بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah merahmati kita semua,
dengan taufik & hidayah yang berpanjangan,
semoga kita sentiasa kekal berharap & berdoa,
agar di hidup & dimatikan dalam keadaan beriman.
Insya`Allah......
Sejak menerima Notis Saman dari Pihak PBT,
terasa bak usaha murni saya selama ini diperlekehkan,
kerana saya telah berusaha mematuhi prosedur ditetapi,
tapi...terasa seolah-olahnya saya jadi mangsa keadaan.
Tempoh seminggu diberikan untuk kemukakan rayuan,
sebelum proses & tindakan mahkamah dikenakan,
memandangkan saya sibuk & kurang berkesempatan,
maka proses merayu & bayar denda ~ saya tangguhkan.
Setelah ada kelapangan & bersiap-sedia dengan bukti,
maka pagi tadi ~ setelah urusan kerja renovasi disusun,
saya ke Pejabat Penguatkuasa Daerah ~ berdiplomasi,
namun...masih mengekalkan norma murni & santun.
2 orang Pegawai Penguatkuasa saya jumpai pagi tadi,
1 dari unit pengurusan & 1 lagi dari unit siasatan,
perbincangan berjalan secara matang tanpa sensasi,
bukti gambar & resit~ saya kemukan bagi tujuan rayuan.
Pegawai Penguatkuasa Unit Siasatan mengakui kesilapan,
yang dilakukan oleh anggota bawahan bahagian rondaan,
keluarkan saman tanpa terlebih dahulu memberi amaran,
kerana kesalahan yang dilakukan kecil & tidak menjejaskan.
Namun...mungkin ingin menjaga nama baik perjawatan,
dan mungkin ingin menjaga nama baik anggota bawahan,
maka...saman yang telah dikemukan tidak dapat dibatalkan,
pun begitu...saya diberi kelonggaran mengemukan rayuan.
Beliau menghubungi Ketua Bahagian demi melapurkan,
akan duduk perkara & kesilapan yang telah berlaku,
serta memaklumkan bukti & gambar yang saya kemukan,
agar nilai Saman dikurangkan pada kadar tertentu......
Di sini ~ saya berterima kasih kerana diplomasi beliau,
serta pengakuan & bantuan yang telah beliau berikan,
jelaslah...Pegawai lagi bijak bertindak & fikiran tak kacau,
tidak seperti yang ditunjukkan oleh Penguatkuasa Bawahan.
Akhirnya...nilai Saman sepatutnya berjaya dikurangkan,
dari 100% turun ke 30% tapi akhirnya turun ke 20% sahaja,
mungkin kerana Pihak PBT tak mahu perkara diperbesarkan,
mungkin juga... simpati kat saya yang jadi mangsa keadaan.
Alhamdulillah......mungkin duit saya "hangus" sikit,
mungkin...saya bakal rugi sikit dari pendapatan sepatutnya,
tapi...setidak-tidaknya permasalahan tidak jadi berjangkit,
sehingga jejaskan kerja renovasi yang sedang dilaksana.
Saya juga tidak mahu menganiayai Tuan Rumah,
kerana saman atas nama Pemilik Premis Kediaman,
saya boleh buat bodoh ~ selamba & rasa tak bersalah,
tapi...demi cuba mencari rezeki halal & masih beriman,
saya kena uruskan hal itu secara tenang+jujur & amanah,
agar akhirnya ~ semuanya mampu harmoni & bertahan.
Alhamdulillah...kerja renovasi tetap berjalan seperti biasa,
cuma kini...saya perlu lebih berhati-hati & berwaspada,
agar tiada lagi "gangguan ikut suka" dari Penguatkuasa,
yang gila kuasa & menyaman kerana nak cukupkan kuota.
Insya`Allah ~ esok saya akan teruskan lagi kerja renovasi,
yang semakin berjaya disempurnakan seperti yang dijangka,
mungkin......akan lewat sedikit sekiranya berlaku komplikasi,
namun...sebagai manusia ~ kita harus terus cekal berusaha,
agar niat & usaha yang baik dapat diteruskan tanpa henti,
demi cuba sempurnakan amanah*** sesama manusia.
Bagaimana perjalanan & keadaan hari esok ~ saya tak tahu,
namun...sebagai manusia ~ kita harus berfikiran positif selalu,
kerana...jika ada halangan tanpa di duga datang mengganggu,
setidak-tidaknya kita bersabar & hadapinya tanpa rasa buntu.
Insya`Allah......
Sekian sahaja hasil perkongsian cerita di kali ini,
Insya`Allah ~ saya akan menemui anda kembali,
di lain kesempatan dengan pelbagai cerita yang menanti,
akhirkata...sebarang kesilapan saya ~ sudilah dimaafi.
Sekian+Terima kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment