بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ dengan rahmat & keizinan-Nya,
saya masih berpeluang lagi berkongsi cerita,
~ didoakan agar kita sentiasa sihat & sejahtera,
dalam mengharungi hidup yang penuh pancaroba.
Insya`Allah......
Dugaan Yang Mendatang......
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seboleh mungkin kita mahu semuanya lancar,
terutamanya untuk usaha yang bertujuan baik,
namun...ketentuan Allah tidak boleh dicabar,
kerana itu hak-Nya tanpa boleh didolak-dalik...
Sebagai manusia biasa ~ yang lemah lagi pasrah,
kita hanya mampu berusaha sebelum bertawakal,
selebihnya kita berdoa & mengharap kepada Allah,
agar niat & usaha baik itu akan diberkati & kekal.
Ceritanya begini......
Dalam seminggu kebelakangan ini......
hampir semua "rakan sekerja tukang" kurang sihat,
termasuklah dengan pemilik Blog "IniBukan Ilusi",
ada yang deman ~ batuk ~ sakit urat & tergeliat,
ujian itu datang bertali arus & saling kait-mengaiti,
hingga ada yang ke Klinik untuk tujuan agar di rawat,
tak kurang juga terpaksa berehat ~ mengambil cuti !!!
Kebanyakan "rakan sekerja tukang" sakit hampir sama,
batuk-batuk & demam biasa mahupun demam selsema,
mungkin kerana debu simen+habuk serta faktor cuaca,
mungkin juga akibat ketagih merokok yang terbiasa...
Itu kisah mereka...tapi...cerita saya lain pula,
sakit mereka alami tak sama dengan sakit saya,
kerana sakit saya sakit yang tidak disengaja,
~ sakit kaki kiri bila terjatuh ketika sedang bekerja,
tergelincir kerana terpijak batu-bata yang merata,
ditambah lagi ~ kaki kanan ditimpa kayu beluti lama,
hmmm...mungkin kejadian akibat keletihan tentunya,
mungkin...Tuhan masih sayangkan saya agaknya,
kerana memberikan ujian yang masih mampu dikelola,
mungkin...ujian untuk mensucikan diri ini dari dosa !!!
Adapun......
Kejadian berlaku pada petang Hari Rabu yang lalu,
sewaktu proses mengemas & memindahkan kayu,
terutamannya kayu beluti 2"x6" Resak ~ berat & padu,
kerana kerja-kerja ikat batu bata telah selesai petang itu,
~ agar esok...kerja bakal jadi mudah & tidak terganggu,
kerana perancangan awal telah dilakukan terlebih dahulu.
Selepas kejadian tersebut...mulanya rasa tak berapa sakit,
tapi...bila dah malam sikit ~ kaki dah mula berdenyut,
tengah malam ~ makin sengal & jalan mula menjengkit,
terpaksa jalan perlahan-lahan sambil mula berpaut !!!
Hari Khamis ~ saya tetap ke lokasi kerja renovasi,
dengan kaki dilumur minyak panas & bersarung kaki,
cuba "act" seolah-olah seorang "adiwira" sedang beraksi,
tak dalah ~ sebenarnya bimbang akan amanah+janji !!!
Kerana......
Kalau saya tak datang bekerja serta memantau kerja,
saya bimbang ~ kerja akan jadi sedikit tergendala,
kerana semua pengurusan+perancangan & belanja,
saya kelolakan ~ amanah yang telah diterima sedari mula.
Hari Khamis itu ~ saya tak banyak buat kerja-kerja berat,
hanya potong besi & ikat besi untuk rangka besi beam atas,
jadi...kuranglah gerak & kurang kerja mengunakan kudrat,
kerja setempat+di tempat teduh ~ jauh dari cuaca panas !!!
Alhamdulillah......
Hari Jumaat ~ keadaan sakit di kaki kiri kian bertambah,
tapi...masih lagi tak mampu nak berikhtiar untuk berubat,
~ sibuk cuba sempurnakan tanggungjawab selaku ayah,
jemput "anak bujang" di Bandar Di-Raja ~ balik berehat,
~ setelah 3 bulan lebih "merantau mencari ilmu" di Kedah,
4.15 pagi keluar rumah & balik rumah jam 6.45 pagi tepat,
sholat subuh+sarapan+kemas barang ~ jalanraya di redah,
ke lokasi kerja renovasi ~ banyak kerja lagi nak di buat !!!
Kerja tak lama pagi tersebut ~ hujan turun tanpa di duga,
kerja sekadar 2 jam sahaja ~ hujan lebat+renyai & lama,
nak teruskan kerja pun takut bahaya & kurang selesa,
kerana sebelum itu ~ seorang di atas bumbung buat kerja,
seorang lagi mengikat batu-bata ~ berdiri diatas kekuda,
bimbang licin & keadaan cuaca sebegitu ~ kesannya ada,
maka...kerja-kerja dihentikan sekitar jam 10 pagi adanya,
masing-masing mula meneruskan rencana awal mereka,
ada ingin berjumpa Doktor ~ cuba rawatan seterusnya,
ada ingin berehat kerana rasa badan yang kurang selesa,
dan saya...perlu ke KL bagi menjemput "anak dara" pula,
yang ingin pulang berehat & berjumpa dengan adiknya...
Petang itu ~ barulah saya berpeluang untuk berubat,
JuruUrut Tradisional ~ datang menghulur bantuan,
bengkak di kaki kiri ~ diurut & diperbetulkan urat,
Alhamdulillah ~ rasa sakit tersebut agak berkurangan.
Hari Sabtu ~ selepas saya mengagih-agihkan kerja,
saya ke Klinik Swasta untuk mendapatkan rawatan,
selesai ~ ke lokasi kerja renovasi...masuk kerja semula,
saya kena kerja ~ kalau tak gaji saya hari itu tak jalan !!!
Sakit !!! ~ memang sakit & rasa tak selesa juga,
maklumlah...bahagian kaki menanggung berat badan,
tapi...dalam jengket-jengket ~ saya terus juga bekerja,
kerana...kemahiran & kudrat saya ~ masih diperlukan !!!
Hari Ahad ~ mungkin selepas makan ubat & kaki diurut,
dengan izin Allah ~ gangguan kesihatan itu makin reda,
namun kata orang ~ "sakit tiba bak ribut...pergi bak semut",
maka...kesannya tetap juga terasa & masih juga tersisa...
tapi...Alhamdulillah ~ jalan dah semakin kurang sangkut,
namun...belum pulih sepenuhnya seperti sediakala......
Insya`Allah...pagi ini ~ saya bakal sambung kerja kembali,
ke lokasi kerja renovasi ~ meneruskan tugas diamanahi,
semoga...Allah memberikan keredhaan-Nya pada kami,
~ dipermudahkan usaha & urusan kami begitu & begini.
Insya`Allah......
Maka...sekianlah sahaja perkongsian cerita dari saya,
sebarang salah & silap bicara ~ maafkan saya seikhlasnya,
kerana selaku manusia biasa ~ saya tetap tidak sempurna,
dari melakukan kesilapan baik secara sedar mahupun alpa.
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment