بسم الله الرحمن الرحيم
Hanya kepada Allah segala puji-pujian dipanjatkan,
Allah Yang Maha Esa Lagi Maha Berkuasa ,
kepada-Nya kelak akhirnya kita bakal dikembalikan,
semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yg bertakwa.
Sesungguhnya nikmat yg dikurniakan Allah kepada manusia,
tidak terhitung banyaknya sejak mula hingga akhir masa,
namun sebagai manusia sejauhmanakah kita mensyukurinya?
berterima kasih kpd Allah atas segala kurnia-Nya kepada kita?
pernahkah kita terfikir bagaimanakah agaknya keadaan kita...
jika sedikit dari nikmat tersebut Allah tarik tanpa diduga?
Maka ~ kita perlu mempertingkatkan kesyukuran kpd Tuhan,
kerana dengan bersyukur ~ keimanan mampu diperteguhkan,
tambahan pula kehidupan kita kini penuh dengan kenikmatan,
serta keamanan yang berterusan juga kemewahan,
maka sepatutnya akan menambahkan lagi rasa kesyukuran,
kepada Allah Yang Maha Pemurah yg memberikan kurniaan,
di samping memperteguhkan lagi ketaatan dan pengabdian ~
diri kita bernama insan terhadap-Nya Tuhan.
Sesungguhnya kita tidak diakui bersyukur kepada Allah SWT,
melainkan jika kita menggunakan nikmat pemberian-Nya
untuk kepentingan diri dan masyarakat bersama,
seperti yang dinyatakan oleh Imam Al-Junaid seperti tertera:
"Syukur ialah seseorang yang tidak menggunakan nikmat Allah
untuk melakukan maksiat kepada-Nya".
Dalam ertikata lain ~ bersyukur boleh diertikan:
~ menggunakan segala nikmat Allah untuk melakukan ketaatan,
dan memenafaatkan nikmat tersebut ke arah kebajikan,
bukan menyalurkan kepada kemaksiatan atau kejahatan.
Nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada manusia
terbahagi kepada 2 perkara:
Pertama : "Nikmat Duniawi"
~ iaitu nikmat untuk meneruskan kehidupan di dunia,
seperti makanan+minuman+keamanan+materi ~
kesihatan+persaudaraan dan sebagainya.
Kedua : "Nikmat Ukhrawi"
~ iaitu nikmat Islam dan Iman,
nikmat yang paling berharga serta tidak ternilai,
kerana ia bukan setakat menjamin kesejahteraan ~
hidup di dunia tetapi berkekalan hingga ke akhirat nanti.
Persoalannya ~ adakah kita benar-benar bersyukur dengan
kedua-dua bentuk nikmat kurniaan Allah tersebut kepada kita?
Apakah kita benar-benar mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan
yang tidak terhingga @ terhitung nilainya?
Kita tidak seharusnya merasa selesa dan berpada,
dengan apa yang telah kita usahakan selama ini...
malahan kita perlu merasa bimbang dan takut adanya,
setelah sekian banyak nikmat dan rezeki,
yang Allah kurniakan ~ yang telah kita guna,
kerana kita bimbang ~ jika kita kini dan nanti ~
tidak tergolong di kalangan hamba-hamba-Nya
yang bersyukur dengan kenikmatan yang dianugerahi.
Allah SWT telah memberi amaran keras terhadap mereka
yg tidak mahu+tahu bersyukur akan nikmat pemberian-Nya
dengan amaran azab siksa di kala hari akhirat tiba......
sebaliknya ~ hamba yang bersyukur dan menghargai nikmat-Nya,
akan digandakan ganjaran nikmat dan pahala......
selaras dgn Firman Allah di dlm surah Ibrahim ayat 7 maksudnya:
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu :
Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur,
nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepada kamu,
dan demi sesunggunhya jika kamu kufur,
sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih."
Sebagai tanda diakui bersyukur kepada Allah SWT,
kita wajib menggunakan segala nikmat pemberian Tuhan,
untuk kepentingan diri dan masyarakat juga,
disamping sentiasa pada Allah ~ kita taat dan beriman.
Bersyukur dan beriman ~ saling kait dan berkaitan,
disamping bersyukur kepada Allah yang menciptakan kita,
kita juga diingatkan agar berterima kasih sesama insan,
kerana kita tidak bersendirian hidup di dunia,
Allah menjadikan manusia saling perlu memerlukan,
perlu bantu membantu kearah kebaikan bersama.
Ini ditegaskan oleh Ibnu Khaldun dlm Muqaddimah hasil nukilan:
maksudnya: "Manusia saling perlu memerlukan,
tidak sempurna hidup bersendirian".
Sebab saling perlu memerlukan sesama manusia,
maka kita perlu saling mengenang budi+berterima kasih,
sehubungan perkara ini Rasulullah SAW bersadda maknanya:
"Tidak bersyukur seseorang itu kepada Allah,
selagimana ia tidak bersyukur kepada sesama manusia."
Sebelum saya mengakhiri perkongsian ilmu di kali ini,
ditegaskan ~ bahawa syukur adalah satu amalan suci,
dan perlu ditanamkan di dalam setiap jiwa insani,
kerana dengan bersyukur kepada segala nikmat Ilahi,
kita dapat membentuk manusia yang kenal diri,
mengenang budi dan sentiasa menghargai ~
setiap nikmat yang diperolehi.
Saya tinggalkan anda dengan sepotong ayat Al-Quran,
semoga boleh dijadikan panduan dan renungan,
agar kita sama-sama mencari keredhaan Tuhan,
semasa masih lagi diberikan kesempatan bernama kehidupan.
Allah berfirman dalam surah Al-A`raf ayat 10 maknanya:
"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu
(dan memberi kuasa) di muka bumi,
dan Kami adakan bagi kamu di muka bumi itu
(sumber dan berbagai jalan) penghidupan.
(supaya kamu bersyukur,tetapi)
Amat sedikitlah kamu bersyukur."
Sekian dan wassallam.
No comments:
Post a Comment