Bismillahhirrahmannirrahim ~ pembuka bicara,
marilah kita meningkatkan keimanan kepada Allah,
dgn penuh keyakinan+keikhlasan melakukan segala suruhan-Nya,
dan meninggalkan segala perkara yang ditegah,
mudah-mudahan kita menjadi insan yg bertakwa,
serta selamat di dunia dan kehidupan di akhirat dipermudah.
Hidup di dunia ini memerlukan satu sama lain,
terutamanya tika musibah & dugaan Allah melanda,
tiada siapa yang mampu hidup sendirian,
maka...manusia mesti bersama-sama berusaha ~
mengekalkan hidup dalam keharmonian,
agar ketenangan jiwa dapat dikecapi dan dirasa,
dan akhirnya hidup manusia bakal dipenuhi dgn kebahagian.
Islam mengajar umatnya supaya bersifat "mahmudah",
spt prihatin+bertolak ansur+berkasih sayang+bekerjasama ~
berbuat baik & membantu agar perkara susah menjadi mudah
kepada mereka yang memerlukan pertolongan kita.
Jika sifat-sifat terpuji ini ada pada kita bernama manusia,
sudah tentu akan wujudnya insan yg berhati mulia,
yg akan sentiasa berusaha menjaga kebajikan bersama,
ke arah kesejahteraan hidup beragama+berbanga+bernegara.
Allah berfirman dalam surah Al-Maaidah ayat 2 tafsirnya:
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan
untuk membuat kebajikan dan ketakwaan
dan janganlah kamu bertolong-tolongan
pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Dan bertakwalah kepada Allah kerana
sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksanya
bagi sesiapa yang melanggar Perintah-Nya."
Memberi bantuan bukan hanya dalam bentuk kebendaan,
bahkan boleh dilakukan dgn pelbagai cara,
baik wang ringgit+tenaga atau buah fikiran,
asal saja bertepatan dgn suruhan agama...
semua perilaku itu ~ tanda mensyukuri kenikmatan,
yang dikurniakan Allah kepada kita.
Allah mengingatkan kita supaya bijak menguruskan harta,
kerana kelak di akhirat nanti kita bakal ditanya oleh-Nya,
tentang harta kita ~ kita mendapatkannya dari mana?
dan pada perkara apakah kita membelanjakannya?
Perlu diingat...pada harta kita ada hak sesama manusia,
hak yang perlu kita tunaikan dalam pelbagai cara,
untuk kepentingan umum+fakir miskin+yg memerlukannya ~
namun harus disertakan dgn keikhlasan kerana Yang Maha Esa,
iaitu melalui cara bersedekah,infak mahupun zakat juga,
kerana selain dari tersenarai dalam rukun Islam yg 5,
perilaku tersebut juga mampu menghapuskan dosa.
Firman Allah dlm surah Al-Baqarah ayat 271 tafsirnya:
"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu secara terang,
maka demikian itu adalah baik kerana menjadi contoh yg baik.
Dan kalau kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu
serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin,
maka itu adalah baik bagi kamu,
dan Allah akan menghapuskan
dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahan kamu.
Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
Islam mengalakkan umatnya bersifat pemurah+dermawan,
maka Rasulullah SAW merupakan contoh teladan,
sentiasa menderma sepanjang hayat tanpa menghampakan,
selagi Baginda mampu dan terdaya memberi bantuan,
tanpa mengira pangkat,darjat dan keturunan,
dan Baginda lebih pemurah lagi di bulan Ramadhan.
"Dari Ibni Abbas RA ia berkata:
Adalah Rasulullah SAW seorang yang paling pemurah
dan Baginda lebih pemurah lagi dalam bulan Ramadhan."
(Riwayat Imam Al-Bukhari)
Islam mengingatkan kita supaya sentiasa bermurah hati,
saling bantu membantu sesama manusia hatta haiwan juga,
tiada rugi membelanjakan harta demi keredhaan Ilahi,
kerana setiap perbuatan baik ada ganjaran dari-Nya.
Ada sebuah hadith dr Abu Hurairah RA ~ Rasulullah bersabda:
"Tatkala seorang lelaki sedang berjalan di jalanan,
ia berasa sangat dahaga,
tiba-tiba dia mendapati ada sebuah perigi,
maka segera dia turun ke dalam perigi itu untuk minum.
Sebaik dia keluar dari perigi itu,
dia melihat seekor anjing mengeluarkan lidahnya ~
menjilat-jilat debu kerana terlalu kehausan.
Lelaki itu berkata sendiri dalam hatinya:
"Anjing itu pasti kehausan seperti aku".
Lalu lelaki tersebut turun lagi
ke dalam perigi untuk mengisi kasutnya dengan air.
Kemudian dia menggunakan mulutnya supaya
dapat membawa kasut yang berisi air tersebut naik ke atas.
Lalu memberi minum anjing tersebut.
Maka melihat hal itu,
Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuninya".
Bayangkanlah...berbuat baik kepada haiwan lagi ~
mendapat keampunan dan terima kasih daripada Ilahi,
maka apatah lagi berbuat baik sesama manusia di dunia ini.
Oleh itu rebutlah peluang dgn berbuat baik sesama manusia,
dgn jalan bersedekah @ menderma kpd mereka yg memerlukannya,
secara ikhlas tanpa mengira bangsa dan agama,
semoga perbuatan tersebut mendatangkan keinsafan kpd kita,
demi menjadikan kita ~ manusia yg prihatin & ingin bekerjasama,
dan sentiasa berusaha mewujudkan kesejahteraan umat manusia...
semoga amal jariah kita itu dirahmati oleh Yang Maha Esa.
Sebelum perkongsian ilmu pada kali ini dinoktahkan,
semoga nukilan ini merangsang ketakwaan kita kepada Tuhan,
akhirnya ~ sepotong ayat Al-Quran diselitkan sebagai renungan,
dalam surah Al-Baqarah pada ayat 261 ~ Allah berFirman:
Maksudnya: "Perumpamaan nafkah yg dikeluarkan oleh orang-orang
yg menafkahkan pada jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih
yg menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap-tiap tangkai ini pula
mengandungi seratus biji.
Dan ingatlah Allah melipatgandakan (ganjaran)
bagi siapa yang dikehendaki-Nya
dan Allah Maha Luas kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui".
Akhirnya......
Yang baik datangnya dari Allah,
yang silap kerana kejahilan diri,
semoga kita sama-sama bermuhasabah,
demi mencari keredhaan Ilahi.
Wassallam.
No comments:
Post a Comment