بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga rahmat Allah pada kita berpanjangan,
di ketika menempuhi saat gembira & kesedihan,
dan pedoman-Nya untuk kita di dalam kehidupan,
agar kita kekal berusaha menjadi orang beriman.
Pelbagai jenis masakan kini jadi tawaran,
untuk rakyat tempatan bagi bertukar citarasa,
Masakan Tradisional+Mamak+Cina+Western,
"Fast Food" & Tomyam Thailand ~ diantaranya,
pilihlah mana yang bersesuaian & berkenan,
asal "budget" cukup & dapat memenuhi selera.
Ada beberapa perkara perlu diambil perhatian,
bila mula memasuki sesuatu Premis Makanan,
diantaranya ~ kebersihan+suasana persekitaran,
pilihan makanan+cara layanan+harga makanan,
hasil masakan+bekas sajian & "bil" yang diberikan,
semuanya perlu dinilai...jika kita berkesempatan.
Saya ambil contoh Restoran Masakan SeaFood ini,
terletak berdekatan Veledrom Basikal di Cheras,
telah beberapa kali hasil masakannya dinikmati,
namun ada hal mula menyebabkan kami rasa rimas !!!
Lazimnya kami datang awal di Restoran tersebut,
~ petang...waktu Restoran tersebut mula beroperasi,
menu diberi & permintaan masakan mula disebut,
~ "order" makanan biasa yang sering kami nikmati.
Kali ini...kami "terkena" lagi !!! ~ sewaktu "order" tiba,
alahai..."kecewa"nya tengok hasil masakan yang tersedia,
mungkin kerana kenaikan harga barang semasa,
menyebabkan "produk" disajikan ~ hasilnya berbeza.
Perubahan drastik hasil kuantiti & kualiti masakan,
kalau hasil masakan dah kurang sikit ~ kita maafkan,
jika harga masih bersesuaian ~ masih di"toleransi"kan,
tapi bila Tukang Masak kedekut ~ kami tak berkenan !!!
Dahlah rencah dalam masakan semakin kurang,
rasa sedap hasil masakan dah mula hilang,
makanan yang disuap ke mulut ~ boleh dibilang,
kena pula ~ cara layanannya pun dah lebih kurang,
dipanggil nak tambah minuman ~ buat tak pandang,
walhal waktu itu tak ramai pelanggan yang datang,
...tengok mereka lagi seronok duduk bersembang,
agaknya...duit saya tak laku kot untuk di dagang !!!
Dari semua menu biasa yang telah dipesan,
hanya 1 sahaja yang boleh di"kompromi",
rasa "sup"nya sahaja bukan "barang sajian",
yang lain...kami semua kurang puas hati !!!
Bila tiba waktu pengiraan "bil" perlu dibayar,
mak oii...harga berbeza & agak mahal dari biasa,
bayar sahaja-lah ~ tak perlu tawar-menawar,
kerana dalam "Buku Menu" sudah tertera harga.
Mengapa harga mahal sedikit? ~ kami tertanya-tanya,
mungkin...seperti perenggan sebelum ini yang dibaca,
"mungkin kenaikan harga barang semasa" ~ kami rasa,
tapi...bila dilihat gambar-gambar diambil ~ semula,
ternyata...harganya amat berbeza dari yang tertera,
jelaslah...kami telah jadi mangsa "muslihat" mereka !!!
Hmm...nak buat macamana...perkara dah berlaku,
tapi...pengajarannya ~ kami kena selalu berhati-hati,
mungkin selepas ini ~ Restoran itu tak akan di tuju,
kerana pengalaman "kurang enak" yang telah dilalui.
Dan......
Selepas tarikh seperti tertera di gambar yang dilihat,
selepas alami beberapa situasi kurang menyenangkan,
maka hingga kini...Restoran tersebut tidak lagi dilawat,
biarpun semalam di Gerai Makan berdekatan kami makan.
Kesimpulannya......
Anggaplah pengalaman kami lalui itu satu peringatan,
kepada para pembaca yang minat mencuba makanan,
berhati-hatilah ketika memasuki Premis Perniagaan,
dan bertindak bijaklah jika memesan sesuatu masakan,
perhatikan juga senarai harga sama seperti dinyatakan,
agar kelak tidak jadi mangsa keadaan & ketidakpuasan.
Akhirkata......
Sekian sahaja nukilan buat tatapan anda pada kali ini,
Insya`Allah...kita jumpa lagi di lain coretan & cerita,
sebarang salah & silap ~ saya mohon maaf sekali lagi,
selamat beristirehat di hujung minggu dengan keluarga.
Sekan+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment