Saturday, February 6, 2010

Ganjaran Diperolehi......

Bismillahhirrahmannirrahim ~ kata bermula,
Assalamu`alaikum ~ untuk pembaca budiman,
Alhamdulillah ~ di"alam siber" saya memahat kata,
Insya`Allah ~ ada perkongsian cerita untuk tatapan.

Semalam ~ buat pertama kalinya......
anak bujang saya mendapat wang gaji,
hasil titik peluhnya ~ sabar dan tekun bekerja,
Alhamdulillah...kini "ganjarannya" telah diperolehi.

Kami suami isteri bersyukur & tumpang gembira,
melihat usaha"nya" selama ini ~ telah berjaya,
serta keceriaan yang tergambar di riak wajah"nya",
juga pelbagai "keinginan" yang dia mula rencana.

Memandangkan itu duit gaji"nya" yang pertama kali,
dan kebetulan pula semalam adalah Hari Jumaat,
wang pertama eloklah disedekahkan ~ ke jalan Ilahi,
mudah-mudahan rezeki"nya" bakal beroleh berkat.

Sebahagian wang gaji'nya" diserahkan kepada saya,
untuk dipegang sementara menunggu malam tiba,
malam itu barulah wang gaji"nya" dikeluarkan semua,
kemudian barulah dia akan membuat pengagihannya.

Diperingkat permulaan ~ dia hanya mahu 20% sahaja,
dari keseluruhan jumlah gaji tersebut untuk diri"nya",
selebihnya 80% ~ dia berikan utk kami suami isteri berdua,
sebagai orang tua ~ kita tentu tak sampai hati menilainya.

Niat"nya" baik ~ agar kami "rasa" & guna duit tersebut,
namun kami suami isteri ada perancangan utk"nya" sedikit,
bukan duit sebenarnya kami diidamkan & ingin direbut,
tapi...ingin melatih beliau belajar menguruskan duit.

Sesi perbincangan & perdebatan pun bermula,
memakan masa yang "kelihatannya" agak lama,
walaupun sebenarnya bukanlah serumit mana,
tapi utk tujuan mendidik ~ ada pelbagai cara pendekatannya.

Setelah menghuraikan buruk baik sesuatu tindakan,
satu jalan penyelesaian telah dimuktamadkan,
40% dari wang gaji "nya" utk kami ~ pemberian yg dihajatkan,
baki 60% selebihnya ~ utk dia cuba belajar sendiri uruskan.

Walaupun 40% wang gaji "nya" diserahkan kepada kami,
bukanlah bermakna akan kami sepenuhnya gunakan,
Insya`Allah ~ akan kami simpan dalam "akaun"nya" nanti,
untuk kegunaan beliau juga kelak dimasa hadapan.

Beliau harus dilatih belajar menguruskan hal kewangan,
kerana...Insya`Allah ~ kelak beliau bakal keseorangan,
hidup berjauhan dr kami sekiranya dpt menyambung pelajaran,
maka inilah ujian utk beliau ~ bagaimana membuat perancangan.

Kita tak tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan,
kerana segala-galanya itu dalam ketentuan Tuhan,
sebagai IbuBapa ~ kami hanya mampu merencanakan,
buat persiapan diri"nya" sebelum melangkah ke alam kedewasaan.

Kelak...banyak dugaan & "godaan" kehidupan akan menanti "nya",
kalau tak dibimbing ~ takut dia akan tenggelam punca,
tak tahu menilai yang mana "intan"~ yang mana "kaca",
kelak dibimbangi boleh "memudaratkan" masa muda & usaha.

Pada IbuBapa...selagi terdaya dan masih diberikan peluang,
Insya`Allah ~ anak-anak akan tetap diberikan perhatian,
kerana itulah tanda pengorbanan luhur & kasih sayang,
~ selagi waras dan selagi mana nyawa di kandung badan.

Dan......

Hari ini anak bujang saya masih meneruskan kembali,
usaha pencarian rezeki & ilmu tentang kehidupan,
semoga dia sentiasa dibimbing oleh Ilahi,
kearah kebaikan dlm kehidupan serta beroleh keberkatan Tuhan.

Insya`Allah.....Dan......Alhamdulillah.

Sekian,
Terima Kasih,
Dan Wassallam.

No comments: