بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ ~ Kesempatan datang bertamu,
setelah agak lama saya mendiamkan diri,
~ semoga kita semua dirahmati Allah selalu,
dengan keimanan yang kekal tulen dalam diri.
Hampir seminggu tiada "post" saya sertakan,
di "alam siber" untuk perkongsian cerita,
bukan tiada cerita tapi lantaran kesibukan,
yang membataskan usaha saya melakarkannya.
Hmmm......
Kelmarin Hari Jumaat ~ Penghulu sekelian hari,
hampir sama suasana & cuaca bak minggu lalu,
bila hujan renyai di awal pagi turun tanpa henti,
memaksa pelaksanaan kerja ditangguhkan dulu.
Sesungguhnya......
Bukan hak kita untuk mempertikai sebarang kejadian,
kerana kita ~ hamba yang mengharap & berharap,
selaku hamba ~ kita wajib berbaik sangka pada Tuhan,
kerana setiap sesuatu itu ada "hikmah" untuk di garap.
Cuma......
Pantas & lambat "hikmah" tersebut berjaya di cerap,
akan bergantung kepada kesanggupan akal menerima,
keluhuran jiwa mencerna dengan tenang tanpa cemerkap,
serta perlaksanaan anggota secara redha dan bersahaja.
Sebenarnya......
Sebagai manusia biasa ~ kita hanya mampu merancang,
~ merencana+menduga+berharap+berdoa & bertawakal,
tapi adakalanya ~ terdapat juga harapan yang hilang,
walaupun diperingkat awalnya nampak macam kekal...
Adapun......
Semalam Hari Sabtu ~ hari untuk beristirehat,
pada mereka-mereka yang bekerja waktu pejabat,
tidak seperti saya & kami ~ tetap perlu kerja kuat,
cuba sempurnakan amanah*** kerja peringkat-berperingkat.
Namun......
Siang hari semalam ~ saya rasa amat letih sangat,
kerana salah seorang rakan sekerja mahir bercuti,
walaupun...di peringkat awal dia seperti berminat,
nak datang kerja seperti biasa seperti yang di impi.
Kerana......
Tinggallah kami berdua sahaja untuk teruskan kerja,
yang sepatutnya dilaksanakan oleh rakan sekerja mahir,
nak buat macamana ~ kerja tetap perlu diteruskan juga,
lambat sikit tak palah ~ asal sampai ke matlamat akhir.
Biarpun begitu......
Alhamdulillah ~ walaupun mungkin sedikit lambat,
tapi...berjaya juga kami berdua menyempurnakannya,
mungkin "skill" kami berdua tak setanding & hebat,
"skill" pekerja mahir yang buat masa ini tiada pendua.
Mungkin...begitulah keadaannya jika kita kurang arif,
tapi sekiranya kita tak mencuba ~ kita tak akan tahu,
mungkin kita tahu ~ tapi tak praktikkan kerana pasif,
yang akhirnya memendamkan kemahiran yang perlu...
Mencuba tak salah ~ asal tidak mudah rasa jemu,
jika diizin Allah ~ kita mampu berjaya...Alhamdulillah,
jika setelah terusan mencuba tapi terus gagal & buntu,
maka anggaplah "skill" itu bukan untuk kita menyerlah.
Tapi...setidak-tidaknya ~ kita perlu tahu walau sedikit,
akan asas & kaitannya dengan bidang yang diceburi,
namun...kita perlu rajin berusaha walau berdikit-dikit,
mungkin kita tak menguasai tapi kita mampu memahami.
Mungkin itulah yang telah membantu kami berdua,
selesaikan tugas yang sepatutnya orang lain yang buat,
Alhamdulillah ~ janji faham & ingin terus mencuba,
walaupun kami perlu mengerah kudrat hingga penat.
Alhamdulillah ~ kerja untuk hari itu telah selesai,
Insya`Allah ~ Hari Isnin nanti kerja disambung lagi,
sehingga tiba hari tersebut dapatlah saya sedikit santai,
tapi...sibuk pula kena kerja di pejabat petang nanti...
Alhamdulillah ~ setidak-tidaknya dapatlah rehat,
dalam bilik yang berhawa dingin & sedikit tenang,
kuranglah sedikit "penat lelah" & mengerah kudrat,
Alhamdulillah ~ dapatlah rasa girang & lapang !!!
Akhirkata......
Hargailah setiap masa yang dipinjamkan Allah,
seboleh mungkin dengan perkara yang berfaedah,
agar kelak kita tak rasa bimbang & rasa gundah,
tika kita diadili Allah di akhirat nanti di mahkamah.
Sekian secebis perkongsian cerita di kali ini,
salah & silap ~ kemaafan anda saya mohoni,
semoga ada pengajaran yang boleh ditauladani,
yang mungkin mampu sedarkan kita dari mimpi.
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment