Sunday, February 14, 2010

Anugerah Yg Paling Berharga...

Bismillahhirrahmannirrahim ~ bicara dimulai,
semoga anda semua dirahmati Allah sentiasa,
dalam apa jua pekerjaan dan situasi yang dilalui,
terutamanya yang selaras dengan tuntutan agama.

Dikesempatan kali ini marilah kita berkongsi ilmu,
tentang kisah IbuBapa yang amat kita kasihi,
yang memberikan kasih sayangnya tanpa ragu+jemu,
agar kita hidup berbahagia di dunia & akhirat nanti.

Islam menuntut kita berbuat baik kepada mereka berdua,
kerana ia adalah perintah Allah yg wajib kita tunaikan,
dengan bersikap lemah lembut dan berbudi bahasa,
serta sentiasa ingat segala jasa mereka serta pengorbanan.

Selama ini mereka telah bersusah payah
memelihara dan menjaga kita siang & malam,
sanggup berpenat lelah+berhabis duit serta bersusah,
demi melihat kita membesar dengan selamat & tenteram.

Atas dasar itu ~ Islam telah menetapkan,
~ tanggungjawab melakukan kebaikan tanpa tersanggah,
terhadap Ibubapa amat besar serta ditekankan,
sehingga ia digandingkan dgn perintah mentauhidkan Allah.

Ia terbukti melalui Firman Allah dlm surah Al-Isra` ayat 23:

Maksudnya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya
engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata
dan hendaklah engkau berbuat baik kepada IbuBapa.
Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali
sampai kepada umur tua dalam jagaan & peliharaanmu,
maka janganlah engkau berkata kpd mereka (sbrg perkataan kasar)
sekalipun perkataan "UH" dan janganlah engkau menengking,
menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka
perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

Ajaran Islam juga menyuruh kita agar sentiasa ~
bersyukur dan berterima kasih kpd kedua IbuBapa kita,
seperti Firman Allah dlm surah Lukman ayat 14 maksudnya:

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kpd kedua IbuBapanya,
Ibunya telah mengandungnya dgn menanggung kelemahan
demi kelemahan (dr awal mengandung hingga akhir menyusunya)
dan tempoh menceraikan susunya ialah dlm masa dua tahun
(dgn yg demikian) bersyukurlah kepada-Ku
dan kepada kedua IbuBapamu dan (ingatlah)
kepada Akulah jua tempat kembali (utk menerima balasan)."

Sesungguhnya begitu besar peranan & pengorbanan kedua mereka,
lebih-lebih lagi buat si Ibu sehingga Islam mengangkat darjatnya,
melebihkan seorang Ibu itu lebih dari seorang bapa,
berdasarkan kerana Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya:
Aku bertanya Rasulullah SAW:
Siapakah orang yg paling patut aku berbuat baik?
Rasulullah SAW menjawab: Ibumu.
Kemudian aku bertanya lagi siapa?
Rasulullah SAW menjawab: Ibumu.
Kemudian aku bertanya lagi siapa?
Rasulullah SAW menjawab: Ibumu.
Kemudian aku bertanya lagi siapa?
Rasulullah SAW menjawab: Bapamu,
kemudian orang yg paling hampir dgnmu dan seterusnya.
(Hadith Riwayat Al-Tirmizi)

Selayaknyalah Ibu diberi penghormatan tertinggi,
lantaran begitu banyak jasa dan pengorbanan oleh ibu,
sabda Rasulullah SAW dibawah iniamat sinonim sekali:
maksudnya:"Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu."

Marilah kita mengenang jasa mereka membesarkan kita,
serta berusaha agar tidak menguris perasaan mereka,
hargailah sentiasa selagi mana mereka masih bersama,
dipinjamkan kepada kita oleh Allah selagi bernyawa,
dengan melakukan apa saja yg mengembirakan mereka,
selagi selari dengan Perintah Tuhan & tuntutan agama,
tanpa perlu kita berkira duit,masa & harta benda,
kerana IbuBapa adalah anugerah Allah yg paling berharga.

Selagi @ sekirannya IbuBapa masih bernyawa,
sebagai anak kita perlu sentiasa mentaati mereka,
hatta kesejahteraan dan keampunan kita doakan juga,
semoga Allah memberkati kedua IbuBapa tercinta,
serta diperpanjangkan keberkatan itu kepada kita.....

Sekiranya kedua IbuBapa kita telah meninggal dunia,
hadiah apakah yang paling bermakna utuk mereka?
...mudah sahaja ~ doakanlah kesejahteraan mereka,
niat & sedekahkanlah pahala amal kebaikan utk mereka,
membaca Al-Quran sentiasa usahlah di lupa,
serta mohonlah agar Allah SWT akan sentiasa ~
merahmati dan mengampunkan segala dosa-dosa mereka,
dan di akhirat kelak ~ semoga Syurga tempat "diam"nya.

Marilah kita beristiqamah dalam berbuat ihsan kepada mereka,
agar IbuBapa kita dan kita juga dapat menikmat hidup berkualiti,
berbahagia bersama ketika hidup di dunia,
dan...Insya`Allah ~ bakal berbahagia juga di akhirat nanti.

Akhirnya saya tinggalkan anda dengan sebahagian hadith Nabi,
serta sepotong ayat Al-Quran sebagai renungan,
ambillah ikhtibar dari hasil nukilan ini,
mudah-mudahan kita semua diberkati Tuhan.

Iaitu......

Jabir RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

maksudnya: "Berbaktilah kepada orang tua kamu (IbuBapa),
nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu (juga).

Dan......

Diriwayatkan dari Al-Tirmizi pula
:

maksudnya: "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan IbuBapa
manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan IbuBapa."

Serta......

Dalam surah Al-Israk ayat 7 Allah SWT telah berFirman:

maksudnya: "Jika kamu berbuat kebaikan,
maka faedahnya adalah untukmu,
jika kamu berbuat kejahatan,
maka berbalik pada diri kamu juga (kejahatan itu)."

Sekian Dan Wassallam.

No comments: