Saturday, February 20, 2010

Mencari Ketenangan Jiwa......

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian hanya untuk Allah,
semoga perkongsian ilmu dikali ini beroleh baroqah,
semoga niat dan maksud yang susah ~ dipermudah,
agar akhirnya kita mampu bermusahabah.

Kali ini kita berbicara tentang "Ketenangan Jiwa",
yang membawa erti seseorang itu tenteram dan aman ~
tidak gelisah/runsing/diganggui + lapang dada & minda,
mantap+stabil+berasa lega serta penuh kegembiraan.

Seseorang yang mempunyai jiwa yang tenang,
akan menjadi manusia yang selesa hidupnya,
~ tidak runsing hatinya ketika datang dugaan tak diundang,
malah mampu mengendalikan urusan hidup dengan sentosa,
samada urusan berkaitan keduniaan yang mendatang,
mahupun amal ibadah tanda pengabdian pada Yang Maha Esa.

Sebaliknya bagi mereka yang mengikut hawa nafsu,
untuk mencari ketenangan melalui cara yg salah,
seperti minum minuman memabukkan+gam dihidu ~
melakukan maksiat,berzina serta menghisap dadah,
hanya bakal menjadikan kehidupan mereka semakin buntu,
serta sentiasa dihantui dengan rasa penuh bersalah,
maklum sajalah tindakan sebegitu Syarak tak restu,
malahan bakal mendapat kemurkaan Allah.

Sesungguhnya untuk mencapai ke arah jiwa yang tenang,
ia bukan sesuatu yang payah mahupun sesuatu yang mudah,
asal sahaja kita mahu mengikhlaskan diri tatkala sembahyang,
Insya`Allah ~ matlamat murni tersebut bakal dibantui Allah.

Dalam Islam sembahyang 5 waktu dan sembahyang sunat,
boleh melegakan kekusutan fikiran dan memberi harapan,
kerana kepada Allah SWT kita merendah diri bermunajat,
menaruh sepenuh pengharapan akan pertolongan Tuhan.

Berdoa+ berwirid+berzikir serta membaca Al-Quran,
juga boleh membantu seseorang beroleh ketenangan,
kerana melakukan perkara yang disukai Tuhan,
mereka bakal beroleh kerahmatan dan kenikmatan,
dalam kehidupan ~ secara segera atau perlahan-lahan,
kerana begitulah ketentuan-Nya yang telah dijanjikan.

Firman Allah dalam surah Ar-Ra`d ayat 28 maksudnya:

"Orang-orang yang beriman menjadi tenteram
dgn mengingati Allah,

ingatlah bahawa dengan
mengingati Allah itu tenteramlah hati."


Sebenarnya hati orang-orang yang beriman itu...
sentiasa berasa tenteram dan tenang,
kerana selalu mengingati Allah tanpa mengira waktu
diwaktu susah mahupun diwaktu senang.

Sekiranya dugaan dan musibah datang menduga,
mereka akan segera menginsafi diri tanpa dipaksa,
lantas memeriksa diri serta di mana silapnya,
juga bertekad memperbaiki kesalahan pada Yang Maha Esa,
agar dilain kali mereka tidak melakukan kesilapan yang sama,
oleh itu ~ hilanglah segala dukacita berganti gembira,
kerana mereka redha akan apa yang telah Allah rencana,
disamping mengharapkan kerahmatan Allah SWT.

Begitu juga jika mereka mendapat nikmat dan anugerah,
mereka tidak berlaku sombong serta merendah diri,
malahan mengucapkan kesyukuran kepada Allah,
atas pemberian Ilahi kepada mereka yang tak terperi.

Hati orang-orang beriman sentiasa disinari Nur tanpa kelam,
mudah tenang baik diwaktu gembira mahupun gundah,
kerana sentiasa mengingati Allah ~ hati rasa tenteram,
tiada yang perlu dibimbangkan serta berkeluh kesah.

Kesenangan hati itu ialah kebahagian yang sebenar,
ganjaran Allah bila dilaksanakan segala perintah-Nya,
serta menjauhkan diri dari perbuatan keji dan mungkar,
dan sentiasa memelihara hak Allah terhadap kita.

Dan......

Kini...jalan telah terbuka dan terbentang luas,
untuk kita berusaha mencari ketenangan jiwa,
teruskan usaha murni anda tanpa jemu dan culas,
kerana kebahagian dari Ilahi ~ itu yang kita damba.

Sekian perkongsian ilmu untuk kali ini,
Insya`Allah ~ dilain kali bersua semula,
akhir kalam...yang baik milik Ilahi,
yang kurang kerana kejahilan saya.

Terima Kasih Dan Wassallam.

2 comments:

ellyWong said...

btul tu. solat is the key. solat to remind us of Allah n by keeping ourselves close to Him akan dpt the benefit spt yg p ngah tulih.

4zee2 said...

Ya betul !!!
10markah utk Amy.