Saturday, January 15, 2011

Anda Nak Urut???...

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga kita semua dirahmati Ilahi,
dengan ketakwaan hanya untuk-Nya,
berbahagia hidup di dunia & di akhirat nanti,
dengan cahaya iman & islam hingga akhir masa.

Kali ini saya nak sembang santai-santai sahaja,
kerana banyak "post" sebelum ini "tema"nya berat,
apa kata kali ini kita jangan pening-pening kepala,
anda dah bersedia? Jom...kita mulakan cepat !!!

Anda nak urut? ~ "Massage"...anda tahukan urut?
~ gosokan tangan menggunakan teknik tertentu,
bagi kurangkan rasa sakit @ lenguh anggota badan,
mengurangkan kekejangan otot biar kembali lembut,
agar peredaran darah dalam badan bergerak "laju",
yang akhirnya agar badan kembali rasa kesegaran.

Sekarang ini pelbagai jenis urutan JuruUrut ditawarkan,
ada yang betul & yang menyeleweng juga memang ada,
yang betul~ di tempat terbuka memberi perkhidmatan,
yang menyeleweng ~ di tempat tertutup pula "servis"nya!

JuruUrut yang betul kebanyakannya tua atau buta,
JuruUrut menyeleweng selalunya seksi+jelita & muda,
JuruUrut yang betul ~ pakaiannya sopan sentiasa,
JuruUrut menyeleweng ~ pakaiannya "menjolok mata",
JuruUrut yang betul ~ urut demi kesihatan pengguna,
JuruUrut menyeleweng ~ urut "mendera jiwa+raga",
JuruUrut yang betul ~ sering ikhlas & mencari pahala,
JuruUrut menyeleweng ~ ada "kira-kira" & tambah dosa.

Tapi......

JuruUrut
yang ini amat berlainan dari 2 kategori tadi,
tapi...masih seperti mereka ~ upah tetap perlu dibayar,
lebih "daring" dari 2 kategori tadi ~ di khalayak ramai,
tak perlu buka @ menyinsing pakaian serta pakai "gebar",
anda hanya perlu duduk ~ masuk duit & tenangkan diri,
dan biar "JuruUrut" itu laksanakan tugas dengan "sabar".



Hahahahahaha...buat pembaca "suspen" aje saya ini,
rupa-rupanya cerita Mesin Urut ~ ingatkan apa tadi,
~ Mesin Urut yang banyak terdapat di pelbagai lokasi,
terutamanya di HyperMarket & Kompleks Hentian Bas,
~ satu pelaburan & perancangan yang penuh inovasi,
memberi keselesaan pada pengguna yang meminati,
juga pengguna boleh rehat sebentar "dimanja-manjai",
agar badan yang lesu mampu rasa kembali cergas.


3 bentuk @ nilai matawang kertas sahaja yang diterima,
RM 1/- RM 5/- & RM 10/-...nilai lain jangan nak cuba,
takut duit sangkut & tak keluar ~ walau tunggu lama,
jika dah banyak duit...kalau nak "try" ~ anda dipersila...



Durasi mengurut bergantung jumlah wang dimasukkan,
RM 1/- ...urutan berlangsung selama 3 minit sahaja,
RM 5/- ...15 minit ~ Mesin akan melaksanakan urutan,
RM 10/- ... urutan selama 30 minit & anda boleh "lena",
jika masukkan jumlah berbeza pun Mesin benarkan,
asal sahaja nilai salah 1 dari 3 matawang yang dinyata,
kalau lama sangat ~ takut suara sumbang kedengaran,
"sudah-sudahlah...tak cukup lagi?takkan nak jadi harta".


Adapun penggunaan Mesin Urut ini tidak disyorkan ,
Kanak-Kanak di bawah umur 12 tahun terutamanya,
para Pengidap Sakit Jantung juga tidak digalakkan,
hatta...Wanita Hamil juga elakkan menggunakan ia,
dan mereka yang baru lepas makan juga cuba elakkan,
serta perlu dapatkan nasihat doktor jika nak cuba juga,
peringatan tersedia perlu dibaca sebelum ia digunakan,
jika jadi kemalangan tak diduga ~ tanggungjawab kita.

Adapun......

Kesan urutan Mesin Urut tak sama urutan manusia,
nama pun Mesin Urut "Rest N Go" ~ Rehat Dan Beredar,
namun...untuk kelegaan ringan & sementara ~ ia berguna,
tapi sakit yang "kronik" sikit ~ berjumlahlah dengan pakar.

Demilianlah secebis kisah santai saya pada kali ini,
Insya`Allah ~selepas ini bakal ada cerita lain pula,
akhirkata...semoga "usikan" saya ~ anda sudi maafi,
sehingga masa itu tiba ~ sekian dulu nukilan dari saya.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

No comments: