بسم الله الرحمن الرحيم
Hanya kepada Allah kita beribadah,
memperhambakan diri & mengEsakan-Nya,
semoga perjalanan hidup kita bakal dipermudah,
dalam usaha mencari keredhaan Yang Maha Esa.
Kini dinukilkan post "04/01/2011 ~ Kisah Akhir",
"trilogi" ke 3 untuk post bertarikh 04/01/2011,
semoga dipermudahkan Allah ~ ianya dizahir,
semoga ceritanya mudah difaham pembaca & jelas.
Hari Selasa ~ 04/01/2011...Kisah Akhir:-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selepas menghantar "anak bujang" balik ke "U" semula,
kami meneruskan perjalanan pulang seperti dirancang,
Alhamdulillah ~ pemanduan di lebuhraya agak selesa,
tenang...cuma sibuk sedikit tika memasuki Pulau Pinang.
Kenderaan dipandu mengikuti had laju & berhati-hati,
bagi berusaha elakkan kemalangan yang tidak dijangka,
beberapa sekatan jalanraya terpaksa saya ditempuhi,
dilakukan oleh JPJ dan juga pihak Polis Peronda.
Alhamdulillah ~ ke 2-2 sekatan tersebut saya tak ditahan,
mungkin kenderaan dipandu tak melepasi had kelajuan,
2 kenderaan depan saya ~ di 2 lokasi diminta ke bahu jalan,
apalagi...comfirmlah tu ~ saman akan dikeluarkan !!!
Oleh kerana hampir seharian saya memandu kenderaan,
anggota badan mula terasa sedikit lenguh & penat,
maka di "R & R Gunung Semanggol" ~ kereta dihentikan,
bagi membolehkan kami keluarga keluar berehat.
Keadaan agak lengang di "R & R" yang disinggahi,
mungkin kerana sekarang bukan musim cuti,
banyak kedai ditutup & ada pekerja sedang "goyang kaki",
maklum sahaja tak ramai pelanggan ~ rugi kalau beroperasi.
Selepas berhenti seketika & makan+minum ala-kadar,
perjalanan diteruskan semula namun tak lama,
setelah 30 minit di lebuhraya ~ kami singgah sebentar,
di Perhentian Sebelah Bukit Gantang Selatan pula.
Kali ini kami berhenti menyinggah nak cari "buah tangan",
kerana ketika di Kedah ~ kami cuma beli "Kari Cap Tarbus",
tak elok tiada "buah tangan" dibawa balik dari berjalan,
kerana keluarga yang tak ikut juga perlu dilayan bagus.
Perhentian Sebelah Bukit Gantang Selatan agak popular,
dikenali sebagai "Perkampungan Buah-Buahan Tropika",
buah-buahan yang dijaja di situ kelihatannya agak segar,
~ Jambu+Ciku+Cempedak+Limau+Nangka+Mangga,
mudah didapati & harganya anda boleh tawar-menawar,
manakala Durian+Manggis+Rambutan ~ ikut musimnya,
bila musimnya tiba barulah buah-buah tersebut diedar,
kalau tak hanya buah-buahan seperti tadi bakal dijumpa.
Buah yang anda lihat ini adalah "Buah Asam Jawa",
pelikkan? kenapa buah yang masam ini dikomersialkan?
tapi jangka salah sangka ~ buah ini manis+lemak terasa,
bukan seperti rasa "Pes Asam Jawa" guna untuk masakan !!!
Dulu harga "Buah Asam Jawa" ini RM15/- sebungkus,
tapi...kali ini sebungkus dijual hanya RM 5/- sahaja,
mungkin bungkusan kali ini kecil sedikit agar mudah diurus,
bagi memberi lebih peluang untuk orang ramai mencuba rasa.
Gambar yang ini pula ~ "Buah Cempedak Durian" namanya,
tapi bukan buah hasil kacukan Cempedak dengan Durian,
yang itu nama glamournya sahaja ~ agar senang dibeza,
harganya mahal sikit dari harga Cempedak biasa di pasaran,
boleh mencecah RM belas-belasan ~ untuk 1 biji sahaja,
namun rasanya manis & sedap serta isinya banyak kedapatan.
Untuk menyesuaikan nama "Perkampungan Buah-Buahan",
beberapa "dangau" @ "wakaf" dibina untuk penggunjung,
bagi memberi suasana nostalgik & mengimbau kenangan,
sambil makan buah ~ rasa seperti sedang duduk di kampung.
Rata-rata gerai di bahagian hadapan ~ menjual buah-buahan,
hingga kalau pusing @ jengah-jengah pun ~ sama sahaja,
cuma beza adalah ~ harga+kesegaran+variasi buah jaja-an,
terpulang pada kita nak pilih gerai & buah mana yang kita suka.
Nama pun gerai menjual buah-buahan tempatan,
tak sah kalau "Kuah Rojak" tidak dijual sekali,
ada jenama "Mak Bee" & "Rodziah" atas rak pameran,
pilihlah...nak biasa atau campur kacang ~ boleh didapati.
Setelah membeli beberapa jenis buah-buahan,
kami meneruskan perjalanan balik ke rumah,
menjelang jam 12++ tengah malam tiba di kediaman,
kemas barang+mandi+sholat & terus "rebah" ~ tidurlah !!!
Maka......
Sempurnalah kini "trilogi kisah pada 04/01/2011",
Alhamdulillah ~ semua berjalan lancar & selamat,
semoga kisah "trilogi" yang dinukilkan memberi ilmu,
melalui saya untuk pembaca yang membaca secara ikhlas,
akhirkata ~ kemaafan dipohon jika ada kesalahan dibuat,
Insya`Allah ~ di lain "post"...kita bakal bertemu.
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment