بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian hanya milik Allah,
Yang Memerintah akan sekelian alam,
~ semoga Allah memberikan kita baroqah,
dalam melaksanakan niat baik yang diilham.
Kisah "Post" kali ini berbentuk "trilogi",
1) "04/01/2011 ~ Kisah Awal" sebagai permulaan,
2) "04/01/2011 ~ Kisah Seterusnya" akan mengikuti,
3) "04/01/2011 ~ Kisah Akhir" untuk kesudahan.
Dah bersedia nak baca kisah kali ini?
Mari kita mulakan......
Hari Selasa ~ 04/01/2011...Kisah Awal :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pagi itu kami menemani keluarga ke Kuala Kangsar,
singgah di gerai sekitar kawasan Masjid sebentar,
bersarapan bersama kerana perut dah terasa lapar,
seperti yang dijanjikan ~"bil"-nya saya yang bayar.
Saya menemani Ayah Mertua ke Lempor,
Isteri & Mak Mertua ~ duduk di Masjid berehat,
saya balik ke Masjid ~ Isteri ikut Ayah ke kantor,
sambil menunggu urusan selesai ~ ada"misi"saya nak buat.
Dalam pada itu "anak bujang" telefon ~ dia semakin sihat,
sekali lagi pagi tadi dapatkan pemeriksaan Doktor,
Alhamdulillah ~ dia mendengar apa yang dinasihat,
kini rakan sebiliknya telah bersihkan bilik yang kotor.
Saya memaklumkan yang kami bakal menziarahinya,
Insya`Allah ~ akan bawa Atok & Opah bersama,
ternyata...dari nada suaranya berbunyi gembira,
akan dilawati oleh Atok & Opah di "U" kat Utara.
OK ~ kita terus ke cerita yang dihajati,
cerita tentang"misi"nya seperti di bawah ini......
Di sebelah Pejabat Tanah & Daerah Kuala Kangsar,
ada 1 bahan bersejarah yang tertua di negara kita,
usianya kini menjangkau ke 134 tahun bila dianggar,
"Hevea Brasiliensis Muell. Arg."~ nama saintifiknya,
kalau dibaca & disebut ~ pelik & asing pula didengar,
tapi kalau sebut "Pokok Getah" ~ pasti kita dah biasa.
Sejarah awal Pokok Getah didengar sekitar tahun 1496,
tapi mula dibawa ke Asia Tenggara sekitar tahun 1877,
tahun sama di Malaysia ~ benih getah itu ditanam,
hingga kini getah juga sumber pendapatan yang utuh.
Pokok Getah pertama telah ditanam di Kuala Kangsar,
oleh H.J.Murton ~ Penguasa Botanical Garden Singapura,
pada 03/10/1877 ~ 9 biji benih getah jumlahnya dianggar,
di halaman rumah Sir Hugh Low ~ ditanam semuanya.
Pokok Getah ditanam untuk produk susu getah @ lateks,
~ asid formik dicampurkan agar susu getah menjadi beku,
digelek guna mesin penggelek ~ proses sedikit kompleks,
diasap ~ menjadi Getah Asap Keping Bunga - gred ditentu.
Selain dari susu getah @ lateks sebagai sumber ekonomi,
pokok getah yang sudah tua juga ada nilai komersialnya,
pokok-pokok yang tua akan diproses untuk lain industri,
iaitu pembuatan perabot untuk eksport+tempatan sama.
Daun getah boleh menjana pendapatan sampingan juga,
ia boleh dijadikan kraf tangan ~ tapi perlu kesabaran,
permukaan luaran daun diproses hingga tinggal rangka,
diwarna+digubah menjadi bentuk bunga-bungaan,
tapi...permintaan terhadapnya ikut trend semasa,
disebabkan ikut trend ~ maka ia kurang diberi perhatian.
Adapun......
Mulai 1902 ~ penanaman getah mula dikomersialkan,
berkembang & menyumbang pendapatan eksport Malaysia,
ia merupakan pendapatan negara tertinggi sehingga 1970-an,
juga pengeluar getah utama selain Thailand+Indonesia+China.
Getah asli terpaksa bersaing dengan getah sintetik,
getah sintetik guna petro-kimia sebagai bahan utama,
namun...bila harga petrol semakin meningkat drastik,
maka getah asli kembali menjadi pilihan utama semula.
Pada penghujung tahun 2010 ~ harga getah naik mendadak,
5 tahun dulu baru RM4 berbanding RM14 sekilogram kini,
mungkin permintaannya kini semakin mendesak,
sesuai dengan kemajuan pesat untuk kegunaan industri.
Harga tersebut harga tertinggi dalam sejarah industri getah,
dijangkakan ia akan kekal sehingga pertengahan tahun ini,
faktor perubahan cuaca membantu permintaan bertambah,
bila negara pesaing terjejas akibat perubahan cuaca terkini.
Sebenarnya......
Terlalu banyak kegunaan & produk berasaskan getah,
kalau disenaraikan boleh mencecah 50,000 jenis barangan,
lihat contoh dalam hidup seharian ~ tak perlu susah-susah,
dari pen+getah pemadam+selipar+kasut+sarung tangan, beg+tilam+hos+permaidani+penebat wayar+tikar getah,
gayung+timba+sendal pintu dan lain-lain yang berkaitan.
Maka......
Alhamdulillah ~ dari 9 pokok getah di Kuala Kangsar itu,
dianggarkan kini 1.7 juta Hektar tanah ditanam dengannya,
membantu menjadi pendapatan kelompok rakyat tertentu,
berkongsi kemakmuran negara hasil perancangan bijaksana.
Alhamdulillah ~ kita berpeluang tinggal di bumi bertuah,
kaya dengan hasil bumi & subur tanah-tanihnya,
hingga mendorong rakyat asing datang ke sini berhijrah,
mencari & berusaha mengaut "laba" semaksima mereka.
Jangan salahkan mereka kerana kita sering ambil mudah,
sibuk dibuai mimpi & puji-pujian ~ mengalpakan minda,
dibimbangi kita semakin lama semakin bakal dijarah,
bila kelak dalam tak sedar ~ sumber ekonomi dikuasai mereka.
Kesimpulannya......
Sementara berkesempatan ~ rebutlah peluang yang tiba,
berusaha hasilkan hasil getah seoptimum yang terdaya,
~ kurangkan kebergantungan tenaga kerja dari luar negara,
~ cuba usaha & galakkan anak tempatan turut serta,
~ digalakkan menoreh getah pada sebelah petangnya pula,
~ gunakan keuntungan diperolehi dengan membeli baja,
~ kebun kecil dibangunkan secara berkelompok+usahasama,
~ jual sendiri hasil getah kepada Agensi Kerajaan iaitu Risda.
Akhirnya......
Kini...selepas 13 dekad masa silih berganti,
Pokok Getah yang dahulunya tidak berapa diminati,
Alhamdulillah ~ kini ia masih meneruskan "bakti",
menjana ekonomi untuk insan yang tahu menghargai.
Sekian dulu kisah "04/01/2011 ~ Kisah Awal" diakhiri,
"Kisah Seterusnya" ~ akan saya cuba nukilkan nanti,
akhirkata...sebarang salah & silap ~ mohon dimaafi,
Insya`Allah...di lain kesempatan kita bertemu kembali.
Sekian+Terima kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment