Saturday, January 22, 2011

Pameran 3 Dalam 1......

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah merahmati kita semua,
dengan cahaya keimanan & ketakwaan,
serta memudahkan kita mengEsakan-Nya,
dalam menjalani hidup di dunia selaku insan.

Kini saya sambung semula kisah seterusnya,
sambungan selepas kisah Masjid Tuanku Mizan,
terima kasih kerana sabar menunggu & setia,
dan maaf dipinta atas kelewatan hasil nukilan.


Selepas berSholat Jumaat & ke Pasar Tani,
Muzium Alam Semulajadi ~ segera ditujui,
ingin lihat 1 pameran yang agak asing sekali,
"Pameran Batu-Batuan Pelik" ~ berlangsung kini.

Tempoh pameran tersebut selama sebulan,
dari 16 Disember 2010 hingga 16 Januari 2011,
kami mengambil peluang untuk menyaksikan,
tak boleh lambat...kami kena tengok lekas !!!



Pameran diadakan di tingkat atas bangunan,
"Pameran Mamalia Malaysia" di bahagian bawah,
di tingkat sama ~ "Pameran Serangga" turut diadakan,
caj masuk RM2 ~ dewasa & "free" bagi pelajar sekolah.

Ertinya pameran diadakan adalah pameran 3 dalam 1,
iaitu 3 pameran berlainan serentak dalam 1 bangunan,
tak rugikan...jika perlu keluarkan RM 2 pada masa tu,
tujuan asal lain tapi dapat tengok 2 "exstra" pameran.



Kebanyakan koleksi "Batuan Pelik" yang dipamer,
datang dari pelbagai dan berlainan sumber......

1 ~ Koleksi Muzium Alam Semulajadi.
2 ~ Koleksi Pusat Arkeologi Global (USM).

3 ~ Koleksi dari Meteor Gallery.
4 ~ Koleksi Hadiah Pembesar Luar Negara kepada Tun M.
5 ~ Koleksi Jabatan Mineral & Geosains.

Selain bahan-bahan yang dipamerkan untuk tontonan,
terdapat juga poster menerangkan asal usul sesuatu kejadian,
sejarah & kaitannya dalam tamadun manusia & kehidupan,
lebih pada Geografi+Sejarah+Sains+Amalan & Kepercayaan.



Tayangan video juga ada disediakan,
sebagai tontonan & penerangan kepada pengunjung,
malas berjalan...duduk menonton juga dapat pengetahuan,
tapi..."perasan ingin tahu" itu pasti tak sama langsung !!!



Dibawah ini disenaraikan kisah tentangnya untuk pemahaman...

1 ~ Apakah Meteor & Fakta Meteor.
2 ~ Batu Dalam Perubatan.

3 ~ Batu Dalam Tamadun Manusia.

4 ~ Apakah Mineral?.

5 ~ Kisah Batu Batikam & Batu Baling.

6 ~ Batu Megalith.

7 ~ Ambar ~ Bagaimana Ia Terhasil.

8 ~ Kayu Terkejur @ Fosil Kayu.

9 ~ Apakah Fosil?.

10 ~ Pulau Langkawi.

11 ~ Sifat Fizikal & Struktur Bumi.

12 ~ Kitaran Batuan.


Ada beberapa perkara menarik dapat kita pelajari disini...

1: ~ Tahun 2008 Artifak ditemui di Bukit Bunuh Lenggong,
bukti masyarakat terawal di rantau
Asia Tenggara,
adalah di
Malaysia khususnya di Lembah Lenggong,
iaitu sejenis Artifak yang lebih
1.8 juta tahun telah berusia.

2: ~ 3 jenis Meteor Utama ~ (a)Batu (b)Besi (c)BerBatu-Besi,
ia terbentuk sekitar 4.5 juta tahun dahulu di Galaksi,

Meteor Besi
mempunyai 90-95% kandungan besi,

ia jauh lebih berat daripada mana-mana batuan di bumi.


3: ~ Lebih 10,000 tahun manusia telah minat Batu Permata,
pada zaman purba ~ ia dipakai sebagai tangkal & azimat,

pada satu ketika ~ ia sebagai beza status antara manusia,

pada masa kini ~ sebagai perhiasan diri pada yang berminat,

juga diikhtiarkan sebagai "medium" untuk kesihatan manusia,

bila digunakan dalam usaha mengubati penyakit sebagai Ubat.


4; ~ 1991 - Ketulan Amber tulen terbesar di dunia dijumpai,
berusia Miosen sekitar 23.8-5.3 juta tahun ~ dihitungdarab,

di Lombong Arang Batu Merit-Pila Kapit Sarawak ~ ditemui,

beratnya hampir 68.1 kilogram ~ warna kehitaman & legap.

5: ~ Dianggarkan 50% species kehidupan di dunia telah pupus,
pada sekitar 65 juta tahun dahulu termasuk juga Dinosour,

dipercayai akibat hentaman meteorit ke bumi tak putus-putus,
namun jawapan terhadap persoalan itu masih misteri & kabur.




Bagi membolehkan pengunjung mengabadikan kenangan,
model & replika gambar angkasawan juga ada disediakan,
pengunjung boleh "meletakkan muka" sebagai lakonan,
seolah-olah mereka juga berkebolahan seperti angkasawan.


Merakamkan gambar barang pameran dibenarkan,
tapi bersyarat ~ "flash" tidak boleh digunakan,
namun...setelah bertanya ~ saya diberi kelonggaran,
guna "flash" dibolehkan kerana Muzium kurang kunjungan.

Alhamdulillah ~ banyak ilmu pengetahuan dapat dipelajari,
walaupun kami ber 3 di pameran tersebut hanya sejenak,
bukan mudah nak dapat kesempatan & pengalaman begini,
bila menyaksikan peningalan sejarah khas di dalam "kotak".

Sebenarnya......

Banyak lagi kisah & fakta kalau nak dicatatkan di sini,
tapi...memadailah andai disentuh yang penting sahaja,
pelbagai gambar disertakan untuk membantu informasi,
harap para pembaca sudi menelitinya dengan bijaksana.

~~~~~~~~~~~~ Pameran Serangga & Mamalia ~~~~~~~~~~~~




Sedikit gambar-gambar di 2 Pameran berbeza diserta,
untuk tatapan para pembaca menambah pemahaman,
bukti cerita yang saya sampaikan adalah benar belaka,
bukan sekadar ilusi+rekaan mahupun omong-omongan.

Kini......

Tersempurnalah sudah kisah pada 07/01/11 seperti dijanji,
semoga semua kisah yang dicoretkan mampu membantu,
menambahkan kefahaman kita dengan realiti hidup kini,
agar hidup kita akan semakin baik & bertambah ilmu.

Adapun......

Selepas "post" ini saya mungkin akan berehat seketika,
kerana ada beberapa perkara yang perlu saya uruskan,
Insya`Allah ~ kalau saya berkesempatan & punya masa,
mungkin cerita & kisah lain akan saya nukilkan,
namun...jika keadaan tidak mengizinkan saya,
anggaplah "post" kali ini saya tinggalkan sebagai "bekalan".

Akhirkata......

Beruntung & bertuahnya kita hidup di Malaysia,
dengan izin Allah ~ kita punyai kepelbagaian istimewa,
~ kaya hasil bumi+cantik bentuk mukabuminya,
~ sering terpelihara dari pelbagai bencana dunia,

~ flora & faunanya beraneka+unik & terpelihara,
~ hidup makmur+aman damai+sihat sejahtera,

~ masih menjadikan budi-bahasa sebagai budaya,

~
rakyat berbilang kaum hidup bersama aman sentosa,
~ berpeluang beribadat pada Tuhan walau dimana jua,

~ dapat beribadat dengan tenang+tertib & sempurna,
~ peluang mencari ilmu & rezeki sehingga tak terkira,

~ banyak kemudahan untuk kita telah banyak tersedia,

hingga......
adakala kita lupa untuk terus kekal memeliharanya,
angkara terbawa-bawa & tertipu dengan sandiwara,
mainan "segelintir syaitan yang bertopengkan manusia",
yang ingin melihat kesejahteraan itu jadi porak-peranda.


Penutup bicara......

Sebarang salah & silap ~ saya mohon kemaafan,
sudilah maafkan kekurangan diri ini dengan keikhlasan,
Insya`Allah ~ hingga jumpa kembali di lain nukilan,
saya tinggalkan anda dengan secebis doa & pengharapan;
"Semoga kita Umat Islam selamanya dirahmati Tuhan,
hidup berbahagia dari dulu,kini & hingga akhir zaman"
.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

No comments: