بسم الله الرحمن الرحيمSegala
pujian-pujian buat Allah,
Tuhan yang
memerintah semesta alam,
semoga kita semua sentiasa
beroleh hidayah,
dan
mentaati perintah-Nya selaku
Umat Islam.
Insya`Allah......
Seperti yang dicita-citakan tempoh hari,
maka kini saya sertakan "
Cerita Dalam Komuter ~ 2...",
sambungan
"Cerita Dalam Komuter ~ 1...",
~
pengamatan santai ketika keadaan mengizini,
melihat pelbagai ragam manusia yang beraneka,
sewaktu
Komuter terus bergerak ke
destinasi di tuju.
Penumpang dari
KL Sentral pagi tu tak ramai sangat,
mungkin waktu itu......pagi semakin
menyinsing,
mungkin
destinasi-destinasi di tuju kurang
popular,
~ jauh dari tarikan @
sumber ekonomi "memikat",
tapi...amat menarik minat ramai
Pendatang Asing,
bila dalam "
koc" tersebut ~ jumlah mereka amat
menular.
Ada
14 Stesen Perhentian Dari
KL Sentral ke
destinasi saya,
tapi bila diperhati...separuh "
koc" saya naiki ~ "
orang luar",
ada dari
Nepal+Bangladesh+Pakistan+India & Indonesia,
ada yang berpakaian "
smart"+"
casual"+santai & berselipar,
tak kurang juga yang berpakaian ala
wanita muslim Malaysia,
tapi bila bersembang..."
slang" Indon ~
identiti sebenar,
mungkin mana yang ada
permit ~ nampak ceria & gembira,
yang tak ada
permit...diamkan diri takut
identiti terbongkar !!!
Hmmm......
Bila kita dah mengantuk sangat ~ dapat tidur rasa nikmat,
itu yang dilihat pada seorang
Gadis Melayu di hadapan saya,
mungkin dia kurang tidur agaknya ~ mungkin dia penat,
tapi...yang nyata ~ dia tidur tanpa rasa bimbang di minda,
mungkin kerana keadaan dalam negara kita aman & selamat,
mendorong dia tanpa
was-was "
melelapkan mata"~ agaknya !!!
Di sebelah
Gadis Melayu itu ~ duduk seorang
Pak Cik India,
kelihatan dari raut wajahnya sedang runsing memikir sesuatu,
namun di tangannya ada "
ikatan manik" ~ mungkin "
berdoa",
kerana mulutnya "
kumat-kamit" ~ membaca "
ayat" tertentu,
mungkin dia rasa bersyukur akan nikmat dari "
Tuhan"nya,
mungkin dia ingin
sucikan diri dari dosa lalu ~ saya tak tahu...
Di sebelah
Pak Cik India tadi ~ duduk seorang
pemuda asing,
dari cara berpakaian & raut wajah ~
%nya mungkin benar,
~ beg sandang di letak di hadapan dada & berwajah runsing,
serta pandangan matanya tak tetap ~ sentiasa berlegar-legar,
mungkin banyak yang bermain di fikiran ~ "
pusing-pusing",
mungkin begitulah agaknya ~ saya terus menganggar......
Di sebelah kiri saya ~ duduk seorang
warganegara agak sebaya,
segak & kemas ~ berpakaian kerja sambil sandang beg juga,
dan dia juga sedang "
melelapkan mata" ~ ngantuk agaknya,
mungkin dengan "
lelap sekejap" ~ beliau dapat rehat seketika,
mungkin sebelum menyambung kerja di pejabat yang tersedia,
mungkin persediaan awal hadapi tekanan kerja ~ agaknya !!!
Di sebelah kanan saya ~ ada seorang lagi bukan
warganegara,
ini dibuktikan tika dia menjawab panggilan telefon di terima,
menunjukkan dia sedang menuju 1
destinasi baru adanya,
bila sering kali dia memberitahu
lokasi terkini dia berada,
dan meminta pemanggil menunggu dia sehingga dia tiba,
mungkin kerana bimbang dia tersesat kelak ~ agaknya !!!
Di penjuru kiri ~ tempat duduk dipenuhi
warga asing lagi,
mungkin dari
Pakistan ~ di nilai dari susuk tubuh & raut wajah,
4 ~ 5 orang...mereka duduk sebaris sambil "
melayan mimpi",
seorang terngangga mulut ~ mujur lalat tak masuk terjah,
seorang lagi lentok kepala ~ macam angin tiup daun keladi,
seorang pula tongkat dagu ~ tidur ke @ berfikir ? ~ wah !!!
seorang tu ~sandar kepala kat bahu "
member" ~ sah "
buddy",
manakala seorang yang bahu dipinjamkan ~ nampak resah,
mungkin kerana kena kejutkan mereka bila sampai
destinasi,
mungkin begitu agaknya ~ jawapan persoalan saya terarah...
Bersebelahan kerusi di penjuru kiri hadapan saya,
duduk
2 ~ 3 pemuda
Nepal...bersembang dengan gembira,
seorang rupa macam
Cina dan 2 lagi rupa macam
India,
entah apa yang diceritakan ~ saya tak mampu meneka,
tapi yang pasti bahasa mereka bukan
bahasa Ibunda kita,
mungkin mereka baru dapat gaji @ kerja baru ~ agaknya !!!
Bila penumpang banyak turun ~ pandangan semakin luas,
sebaris dengan kerusi saya ada pemuda
Bangladesh pula,
macamana nak kenal? ~ rupa macam
Pekerja Pam Minyak,
jaket di pakai cuba menutupi baju
Syarikat ~ nampak jelas,
mungkin dia sedang kejar masa kerana nak masuk kerja,
maklumlah selalunya
syif mula jam
8 ~ saya mengagak...
Ada penumpang turun & naik di setiap
Stesen Persinggahan,
tapi "
koc" yang saya duduki ~ agak kurang penumpangnya,
baru saya perasan ada
Pemuda India dari
India berseorangan,
sejak tadi diamkan diri & wajah lain sikit dari penduduk biasa,
cara berpakaian pun ~ memang "
biasa-biasa" juga kelihatan,
mungkin datang kat sini cari kerja @ cari saudara ~ agaknya !!!
Di penjuru kerusi arah kanan ~ ada sepasang pemudi-pemuda,
yang pemudi berpakaian
ala muslimah ~ pemuda pula biasa,
tapi...raut wajah & bahasa badan ~ jelas bukan orang kita,
kerana bila bersembang melalui telefon ~ jelas
Indon-nya,
hmm...mungkin cara dia berpakaian ikut saranan
agama,
hmmm...mungkin cara dia berpakaian ikut "
trend" semasa,
mungkin cara dia berpakaian nak kaburi mata
Penguatkuasa,
mungkin gaya berpakaian ~ perasan
warganegara ~ agaknya !!!
Sebaris dengan sepasang pemuda-pemudi tadi ~ ada seseorang,
tapi jelaslah yang seorang ini adalah
warganegara ~ orang kita,
kerana sambil duduk ~ kaki taruh atas
kusyen tanda girang,
mungkin kasut beliau mahal & di
import dari
luar negara,
mungkin beliau rasa ~ beliau adalah "
Boss" & orang senang,
mungkin menunjukkan beliau kurang
tatasusila ~ agaknya !!!
Hmm......
Komuter terus bergerak laju menuju
destinasi,
dalam tempoh
50 minit itu ~ pelbagai
persepsi datang,
namun...yang pasti ~
orang asing makin ramai mencari
rezeki,
di
bumi Malaysia yang kaya
sumber rezeki &
pelbagai peluang,
maka...alangkah ruginya bila
warganegara sendiri tak hargai,
segala peluang tersedia demi memperbaiki taraf hidup & wang,
kerana sibuk di
buai mimpi & nak usaha lebih ~ rasa berat hati,
hingga ber
billion RM setiap tahun duit kita
hilang & terbuang,bila se
maksimum mungkin
Pendatang mengaut
sumber rezeki,
mengumpul & mengirim ber
bilion RM ke
negara tersayang......
Dan...
Komuter terus bergerak meninggalkan saya di
destinasi,
terus & pantas bergerak membawa manusia ke pelbagai
lokasi,
memberi perkhidmatan selesa+murah & "
selamat" dari "
sensasi",
pada pengguna
warganegara & tentunya
Pendatang Asing sekali.
Sekian
"Cerita Dalam Komuter ~ 2..." untuk tatapan semua,
sebarang salah & silap ~ saya mohon kemaafan dari anda,
kerana berkata benar ~ adalah perkara yang kurang di suka,
oleh manusia yang suka berdusta & hidup penuh pura-pura.
Semoga ada pengajaran yang dapat direnungkan bersama,
semoga kita tidak sentiasa alpa dengan kemudahan yang ada,
semoga kita mahu+tahu berusaha demi
agama+bangsa &
negara,
semoga kita mampu hidup berbahagia di dunia & akhirat juga.
Insya`Allah......
Sekian+Terima kasih+Wassallam.