Monday, February 28, 2011

Terasa 1 Kelegaan......

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ Allah masih memberi keizinan,
untuk saya melakarkan secebis pengalaman,
semoga kita semua sentiasa dirahmati Tuhan,
berbahagia hidup sedari kini hingga akhir zaman.

Insya`Allah.....

Hari ini genap 3 hari saya mendiamkan diri,
dari menghasilkan "post" sebagaimana dilazimi,
maaflah ~ saya agak sibuk & amat letih sekali,
melakukan 2 kerja serentak demi mencari rezeki.

Fuuuhhh...cuaca juga sekarang agak berbahang,
bahang panasnya berpanjangan dari pagi ke petang,
hingga kedinginan malam juga kurang merangsang,
maka menjadi cubaan hampir kepada setiap orang...

Dalam mengharungi keadaan cuaca sedemikian,
ketika bertungkus-lumus melaksanakan kerja berat,
keletihan & kepenatan amat terasa ~ tidak dinafikan,
bila malam hari ~ nak angkat mata pun rasa tak larat !!!

Sesekali saya jengah-jengah kejap "blog" & "facebook",
hmmm...banyak juga komen pembaca belum dijawap,
nak buat macamana ~ nak menulis pun rasa ngantuk,
syyyhhh...saya "cilok-cilok" tengok & lihat cuma sekejap.

Sebenarnya...kelulusan & permit kerja baru dikeluarkan,
iaitu pada Hari Jumaat @ 18/02/2011 yang baru lalu,
tapi...kerana "duit mula kerja" telah agak awal diberikan,
maka saya kena laksanakan kerja mana yang sesuai dulu.


Pening juga kepala bila terlalu banyak hendak di fikir,
kena buat perancangan teliti & "fleksibel" adakalanya,
kerana amanah diberi seboleh mungkin jangan mungkir,
kerana sebagai manusia ~ janji hendaklah cuba di kota.



Alhamdulillah ~ banyak kerja sampingan telah sempurna,
sementara tunggu kelulusan & permit kerja saya dapat,
kini...kerja-kerja untuk "rumah ibu" tinggal sedikit sahaja,
manakala kerja di"rumah dapur baru" semakin meningkat.


Alhamdulillah ~ bila melihat gambar yang telah di ambil,
terasa 1 kelegaan bila lihat usaha kami semakin berjaya,
ternyata...Allah berikan laluan agak mudah & terampil,
dalam usaha kami cuba sempurnakan amanah sesama manusia.




Alhamdulillah ~ bila lihat gambar-gambar tersebut,
rasa kepenatan yang telah dilalui seperti tidak terasa,
walaupun adakalanya memang rasa amat letih & semput,
tapi...bila lihat perkembangan kerja ~ rasa gembiranya !!!

Insya`Allah ~ esok hari ke 24 saya bakal "menukang",
menyambung semula kerja-kerja yang hampir 50% siap,
bakal meningkat ke 70% dalam seminggu dua menjelang,
jika kurang masalah sampingan ~ begitulah yang diharap.

Insya`Allah ~ saya akan teruskan usaha murni tersebut,
usaha mencari rezeki halal & menyempurnakan amanah,
semoga...Allah memberikan keizinan-Nya tanpa merenggut,
agar kami dapat melakukan kerja dengan segera & mudah.

Insya`Allah......

Akhirkata...sekian cerita ringkas saya pada kesempatan ini,
segala salah & silap ~ kemaafan anda saya mohon kembali,
semoga...Allah memberikan saya peluang di lain kali,
mencoretkan secebis pengalaman hidup untuk di kongsi.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

( p/s : ~ cerita ini sambungan dari "post"
bertajuk Cuba Sempurnakan Amanah.)

No comments: