Friday, January 28, 2011

Hari Pembayaran Gaji...

بسم الله الرحمن الرحيم
Allah masih memberikan saya keizinan-Nya,
untuk berkongsi secebis cerita bersama anda,
didoakan ~ agar Allah merahmati kita semua,
dengan cahaya Islam & Iman hingga akhir masa.

25/01/2011 @ Hari Selasa...Hari Pembayaran Gaji,
setelah agak lama "akaun+dompet" kurang berisi,
kini...hari yang amat di nanti itu datang sekali lagi,
terutama Kakitangan Kerajaan seperti saya ini...

( Alhamdulillah......Dan......Yahhhoooooo...... )

Sebenarnya......

Banyak urusan berkaitannya perlu disempurnakan,
banyak perlu dibayar ~ pelbagai "bil utility" & pinjaman,
~ "bil" Air+Letrik+Telefon+Cukai Pintu+Perkhidmatan,
belum lagi Ansuran Kereta+Pinjaman & Perumahan,
dan "Bank-In" duit untuk "anak bujang" nak bayar Yuran,
juga "anak dara" ~ duit "Exam MUET" perlu dijelaskan,
serta uruskan Keperluan Sara Hidup yang berkaitan,
~ amanah selaku Ketua Keluarga cuba disempurnakan...

Fuhhh...banyak tempat perlu disinggahi untuk berurusan,
pelbagai lokasi saya kena "turun-naik" & "pusing-pusing",
sedangkan..."PerBankan On Line" ada ~ tak digunakan?
mudah+tak perlu ke sana ke sini & kepala kurang pening !!!

Entahlah...mungkin saya senang cara begini,
mungkin...saya tak mahir bak orang lain yang "Hebat IT",
mungkin...saya tak mahu "pening" di kemudian hari,
bila "Perkhidmatan On Line" meragam tanpa didugai...

Kerana......

Jika "Perkhidmatan On Line" itu meragam,
banyak urusan sampingan perlu saya lalui,
kalau kurang sabar boleh mendatangkan geram,
bila ~ kena jumpa Pegawai Tertentu & tunjuk bukti,
bila ~ kena isi "form" & di "inquiry" luar dalam",
kalau nasib baik ~ permasaalahan cepat diurusi,
kalau nasib tak baik ~ urusan lama kena "peram",
bermaksud...masa & kos pengurusan ~ terbuang lagi.

Maka......

Mungkin cara pengurusan begini sesuai untuk saya,
mungkin ianya tak sesuai untuk mereka yang sibuk,
apa-apa pun...tanggungjawab ~ haruslah disempurna,
agar perjalanan hidup terasa selesa dan tak kekok.

Begitulah yang sering kita akan lihat di hujung bulan,
adatlah...hidup masa kini ~ banyak orang berhutang,
kerana...sudah begitu perjalanan hidup yang jadi ikutan,
kalau tak berhutang ~ tipulah & fenomenanya jarang.

Bahkan...boleh dikatakan semua orang berhutang,
baik orang yang susah+sederhana & orang senang,
kita guna Air+Letrik+Telefon terlebih dulu ~ tanpa wang,
akhir bulan "bil" tiba ~ baru bayar...kira kita berhutang !!!

Berhutang tak salah ~ jika amat perlu & memadai,
janganlah berhutang untuk yang bukan-bukan,
jika tersalah langkah ~ kita bakal susah di belakang hari,
gangguannya pada kehidupan kita akan berkait-kaitan.

Lazimnya...makin besar status ~ makin banyak hutang,
seperti "Orang Kaya" ~ ingat dia kaya & hidup senang,
tapi sebenarnya hutang dimiliki keliling pinggang,
banyak pula tu ~ sampai kita tak sanggup bilang !!!

Rumah Besar & Indah ~ Kereta Hebat & Mewah,
assesori diri+rumah & kereta ~ semuanya mahal belaka,
makan di Restoran Popular & di Hotel sambil bermegah,
biar nampak ber"prestij"...tapi semuanya hutang juga !!!

Pinjam Bank ~ sandar geran+nama baik & perjawatan,
semuanya demi "mengadaptasi" kemewahan masa kini,
kalau berkemampuan & bersesuiaan ~ tak jadi halangan,
kerana begitu "rutin" & "trend" manusia sejak dulu lagi.

Jika kita hidup senang+kurang hutang ~ Alhamdulillah,
tapi jangan lupa ~ ada hak orang lain dalam rezeki itu,
maka... tunaikan & sempurnakanlah Zakat dan Sedekah,
agar rezeki dimiliki dapat berkat & dirahmat-Nya selalu.

Adapun......

Mana yang hidup sederhana seperti saya,
kenalah belanja ikut kemampuan yang ada,
walaupun...adakalanya lari "budget" juga,
bila timbul beberapa perkara di luar duga,
tak palah...janji boleh urus & saya rasa selesa,
bila boleh tidur lena & tak takut di"buru" sesiapa...

Alhamdulillah......

Juga......

Jika berpeluang...usahalah cari pendapatan sampingan,
yang bersesuaian dengan keadaan+kemahiran yang ada,
namun...perjawatan sediada ~ jangan dilalai-lalaikan,
kerana amanah+tanggungjawab kita ~ kelak ditanyai-Nya.

Apa-apa pun ~ rezeki & berkaitannya adalah milik Allah,
rezeki kita semuanya ada...tapi nilai & caranya berbeza,
walaubagaimanapun...usahakanlah rezeki halal+baroqah,
agar hidup kita berkeluarga+bermasyarakat ~ aman terasa.

Akhirnya......

Kini...Hari Pembayaran Gaji semakin beransur pergi,
kelak ~ Insya`Allah...gaji bulan hadapan ditunggu lagi,
semoga kita merancang perbelanjaan ~ berhemah sekali,
agar kehidupan kita & keluarga boleh tenang & "happy"...

Akhir Bicara......

Sekian sahaja coretan untuk tatapan anda pada kali ini,
Insya`Allah ~ bakal berjumpa di lain nukilan kembali,
akhirkata...kemaafan dipohon atas segala kekurangan diri,
sewaktu merencana idea hingga menjadi 1 dokumentasi.

Sekian+Terima kasih+Wassallam.

No comments: