Kehidupan di dunia penuh pancaroba dan ujian,
terhadap kejadian bernama Insan yang diciptakan Tuhan,
sejauhmanakah amanah pada Ilahi mampu disempurnakan,
adakah dengan kegagalan ataupun dengan kejayaan?
Kehidupan di dunia adalah sementara sahaja,
kelak bakal di ganti dengan kehidupan yg kekal,
adakah ketika hidup di dunia kita telah bersedia?
mencari keredhaan Tuhan sebagai bekal?
Kehidupan di akhirat adalah kehidupan yg berkekalan,
serta kehidupan yang tiada berkesudahan,
setiap amal perbuatan ketika kita dihidupkan
di dunia dahulu akan dibuat perhitungan,
bakal diberi balasan yang setimpal sebagai ganjaran,
kerana itu adalah bukti janji dan keadilan Tuhan.
Sesungguhnya kehidupan di akhirat berkait rapat,
dengan kehidupan kita semasa di dunia ini,
jika amalan soleh ~ berbahagialah kita kelak di akhirat,
jika amalan buruk ~ maka derita & sengsara bakal menanti.
Ibadah Sholat,Puasa,Zakat dan Haji serta beberapa amalan,
hanya perlu sebahagian kecil masa kita hidup di dunia,
selebihnya kita banyak gunakan utk mengejar keinginan,
mencari kebahagian hidup di dunia dgn pelbagai cara.
Timbul persoalan...apakah masa yg telah digunakan,
untuk mengejar kebahagian hidup di dunia ini,
tergolong dalam amalan soleh sebagai bekalan...
diperhitungkan Padang Masyhar di akhirat nanti?
Pernahkan kita renungkan sejenak tika kelapangan,
bagaimanakah cara kita memperolehi segala keperluan?
~ makanan,pakaian,rumah,kenderaan,pangkat & kedudukan.
memperjuangkan agama,bangsa & negara serta yg berkaitan...
Islam menuntut supaya umatnya sentiasa berhati-hati,
sentiasa memperhati dan mengawasi setiap gerak geri,
setiap amalan & perbuatan yang dilaksanakan sehari-hari,
kerana kelak di akhirat nanti mereka bakal Allah tanyai...
Di akhirat nanti Allah akan bertanya kepada umat manusia,
tentang segala nikmat yang telah mereka terima,
dari manakah punca perolehannya?
dan bagaimanakah pula mereka "memperlakukan"nya?
Ini bertepatan dng peringatan oleh Rasulullah SAW dlm hadithnya,
Mafhumnya: Dari Abi Barzah Al-Aslami RA ~ Nabi SAW bersabda:
"Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat dirinya
di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga...
ia disoal tentang umurnya ~ pada perkara apa ia dihabiskan
dan tentang ilmunya ~ untuk apakah ia digunakan
dan tentang harta bendanya ~ dari manakah ia dapatkan
dan pada perkara apakah ia dibelanjakan
dan juga tentang tubuh badannya ~ pada perkara apakah ia
susutkan kemudaan dan kecergasannya?"
(Riwayat Tirmizi)
Allah SWT menciptakan manusia supaya menyembah-Nya
dan juga untuk bertindak sebagai Khalifah di dunia,
satu amanah besar yang dipertanggungjawabkan kepada kita,
bukan sekadar untuk hidup berseronok-seronok sahaja...
bahkan...manusia tidak dijadikan hanya untuk hidup di dunia
tetapi mereka dijadikan pula untuk kehidupan di akhirat juga...
Justeru itu ~ setiap perbuatan hendaklah ada bertujuan,
iaitu untuk memperhambakan diri kepada Tuhan,
~ dalam sebarang kegiatan.pekerjaan mahupun amalan,
demi mencari keredhaan-Nya dalam kehidupan.
Memperhambakan diri kepada Allah SWT dlm pekerjaan duniawi,
mestilah antara lain mematuhi garis panduan di bawah ini :-
~ 1) Perlaksaan sesuatu pekerjaan hendaklah diniatkan
untuk mencari keredhaan Allah.
~ 2) Hendaklah pekerjaan itu adalah perkara yang
diharuskan syarak & adalah berdosa sekiranya
menjalankan kegiatan yg diharamkan syarak.
~ 3) Dilaksanakan dgn cara-cara yg diharuskan syarak
iaitu yg berprinsipkan ta`abuddi dan mementingkan
kemaslahatan ummah.Haram sama sekali kegiatan
yg dilaksanakan dgn kaedah yg dipengaruhi oleh
runtutan hawa nafsu dan tipu daya syaitan.
Dengan menghayati 3 prinsip yg telah digariskan,
akan terhasillah sesuatu pekerjaan yg kita lakukan ~
sebagai ibadah yg bakal menjadi bekalan,
di akhirat kelak mencari kebahagian kehidupan.
Inilah makna sebenar pengabdian diri kepada Allah SWT,
dlm surah Adz-Zariyat ~ Allah berFirman pada ayat 56 iaitu:
maksudnya: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah-Ku."
Akhirnya...marilah kita sama-sama membuat penilaian,
terhadap segala amalan dan perkataan yang dilakukankan,
sewaktu menjalani kehidupan sehari-harian,
baik secara sedar ataupun pura-pura tak perasan,
agar tidak mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan,
yang akhirnya adalah bercanggah dengan perintah Tuhan.
Semoga dijauhkan Allah akan kita umat Islam semua,
dari kelak menjadi hamba Allah yg miskin & papa kedana,
di akhirat nanti disebabkan kesilapan amalan di dunia,
yg tidak tergolong dalam amalan soleh disisi Allah SWT.
Ada sepotong ayat Al-Quran utk renungan bersama,
~ dalam surah Hud ayat 15-16 Allah berFirman maksudnya:
"Sesiapa yg berkehendakkan kehidupan dunia & perhiasannya,
maka Kami penuhi usaha mereka di dunia,
dan mereka tidak dikurangkan daripadanya.
Mereka tidak beroleh di akhirat kelak selain daripada neraka,
dan gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia,
dan batallah apa yang mereka telah kerjakan (ketika hidupnya)."
Sekian dulu sedikit perkongsian ilmu di kali ini,
Insya`Allah ~ saya bakal "memahat kata" dilain kali,
segala salah dan silap ~ saya mohon dimaafi,
yang baik dari Allah ~ yang kurang kerana kejahilan diri.
Sekian & wassallam.
2 comments:
cik 4z bila nak p aji.
Insya`Allah...jika diizinkan Allah ~ Acik 4Z memang teringin nak tunaikan Haji tp mulai sekarang kenalah belajar memperbaiki Amal Ibadah & Perilaku+Ahlak biar selari dgn kehendak Allah agar mudah-mudahan nanti urusan ke sana dipermudahkan Allah..
Post a Comment