بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ Allah masih memberikan saya keizinan,
melakar & berkongsi cerita bersama anda,
semoga niat yang baik bakal dipermudahkan,
untuk perkongsian ilmu bermenafaat sesama kita.
Didoakan ~ kita semua dirahmati Yang Maha Esa,
dengan taufik & hidayah mencari keredhaan-Nya,
~ kekal terus berusaha tanpa jemu selaku hamba,
demi mengharapkan keredhaan-Nya sentiasa.
Hari Isnin ~ 03/01/2011 :~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Anak bujang" return miscall saya malam tadi,
beritahu serangan penyakit lamanya datang semula,
ketika itu saya sedang membaiki paip+pelantar & tangki,
di rumah seorang rakan sepenempatan lokasi bekerja.
Keluarga dari Perak ~ pada masa yang hampir sama,
juga telefon bertanyakan keadaan kesihatan saya,
Alhamdulillah ~ kesakitan saya semakin beransur reda,
namun...belum pulih 100% atau seperti sediakala,
lantaran janji ~ kerja "repair" itu harus disempurna,
kerana dah hampir 3 hari ~ keinginan tak dapat diusaha.
Pulang dari kerja "part-time" ~ Isteri maklumkan cerita,
keluarga di Perak minta dia pulang ke Kampung esoknya,
~ ada urusan penting yang memerlukan dia di sana,
kerana dia merupakan anak tertua dalam keluarga.
Setelah makan ~ saya pula menyampaikan berita,
kisah "anak bujang" malam tadi diserang penyakit lama,
hati seorang ibu terus jadi kurang selesa & bimbang pula,
kerana "anak bujang" tinggal di "U" ~ jauh di Utara.
Kami berbincang tentang tindakan selanjutnya,
"anak bujang" dihubungi bertanya keadaan kesihatannya,
nasihat diberi ~ pemeriksaan doktor perlu dilakukan segera,
bimbang malam nanti serangan penyakit datang semula,
tambahan pula ~ ubat sakit tersebut memang dia tak ada,
maka saya meminta dia ke Klinik Swasta malam itu juga.
Tentang duit & kos tambahan ~ dia tak perlu bimbang,
kerana duit akan saya "Bank-In" malam nanti,
kalau dia tak jumpa juga doktor ~ kami akan datang,
kerana gangguan kesihatannya ~ bukan boleh dikompromi.
Kebetulan adik si Isteri telefon sebelah petangnya,
menggesa agar Isteri saya pulang juga malam itu,
akhirnya ~ kami sepakat untuk pulang bersama,
selepas urusan cuti rehat saya settle-kan terlebih dahulu.
Setelah berkemas & memaklumkan pada "anak bujang",
maklumkan juga pada jiran yang kami akan balik kampung,
keluar dari kawasan perumahan ~ niat bermusafir dipasang,
bagi membolehkan sholat Jamak & Qasar dapat dilangsung.
Singgah kejap di Jaya Jusco ~ cari makanan+bekalan,
meneruskan perjalanan sambil menghubungi anak-anak,
~ "anak bujang" sedang menunggu giliran pemeriksaan,
~ "anak dara" dimaklumkan kerana dia seorang kakak,
di R&R Rawang ~ sholat Jamak & Qasar dilakukan,
setelah mengEsakan Allah ~ kami kembali bergerak.
Kenderaan di lebuhraya tak banyak malam tu,
namun tak bermakna kenderaan saya perlu dipandu laju,
80~100 km/j ~ itulah had laju yang selalu saya pandu,
janji selamat sampai ke destinasi ~ itu yang perlu.
Selalunya ~ Isteri menjadi teman yang paling setia,
bersembang ~ agar fokus pemanduan saya sentiasa peka,
dia boleh bertindak sebagai "c0-pilot" jika keadaan memaksa,
tapi...untuk pemanduan di waktu malam ~ dia tidak selesa.
Dalam pada itu ~ "anak bujang" kerap dihubungi,
nasihatkan dia menjaga kesihatan & makan ubat,
Insya`Allah ~ esok kami akan terus ke Sungai Petani,
melihat perkembangan kesihatannya sambil melawat.
Kerana saya agak sibuk & kurang rehat siang tadi,
badan mula letih & pelupuk mata makin memberati,
singgah di R&R Tapah ~ tidur demi merehatkan diri,
30~45 minit kemudian ~ kenderaan dihidupkan kembali.
Setelah dapat berehat ~ badan terasa sedikit segar,
kenderaan mula dipandu sambil mata ini memerhati,
kelihatan banyak lori parking ~ "driver" tidur sebentar,
demi cuba mengelakkan kemalangan yang tak diingini.
Alhamdulillah...pemandu lori bertindak cemerlang,
tidur & berehat sebentar ~ bila masanya dah tiba,
kerana selalunya kalau cuai sering membawa malang,
~ boleh membahayakan pengguna lebuhraya lain juga.
Seringkali banyak terjadi kejadian yang tak diingini,
bila pemandu tertidur & kenderaannya rosak tiba-tiba,
"impak" pelanggaran dengan kenderaan berat amat ngeri,
selalunya orang yang tak bersalah sering menjadi mangsa.
Kenderaan mula memasuki lebuhraya kembali,
Isteri menjadi teman bersembang seperti biasa,
jika memandu malam & melewati "kawasan misteri",
berhati-hatilah ~ demi mengelakkan berlaku malapetaka.
Sewaktu singgah di R&R tadi ~ kami tak beli apa-apa,
sebagai "buah tangan" untuk keluarga nikmati bersama,
selalunya makanan baru dimasak akan dibungkuskan,
kerana dijangkakan tengah malam nanti kami bakal tiba,
tak sesuai ~ kerana waktu itu mereka sedang tidur lena,
takkanlah tengah-tengah malam mereka nak makan !!!
Insya`Allah ~ esok waktu sarapan saya belanja mereka,
mereka akan ditemani ke Bandar ketika pagi menjelang,
sekiranya urusan mereka tak ambil masa yang lama,
kami nak bawa mereka ke Sg Petani lawat "anak bujang".
Alhamdulillah ~ sekitar jam 2 pagi kami tiba di Kampung,
selepas bersalam+angkat barang & sembang ~ kami tidur ,
esok ~ seawal pagi urusan di Bandar akan berlansung,
semoga dengan kehadiran saya ~ urusan akan jadi teratur.
Insya`Allah......
Sekian cerita pada 03/01/2011 untuk tatapan,
Insya`Allah ~ kisah 04/01/2011 akan menyusul,
harap para Pembaca dapat menanti dengan kesabaran,
akhirkata ~ maaf jika ada cerita & bahasa yang tersasul.
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment