بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah merahmati kita adanya,
dengan keredhaan-Nya yang tiada terhingga,
serta diampunkan akan segala dosa-dosa kita,
dan dibimbing-Nya ke jalan menuju bahagia.
Insya`Allah......
Sebenarnya......
Telah agak lama kami tak makan luar sekeluarga,
kerana kedua-dua anak saya belajar di lokasi berbeza,
~ "anak dara" belajar agak dekat sekadar di Ibukota,
manakala "anak bujang" pula ~ nun jauh di Utara.
Adapun......
Sebenarnya ~ semalam saya sekadar urus & aturkan kerja,
manakala kerja dibuat oleh rakan sekerja & "anak bujang",
kerana saya & isteri harus ke Ibukota menjemput "anak dara",
yang berpeluang balik ke rumah kerana ada masa senggang.
Selesai jemput beliau ~ kami pun balik ke daerah kediaman,
kerana ada janji dengan Tuan Rumah yang perlu dilaksana,
~ ingin berbincang tentang beberapa hal kerja yang berkaitan,
sebelum saya teruskan semula kerja renovasi seperti biasa.
Hujan turun agak lebat sewaktu kami menuju ke lokasi,
namun...kerja-kerja berkaitan binaan tetap diteruskan juga,
kerana tempat pelaksanaan kerja ~ teduh dari hujan melandai,
~ fasa kerja tersebut perlu diteruskan sehingga selesai adanya,
Alhamdulillah ~ fasa kerja itu akhirnya berjaya disempurnai,
namun kerana hujan terus turun ~ kerja dihentikan akhirnya.
Setelah berbincang dengan Tuan Rumah & memantau kerja,
akhirnya kami balik ke rumah kerana kerja telah sempurna,
setelah Sholat Zohor ~ saya berpeluang melelapkan mata,
Alhamdulillah ~ terasa lega dapat rehat biarpun seketika,
kerana telah lama saya tak dapat rasa tidur tika petang tiba,
bila asyik sibuk laksanakan kerja renovasi agar selesai segera.
Sebenarnya......
Dari pagi hingga awal petang ~ kami makan kat luar sahaja,
bukan tak masak kat rumah tapi kerana sibuk ke sana-sini,
maka...sesekali tukar selera & suasana ~ mungkin tak apa,
kerana adakalanya menikmati selera perlu juga bervariasi.
~~~~~~~~~~~~ HuHuHuHuHuHu ~~~~~~~~~~~~
Sebelah petang ~ saya penuhi niat nak makan luar sekeluarga,
kerana nak bawa "anak dara"makan masakan yang dia suka,
sebelum ini telah 2 kali "anak bujang" di bawa ke lokasi sama,
nikmati juadah kesukaan sejak balik cuti dari "U" kat Utara.
Pengunjung belum ramai di Kedai Makan semasa kami tiba,
maka segeralah pesanan makanan diminta ~ siap tersedia,
Alhamdulillah...ada lagi rezeki untuk kami menjamu selera,
di Kedai Seafood Tomyam ~ memikat selera kami sekeluarga.
Walaupun...pada kali ini hasil masakannya "agak biasa",
tapi...tidaklah mengecewakan hingga membantutkan selera,
adatlah tu...mana ada hasil masakan & rasa ~ streotaip sahaja,
kerana hasil masakan disediakan setiap manusia ada bezanya.
Kira ~ Ok-lah tu...berpeluang lagi makan bersama di luar,
kerana ada juga insan di tempat lain yang tidak berpeluang,
maka...kita haruslah bersyukur dengan rezeki yang diedar,
kerana bukan selalu peluang & rezeki mampu mendatang.
Alhamdulillah ~ dapat lagi makan di luar bersama sekeluarga,
Alhamdulillah ~ dapat lagi kami berkongsi rezeki yang diterima,
Alhamdulillah ~ dapat lagi kami menikmati suasana bermakna,
Alhamdulillah ~ kerana diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa.
Sesungguhnya......
Rezeki yang dianugerahi Tuhan ~ bukan 100% milik kita,
kerana dalam rezeki tersebut ada hak orang lain berserta,
maka...kongikanlah ia ikut kesesuaian & kehendak Agama,
agar rezeki yang dianugerahi tersebut bakal diberkati-Nya.
Insya`Allah......
Kelak ~ jika saya masih berpeluang & punya masa,
akan saya cuba kongsikan lagi rezeki yang diterima,
dengan mengisi masa berharga bersama seisi keluarga,
dalam usaha membina sebuah keluarga yang bahagia.
Insya`Allah......
Sekian dulu secebis coretan yang dapat saya sediakan,
semoga ada pengajaran yang mampu dikongsi bersama,
akhirkata...sebarang kesilapan ~ saya mohon kemaafan,
Insya`Allah...di lain kesempatan ~ kita bakal jumpa semula.
Sekain+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment