Saturday, March 6, 2010

Menanti Saat Itu......

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan kalimah suci ~ nukilan ini saya mulakan,
mudah-mudahan tersisa lagi ilham dan kemampuan,
dipermudahkan Allah untuk saya mencatatkan secebis pengalaman,
buat tatatan dan renungan anda & saya tika kelapangan.

Malam 03/03/2010 saat yang sesuai dinanti,
untuk saya menghubungi KK Divisyen bertanyakan berita terkini,
mencari jalan penyelesaian dengan masalah yang kami hadapi,
serta bagaimanakah rentetan cerita perjumpaan beliau petang tadi.

Hampir 1jam perbualan saya dan KK Divisyen bertukar suara,
menerusi Hand-Phone ~ beliau saya hubungi,
beberapa syor dari Pihak Kementerian untuk tindakan segera,
namun 1X "anggota" ~ sahih akan ditukarkan ke lain lokasi.

Tentang perubahan dan pindaan waktu kerja,
serta pengurangan "anggota" ikut keperluan ~ harus dipatuhi,
memang dah pasti peraturan tersebut akan terlaksana,
kerana itulah yang Pihak Atasan hajati sejak dari dulu lagi......

Kini calon pilihan akan dilakukan oleh Pihak Kementerian,
bagi menentukan "anggota" yang bakal ditukarkan,
namun pemilihan terakhir harus ada persetujuan,
untuk mengelakkan dari berlaku masalah sampingan.

Tentang pindaan waktu dan jadual bekerja,
Pihak kementerian meminta PTA & KK Divisyen datang bertanya,
berbincang dan mengharapkan Pihak Atasan memberi kerjasama,
agar di lain kali tidak timbul runggutan dengan pilihan yang diminta.

Semua orang dah mula pening kepala kecuali seorang dua,
termasuklah saya yang sedang menaip cerita ini,
kalau separuh dari kami bakal bertukar tanpa "disangka",
alamatlah banyak perubahan dalam kehidupan harus ditempuhi,
bakal banyak perancangan baru harus difikirkan & dihadapi juga,
serta pengorbanan ketenangan,masa & duit turut mengiringi...

"Boss" dan seorang "anggota" veteran memang tak ambil kisah,
samada kekal di sini atau hendak ditukarkan ke lain lokasi,
kerana mereka berdua ini orang "kaya" ~ bukannya orang susah,
kalau kena tukar dan tak nak pergi ~ boleh pencen ikut pilihan sendiri.

Mungkin dalam minggu depan PTA & KK Divisyen akan datang,
membentangkan hasil lapuran & syor dari Pihak Kementerian,
sementara itu saya perlu bersedia mencari ruang & peluang,
mempertahankan diri sekiranya "ditekan"oleh "Boss"@Pihak Atasan.

Beberapa perancangan sedang diusahakan dan telah dibuat,
cuma menanti saat yang sesuai untuk melaksanakannya,
supaya nanti kalau saya dipanggil menghadiri mesyuarat,
akan ada "impak maksima" untuk "Boss" tanpa terduga......

Sementara saat yang ditunggu itu bakal ditentukan,
saya terus berusaha dan kepada Allah saya bertawakal,
semoga doa dan pengharapan saya+rakan diperkenankan Tuhan,
dpt terus berkhidmat di lokasi sekarang dgn tenang & secara kekal...

Insya`Allah......

Sekian & terima Kasih...

Wassallam.

Wednesday, March 3, 2010

Insan Yang Teraniaya...

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan kalimah Bismillah coretan dimulai,
mudah-mudahan beroleh hidayah dan keberkatan Ilahi,
dipermudahkan saya mencoretkan apa yg terbuku di hati,
setelah sekian lama mendiam diri dari coretan berseni.

Hampir 2 minggu kepala saya ni berserabut,
fikir jalan penyelesaian masalah dan uruskan hal pejabat,
gara-gara "Bos" lagak hebat tapi sebenarnya pengecut,
last-last ~ saya yg menyuarakan keadilan dicop "Budak Jahat".

Dahlah "Bos" pula jenis "melepaskan tengkuk",
cipta masalah kendian "blah" macam tu sahaja,
member lain depan "Bos" macam burung belatuk,
bermulut manis ~ menjaga kepentingan diri mereka,
tapi di belakang "Bos"...Mak oiii...punyalah kutuk,
berhari-hari & bertahun-tahun diulang cerita.

Bila masalah tak selesai dan terdegar rungutan pihak Pihak Atasan ,
masing-masing tuju kat saya minta bantuan,
"Bos" yang pandai cipta masalah sering lepas tangan,
meninggalkan anak buahnya yang hilang punca dan pertimbangan.

Tak di tolong salah ~ di tolong pun payah,
masalah tetap kena uruskan cepat,
agar nanti tidak berpanjangan dan mendatangkan susah,
pada keharmonian perhubungan+urusan kerja dan pejabat.

Kadang-kadang @ selalu pun macam inilah jadinya,
nak jawatan sebagai "Bos" tapi amanah tak ada,
kerja dilaksanakan ikut kepetingan diri dan sambil lewa,
lagi "mua+mengada-ngada" bila Pihak Atasan tutup sebelah mata!!!

Saya sebagai "orang lama" serta ada sedikit keimanan di dada,
kena usaha memastikan perkhidmatan lancar seperti biasa,
agar perhubungan yang terjalin sentiasa nampak ceria dan mesra,
antara individu+kerja berpasukan+pengguna serta Pihak Atasan juga.

Masalah kalau dibiarkan tanpa berusaha mencari jalan penyelesaian ~
akan membawa padah yang buruk dikesudahannya,
masalah yang mula kecil kini dah jadi barah yang menyakitkan,
pada yang menghadapinya mahupun yang "berjiran" juga.

Namun disebabkan "Ego" yg terlampau serta tak takut pada Allah,
itu yg "Bos" sewenang-wenangnya sengaja menambahkan kesalahan,
makin menjadi bertambah teruk dan berganda-ganda masalah,
hingga akhirnya terpaksa Pihak Kementerian campur tangan.

23/02/2010 ~ Perjumpaan dengan KK & PTA Divisyen tercipta,
di seksyen tempat kami bekerja mereka berdua bertandang,
masing-masing kecut perut & "zip mulut" dari bersuara,
walaupun sebelum perjumpaan ~ cakap "berdegang-degang"!!!

Hanya saya yang banyak menyuarakan kepincangan yg terjadi,
hatta penindasan dan ketidakadilan rakan sekerja lalui,
perkara yang benar walaupun pahit untuk ditelan & hadapi,
namun demi kebenaran saya ~ saya gagahkan diri.

Dengan @ depan "Bos" pun saya tak perlu berselindung lagi,
untuk menutup pekung & onar"nya"~ perilaku kesalahan,
penerangan jujur dan demi mencari jalan penyelesaian hakiki,
kerana semua masalah timbul kerana salahlaku yang "Bos" lakukan.

Hampir 2 jam sesi dialog berlansung hingga ada yang naik halkum,
namun "Bos"pandai memanupulasikan cerita ~ mengubah keadaan,
kehadiran asal KK & PTA utk menyiasat demi menjatuhkan hukum,
telah bertukar lebih memihak pula pada "dakyah" yg "Bos"laksanakan.

Sering kali saya meminta rakan-rakan sekerja bersuara,
menyuarakan apa yang terbuku di hati mereka,
namun semua macam "tikus jatuh ke beras" lagaknya,
kerana mereka takut ~ "Bos" ini pendendam orangnya......

Bila selesai dialog dan KK serta PTA dah pulang,
barulah mereka rasa kecewa kerana takut bersuara tadi,
namun dah tak guna nak kata @ "complaint" kat belakang,
tunggu sahajalah keputusan apabila lapuran dibentangkan nanti.

Namun mereka meminta juga bantuan saya untuk berusaha,
mengadap Pihak Atasan dan mengemukakan Surat Aduan,
menghubungi pihak KK & PTA memaklumkan cerita sebenarnya,
dengan harapan biarlah "Bos" yang tak amanah ditukarkan.

Saya telah berusaha sehabis daya untuk membantu mereka,
dari masa+duit+"menebalkan muka" serta buah fikiran,
itulah sahaja yang termampu saya usahakan untuk mereka,
namun...kini segala-galanya biarlah ditentukan Tuhan.

Petang ini KK telah ke Kementerian membentangkan lapuran,
tak tahulah bagaimana kesudahannya nanti,
namun yang pasti "Bos" yang tak amanah pasti keseronokan,
kerana tiada tindakan akan dikenakan pada dirinya kini.

Yang menanti dengan kegusaran hanyalah kami,
kerana bakal ditukarkan bekerja di lain lokasi @ negeri,
nak buat macammana ~ mungkin inilah dugaan Ilahi,
mungkin ada hikmah Allah yang tersembunyi menanti kami.

Kini...saya dan rakan-rakan sekerja hanya mampu bertawakal saja,
terserahlah kepada Pihak Kementerian untuk memilih sesiapa,
bakal ditukarkan kerja di lain lokasi dengan kadar segera,
semoga Allah membela kami ~ Insan yang teraniaya.

Sekian & Wassallam.

Sunday, February 28, 2010

Cahaya Selawat...

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Cahaya Selawat

Ya nabi salam alaika
Ya rasul salam alaika
Ya habib salam alaika
Solawatullah alaika

Ya rasul kau bawa cahaya
Menyinari alam buana
Bumi tandus
Subur kembali
Rasa gembira di hati

Lahirmu membawa rahmat
Memimpin ke jalan selamat
Akhlakmu yang sungguh memikat
Contoh buat seluruh umat

Mulianya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru

Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah

Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman sentosa



Sumber: http://www.senikata.com/lirik-lagu-nasyid/raihan/cahaya-selawat.html

Wednesday, February 24, 2010

DoaKu......

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah ~ Tuhan semesta alam,
selawat dan salam ke atas junjungan kami ~
Nabi Muhamamad SAW,
ahli keluarga dan para sahabatnya sekelian.

Ya Allah,
sesungguhnya kami (sekeluarga) mohon penjagaan-Mu ~
terhadap agama kami,iman kami,jiwa raga kami,harta benda kami,
ahli keluarga kami,anak pinak kami dan segala sesuatu
yang Engkau kurniakan kepada kami.

Ya Allah,
Jadikanlah kami (sekeluarga) berada dalam pemeliharaan,
keamanan,perdampingan dan perlindungan-Mu Ya Allah,
dari semua syaitan yang jahat,si sombong yang bongkak,
pandangan yang jahat,orang yang zalim,
dan dari kejahatan setiap yang membuat angkara kejahatan,
sesungguhnya Engkau atas tiap-tiap sesuatu ~ Maha Berkuasa.

Ya Allah,
Indahkanlah kami (sekeluarga) dengan kesihatan dan keselamatan,
jadikanlah kami benar-benar orang yang bertakwa dan beristiqamah,
hindarkanlah kami dari segala yang mengundang penyesalan ~
baik di masa kini atau di masa akan datang,
sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa (hamba-Mu).

Ya Allah,
Ampunkanlah dosa kami (sekeluarga) dan ibu bapa kami,
orang yang kami mempunyai tanggungjawab terhadapnya,
dan seluruh orang Islam dan orang mukmin lelaki dan perempuan,
dengan rahmat-Mu wahai Yang Paling Mengasihi antara yang mengasihani.

Ya Allah,
Jadikanlah perkataan kami (sekeluarga) yang terakhir,
tatkala sampai ajal kami dengan kalimah ~
LailaHailLalLahMuHamMaDurRaSulLulLah...
Matikanlah kami di atas kalimah itu tanpa terfitnah,
tanpa sesat dan menyesatkan,tanpa mengubah dan memindanya.
Dan cukuplah Engkau untuk kami
dan Engkaulah sebaik-baik pelindung.
Tiada daya dan upaya (kami) melainkan dengan pertolongan ~
Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Ya Allah,
Wahai Tuhan kami,
berilah kepada kami (sekeluarga) di dunia ini kebaikan,
dan di akhirat juga kebaikan
serta hindarkan kami daripada azab neraka.

Sebaik-baik selawat dan sesempurna salam kami (sekeluarga)
persembahkan kepada junjungan kami ~
Nabi Muhammad SAW,penutup segala Nabi dan Rasul,
juga kepada ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian.
Maha Suci Tuhanmu,Tuhan yang dipersucikan daripada segala ~
yang disifatkan oleh mereka (orang-orang kafir),
salam sejahtera ke atas para Rasul,
dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Itulah terjemahan DoaKu ~"Doa Selamat",
yang dipanjatkan ke hadrat Ilahi di Subuh tadi,
mensyukuri genap sudah 20tahun sejarah terpahat,
pada hari ini ~ itulah usia perkahwinan kami.

Dan......

Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa memberi rahmat,
pada ikatan perkahwinan kami suami isteri+seisi family,
berkekalan dari-Nya beroleh keredhaan dan berkat,
dulu,kini dan Insya`Allah.....hingga ke "Syurga Al-Firdausi".

Amin...Amin...Ya Robbal Alamin.

Sekian Dan wassallam.

Monday, February 22, 2010

Mensyukuri Nikmat Allah...

بسم الله الرحمن الرحيم
Hanya kepada Allah segala puji-pujian dipanjatkan,
Allah Yang Maha Esa Lagi Maha Berkuasa ,
kepada-Nya kelak akhirnya kita bakal dikembalikan,
semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yg bertakwa.

Sesungguhnya nikmat yg dikurniakan Allah kepada manusia,
tidak terhitung banyaknya sejak mula hingga akhir masa,
namun sebagai manusia sejauhmanakah kita mensyukurinya?
berterima kasih kpd Allah atas segala kurnia-Nya kepada kita?
pernahkah kita terfikir bagaimanakah agaknya keadaan kita...
jika sedikit dari nikmat tersebut Allah tarik tanpa diduga?

Maka ~ kita perlu mempertingkatkan kesyukuran kpd Tuhan,
kerana dengan bersyukur ~ keimanan mampu diperteguhkan,
tambahan pula kehidupan kita kini penuh dengan kenikmatan,
serta keamanan yang berterusan juga kemewahan,
maka sepatutnya akan menambahkan lagi rasa kesyukuran,
kepada Allah Yang Maha Pemurah yg memberikan kurniaan,
di samping memperteguhkan lagi ketaatan dan pengabdian ~
diri kita bernama insan terhadap-Nya Tuhan.

Sesungguhnya kita tidak diakui bersyukur kepada Allah SWT,
melainkan jika kita menggunakan nikmat pemberian-Nya
untuk kepentingan diri dan masyarakat bersama,
seperti yang dinyatakan oleh Imam Al-Junaid seperti tertera:

"Syukur ialah seseorang yang tidak menggunakan nikmat Allah
untuk melakukan maksiat kepada-Nya".


Dalam ertikata lain ~ bersyukur boleh diertikan:
~ menggunakan segala nikmat Allah untuk melakukan ketaatan,
dan memenafaatkan nikmat tersebut ke arah kebajikan,
bukan menyalurkan kepada kemaksiatan atau kejahatan.

Nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada manusia
terbahagi kepada 2 perkara:

Pertama : "Nikmat Duniawi"
~ iaitu nikmat untuk meneruskan kehidupan di dunia,
seperti makanan+minuman+keamanan+materi ~
kesihatan+persaudaraan dan sebagainya.

Kedua : "Nikmat Ukhrawi"
~ iaitu nikmat Islam dan Iman,
nikmat yang paling berharga serta tidak ternilai,
kerana ia bukan setakat menjamin kesejahteraan ~
hidup di dunia tetapi berkekalan hingga ke akhirat nanti.

Persoalannya ~ adakah kita benar-benar bersyukur dengan
kedua-dua bentuk nikmat kurniaan Allah tersebut kepada kita?
Apakah kita benar-benar mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan
yang tidak terhingga @ terhitung nilainya?

Kita tidak seharusnya merasa selesa dan berpada,
dengan apa yang telah kita usahakan selama ini...
malahan kita perlu merasa bimbang dan takut adanya,
setelah sekian banyak nikmat dan rezeki,
yang Allah kurniakan ~ yang telah kita guna,
kerana kita bimbang ~ jika kita kini dan nanti ~
tidak tergolong di kalangan hamba-hamba-Nya
yang bersyukur dengan kenikmatan yang dianugerahi.

Allah SWT telah memberi amaran keras terhadap mereka
yg tidak mahu+tahu bersyukur akan nikmat pemberian-Nya
dengan amaran azab siksa di kala hari akhirat tiba......
sebaliknya ~ hamba yang bersyukur dan menghargai nikmat-Nya,
akan digandakan ganjaran nikmat dan pahala......
selaras dgn Firman Allah di dlm surah Ibrahim ayat 7 maksudnya:

"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu :
Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur,

nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepada kamu,

dan demi sesunggunhya jika kamu kufur,
sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih."


Sebagai tanda diakui bersyukur kepada Allah SWT,
kita wajib menggunakan segala nikmat pemberian Tuhan,
untuk kepentingan diri dan masyarakat juga,
disamping sentiasa pada Allah ~ kita taat dan beriman.

Bersyukur dan beriman ~ saling kait dan berkaitan,
disamping bersyukur kepada Allah yang menciptakan kita,
kita juga diingatkan agar berterima kasih sesama insan,
kerana kita tidak bersendirian hidup di dunia,
Allah menjadikan manusia saling perlu memerlukan,
perlu bantu membantu kearah kebaikan bersama.

Ini ditegaskan oleh Ibnu Khaldun dlm Muqaddimah hasil nukilan:
maksudnya: "Manusia saling perlu memerlukan,
tidak sempurna hidup bersendirian".

Sebab saling perlu memerlukan sesama manusia,
maka kita perlu saling mengenang budi+berterima kasih,
sehubungan perkara ini Rasulullah SAW bersadda maknanya:
"Tidak bersyukur seseorang itu kepada Allah,

selagimana ia tidak bersyukur kepada sesama manusia."


Sebelum saya mengakhiri perkongsian ilmu di kali ini,
ditegaskan ~ bahawa syukur adalah satu amalan suci,
dan perlu ditanamkan di dalam setiap jiwa insani,
kerana dengan bersyukur kepada segala nikmat Ilahi,
kita dapat membentuk manusia yang kenal diri,
mengenang budi dan sentiasa menghargai ~
setiap nikmat yang diperolehi.

Saya tinggalkan anda dengan sepotong ayat Al-Quran,
semoga boleh dijadikan panduan dan renungan,
agar kita sama-sama mencari keredhaan Tuhan,
semasa masih lagi diberikan kesempatan bernama kehidupan.

Allah berfirman dalam surah Al-A`raf ayat 10 maknanya:
"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu

(dan memberi kuasa) di muka bumi,

dan Kami adakan bagi kamu di muka bumi itu

(sumber dan berbagai jalan) penghidupan.
(supaya kamu bersyukur,tetapi)

Amat sedikitlah kamu bersyukur."


Sekian dan wassallam.