat pada Allah Yang Maha Esa,
bukan hanya dikagumi sebagai 1 mercu tanda Putrajaya.

Insya`Allah......

Sebenarnya......

Semasa Sholat Jumaat dilaksanakan buat julung kali,
saya salah seorang dari makmum yang ikut serta,
pada 04/09/2009 & disiarkan secara langsung di TV,
mendapat liputan secara meluas di pelbagai media.

Unik ~ bila dapat rasai pengalaman berharga begitu,
kerana ia hanya datang sekali dalam 1 jangka masa,
juga masa Majlis Nikah Angkasawan Negara tahun lalu,
saya juga turut serta ~ di Masjid ini sejarah ditempa.

Dan......

Ini merupakan kali ke 7 ~ Masjid ini saya kunjungi,
semuanya dengan keluarga samada ber 3 @ ber 4,
kalau jalan seorang tak seseronok jalan dengan family,
kerana bila kerap bersama ~ kemesraan bertaut erat.

Gambar-gambar yang diserta terbahagi 2:-
1 ~ di ambil selepas kami bersholat Jumaat,
1 ~ selepas Sholat Asar...ia dirakamkan,
di antara 2 masa tersebut ~ kami di 3 lokasi berbeza,
1 ~ di Pasar Tani...cari sedikit makanan berkhasiat,
2 ~ ke Muzium Alam Semulajadi tengok pameran,
3 ~ ke Alamanda...cari barang untuk Isteri saya,
tapi...barang yang dicari langsung tak tepat,
ia tak bersesuaian dengan citarasa & keinginan.

Selepas berSholat Asar di Masjid Tuanku Mizan,
kami ke Pasar Tani semula ~ cari & "tapau" makanan,
serta beli "barang kering & basah" untuk simpanan,
kerana selepas itu ~ kami akan pulang ke kediaman,
dan tak singgah mana-mana kelak dalam perjalanan,
jika sampai awal...lagi cepat badan dapat direhatkan.

Alhamdulillah......

Adapun kisah 07/01/2011 belum habis lagi,
kerana cerita kami di Muzium belum dinyatakan,
bila pameran yang dilihat amat berlainan sekali,
serta bukan selalu kami ber 3 akan dapat saksikan.

Kisah di Muzium yang dilawati akan dinukilkan,
sehingga saat itu ~ pada anda saya minta kemaafan,
jika terdapat salah & silap tika nukilan ini dipaparkan,
akhirnya ~ semoga Allah memberi kita keberkatan.

Insya`Allah......

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Kisah Bakal Bersambung......

No comments: