بسم الله الرحمن الرحيم
Hanya pada Allah kita beramal & beribadah,
memperhambakan diri hanya kepada Ilahi,
semoga diri kita sentiasa ingin bermusahabah,
agar menyedari mengapa kita wujud di dunia ini.
Kini ~ saya sambung semula kisah bahagian 2,
sambungan "04/01/2011 ~Kisah Awal" tempohari,
kisah dari tengahari hingga awal malam menjelma,
kisah ini juga merentasi dari 1 negeri ke 1 negeri.
Hari Selasa ~ 04/01/2011...Kisah Seterusnya :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sementara menunggu urusan Ayah Mertua selesai,
saya bersembang dengan Ibu Mertua & kenalannya,
Biras+Adik Ipar+Anak Saudara turut menyertai,
mengisi masa yang terluang dengan pelbagai cerita.
Alhamdulillah ~ urusan selesai waktu tengahari,
kami 3 keluarga terus ke Lembah menjamu selera,
Ayah Mertua belanja ~ dia ada rezeki & senang hati,
seronok dapat makan ramai-ramai bersama-sama.
Kemudian kami berpisah ~ kami ber 4 terus ke Kedah,
keluarga Adik Ipar balik ke rumah di Kuala Kangsar,
Alhamdulillah ~ perjalanan ke Kedah lancar & mudah,
kenderaan tak dipandu laju seolah kami sedang bersiar.
Menjelang 3 petang ~ sampai ke Merbok Sungai Petani,
singgah dekat Jambatan Semeling ~ minum air dijaja,
Air Nira Nipah ~ produk tradisi agak sukar dijumpai,
agar Keluarga Mertua dapat rasai akan keunikannya,
sambil meninjau "hasil laut" yang dijual anak negeri,
terus ke Kompleks Jeti Pelancongan Sungai Merbok pula.
Di "Catatan Perjalanan II+"~ lokasi ini ada dikunjungi,
tapi...gambar+penerangan yang disertakan ringkas sahaja,
Insya`Allah...kali ini lebih gambar+informasi akan diberi,
sebagai perkongsian ilmu+maklumat berguna sesama kita.
Ceritanya begini......
Hutan Paya Laut Merbok seluas 4,883 Hektar semuanya,
salah 1 hutan simpan paya laut terbesar di Semenanjung,
~ hutan simpan pelbagai spesies bakau terbesar di dunia,
tempat 80 spesies burung bergantung hidup & berkunjung.
Kepentingan Hutan Paya Bakau terbahagi kepada 3 :-
1 ) Ekologi dan Biodiversiti,
2 ) Kepentingan Fizikal @ struktur & bentuknya,
3 ) Kepentingan Ekonomi.
Ekologi & Biodiversiti :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lokasi pembiakan marin ~ sumber kehidupan utama,
untuk Ikan+Ketam+Udang+Molaska @ Siput+Kerang,
sumber makanan hidupan fauna yang berkaitan juga,
seperti Burung+Monyet+Biawak+Penyu+Memerang,
juga kawal+imbangi kandungan gas di Atmosfera dunia,
dan bertindak kurangkan kesan ombak laut@gelombang.
Kepentingan Fizikal :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Menjadi sempadan di antara laut & daratan,
kurangkan kadar hakisan tanah oleh tindakan ombak,
mengawal banjir serta sebagai zon penampan,
~ dapat kurangkan kelajuan ribut yang mengasak,
selamatkan harta benda ~ kurang kadar kemusnahan,
serta kehilangan nyawa dari bencana alam yang merosak,
juga akan memerangkap sedimen+bahan toksik+enapan,
suling air laut+elak kenaikan aras laut secara mendadak.
Kepentingan Ekonomi :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kayu Bakau dibuat kayu api+arang+bahan binaan,
dalam pembuatan bot+cerucuk asas untuk bangunan,
juga sebagai sumber tanin+ubat-ubatan & makanan,
lokasi & sumber sesuai untuk akuakultur diternakan,
juga sebagai sumber rujukan penyelidikan+pendidikan,
semuanya untuk menafaat manusia dalam kehidupan.
Alhamdulillah ~ bertuahnya Bumi Malaysia,
kaya dengan pelbagai flora & fauna yang berharga,
semoga anugerah Allah tersebut tidak dipersia-sia,
angkara kerakusan & kedurjanaan manusia juga.
Insya`Allah......
Wah !!! macam Guru Geografi +Ustaz pula rasanya,
oppsss...sorry...termelalut pula saya seketika,
hmm...jom kita sambung semula kisah seterusnya,
hal Kompleks Jeti Pelancongan Sungai Merbok semula.
Kawasan kompleks pelancongan terbahagi di 2 lokasi,
1 ~ diatas tanah manakala...atas pinggir sungai ~ 1 lagi.
1) ~ Pembangunan di atas tanah menempatkan :-
Pusat penerangan pelancongan+ruang makan kenamaan,
surau+tandas awam+jeti rakit+muat naik bot+restoran,
kedai+tempat pembakaran kayu arang+parking kenderaan.
2) ~ Pembangunan di atas pinggir sungai menempatkan :-
pejabat pengurusan+dewan serbaguna+galeri aktiviti,
galeri sejarah+galeri biodiversiti+pusat penerangan,
tandas awam+auditorium dan akhirnya kedai cenderahati.
Waktu melawat galeri tersebut dari jam 9 pagi ~ 5 petang,
ke 3-3 galeri itu berhawa dingin+buku pelawat disediakan,
makan+minum tidak dibenarkan dalam galeri ~ dilarang!,
bahan maklumat berkaitan ada dipamerkan untuk bacaan.
Setelah meninjau-ninjau lokasi & bergambar,
kami ke Masjid Sungai Layar Hujung tunaikan sholat,
sholat jamak takdim+qasar untuk sholat zohor & asar,
dan ke Kolej Malinja ~ kuliah "anak bujang" habis jam 4.
Alhamdulillah ~ "anak bujang" kelihatan cergas juga,
setelah hadiahkan barang makan pada rakan sebilik,
"anak bujang" bawa kami lihat Pusat Perkelahan Tupah,
kemudian kami terus ke Bandar Sungai Petani pula,
beli barang makan untuk stok "anak bujang" bawa balik,
kerana nak keluar ke Bandar Sungai Petani agak susah.
Kami singgah makan di gerai belakang bangunan HCBC,
tak jauh dari Restoren Nasi Kandar Pelita Sungai Petani,
Laksa Buyung ~ pergghhh....memang rasa laksa tradisi,
terus kami order bungkus untuk bawa balik malam nanti,
cuma tidak digalakkan order masak berupa gorengan nasi,
kerana rasa masakannya agak kurang menyenangkan hati,
tapi...jika anda tak kisah ~ makan ajelah janji perut diisi,
kerana rezeki dari Allah hendaklah kita sentiasa hargai.
Pelbagai topik & cerita kami perbualkan bersama,
sewaktu sedang menunggu & menikmati juadah,
selesai makan ~ ke "U" semula kami menghala,
bawa bersama sedikit bekalan makanan untuk disedekah.
Setelah hantar barang & meninjau bilik "anak bujang",
nasihat diberi agar dia sentiasa menjaga kesihatan,
~ malam telah menjelang kini tiba masa untuk pulang,
setelah bersalam-salaman & berpesan-pesanan,
kami teruskan perjalanan sebagaimana yang dirancang,
~ ternyata semua gembira walaupun sedikit keletihan.
Maka......
Sempurna sudah cerita "040111 ~ Kisah Seterusnya",
"Kisah Akhir" ~ akan diusahakan secepat mungkin,
selepas kisah tersebut ~ ada beberapa cerita menanti,
akhirkata...salah & silap ~ kemaafan anda saya minta,
sudilah maafkan saya dengan ikhlas & penuh yakin,
Insya`Allah...di lain kesempatan kita bakal berjumpa lagi.
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment