بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah merahmati kita semua,
dengan cahaya keimanan & ketakwaan,
dipermudahkan segala usaha untuk mentaati-Nya,
berbahagia hidup di dunia hingga ke akhir zaman.
Sepertimana yang telah dijanjikan,
kini saya ceritakan kisah "ulangtahun hari kelahiran"***,
"post" ini adalah sambungan "post" pada 3 haribulan,
kerana kedua-dua kisah tersebut saling berkaitan.
01/01/11 ~ hantar "anak bujang" ke Bandar Di-Raja,
untuk menaiki bas express kembali ke "U" di Utara,
setelah dapat "break"@cuti hampir 10 hari lamanya,
kembali ke "U" menyambung pelajarannya semula.
02/01/11 ~ giliran "anak dara" pula di hantar pulang,
setelah bercuti "semester 3" hampir sebulan lebih,
kerana pengajian bagi "semester" ke 4 akan menjelang,
maka dia perlu dihantar pulang tanpa perlu rasa sedih.
Tarikh itu seiringan tarikh ulangtahun hari kelahiran si Isteri,
kami ke KL ~ untuk menghantar "anak dara" ke Desa Siswi,
sebelum ke Desa Siswi kami perlu menuju ke 1 destinasi,
~ ke "Restoran Nasi Kandar Pelita" ~ menu ingin dirasai,
bersarapan pagi & sebahagian hadiah si Isteri untuk Hari Jadi,
kerana rezeki dari Allah perlu sama-sama dinikmati.
Restoran Nasi Kandar Pelita terletak di Jalan Ampang,
difahamkan ~ ada 24 cawangan restoran di seluruh negara,
masakan di cawangan Sungai Petani Kedah ~ kami dah cuba,
nak "try" masakan kat KL ~ lagi sedapkah atau lebih kurang,
dan nak memastikan benarkah cerita kesedapan masakannya,
seperti yang diberitahu "anak dara" & beberapa "blogger" juga.
OK-lah ~ tempatnya bersih & layanannya pun cepat,
pelbagai menu masakan "berat" & "ringan" ada tersedia,
harga pun boleh tahan ~ kalau pandai "budjet" & cermat,
suasananya dipersekitaran & di dalam kedai pun OK juga.
Ketika mula menikmati juadah yang telah diminta,
terasa beza rasa masakan antara Sg Petani & KL agak ketara,
sedap lagi masakan di Sg Petani ~ komen ikhlas kami bertiga,
tapi tidak sesedap kesedapan masakan di Restoran Line Clear.
Mungkin citarasa kami bertiga dengan citarasa anda berbeza,
masing-masing berhak komen ikut pengalaman yang dirasai,
namun sekirannya anda pernah makan di Restoran Line Clear,
~ saya yakin anda pasti tahu membezakan keunikan rasa kari.
Habis menikmati juadah di Restoran Pelita di Jalan Ampang,
2 HyperMarket sekitar Kuala Lumpur ~ mula dipijak,
kerana "anak dara" perlu beli beberapa barang,
sebagai kegunaan & bekalan untuknya kelak.
Setelah menghantar "anak dara" balik ke Desa Siswi,
kami suami-isteri kemudiannya menghala pulang,
amanat & pesanan untuk "anak dara" sering diulangi,
belajar bersungguh-sungguh & jangan sia-siakan peluang.
Hmmm......
Tentu anda tertanya-tanya......,
kata cerita ulangtahun hari kelahiran si Isteri tercinta,
tapi takda pula cerita tentang hadiah istimewa,
kena baca dulu...kelak anda akan temui juga "hadiah"nya.
Sesungguhnya......
Agak berlainan cara saya meraikan hari lahir Isteri tercinta,
kalau sesetengah orang ~ pasti hadiah istimewa akan diberi,
tapi...saya pula meraikannya dengan pelbagai cara berbeza,
kerana Isteri saya orangnya sederhana & senang bertoleransi.
Sebenarnya...bukan hadiah berbentuk kebendaan jadi ukuran,
benar ~ dalam hidup sekarang kebendaan amat diperlukan,
namun...banyak aspek lain yang boleh memberi kebahagiaan,
cuma kita sering terlepas pandang @ kurang ambil perhatian.
Bukan kemewahan berlebihan yang sering diminta,
~ cukuplah sekadar kita sentiasa jujur padanya,
menjaga adab & tingkahlaku kita walau dimana berada,
~ cukuplah jika kita berusaha cari rezeki halal untuk keluarga,
biar pun sikit...tapi keberkatannya berpanjangan sentiasa,
~ cukuplah bila kita tahu bertimbang-rasa & menghormatinya,
mendengar keluh-kesah & bantu meringankan bebanannya,
~ cukuplah sekirannya kita mahu belajar & membimbingnya,
memberi peluang agar dia mampu mendalami ilmu agama,
~ cukuplah jika kasih-sayang kita ikhlas & segar sentiasa,
agar dia tahu ...yang dia dalam hidup kita amat istimewa,
~ cukuplah bila kita sering mendoakan kebahagiaan untuknya,
bahagia di jiwa+raga ~ bahagia di dunia+kelak di Akhirat juga,
inilah hadiah saya yang paling istimewa buat Isteri tercinta.
Akhirkata......
Selamat Hari Lahir buat Isteri tercinta,
semoga Allah merahmatinya sentiasa,
semoga hidup kami berkeluarga kekal bahagia,
di dunia & berpanjangan di Akhirat selamanya.
Insya`Allah......
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
2 comments:
Aduh~ rasa syahdu pulak baca. Happy belated mak ngah! Hugssss
HuHuHu...MNL kata "Terima Kasih" & Alhamdulillah.
Post a Comment