Thursday, August 19, 2010

Jom Baca......

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga anda semua sihat sejahtera,
dirahmati Allah di bulan Ramadhan yg mulia,
semoga kita semua berbahagia di dunia,
dan Insya`Allah ~ kelak di akhirat juga.

Setelah 15hari menghantar "Post"1 bagi bulan Ogos,
kini saya cuba utk menghasilkan nukilan bagi "Post"2,
mungkin hasilnya bakal elok atau mungkin tak bagus,
maka sama-samalah kita tunggu+lihat akan hasilnya......

Alhamdulillah ~ hari ke9 kita berpuasa di bulan Ramadhan,
tentunya banyak peluang beribadah ~ kita cuba gandakan,
yg mana ganjaran pahalanya memang tiada tandingan,
kerana penghayatan berpuasa ~ Allah akan buat penilaian.

Beruntung mereka yg mahu+sentiasa berusaha,
menambahbaikkan amal ibadah kepada Allah,
tanpa mengira waktu+tempat+kesempatan yg tiba,
agar penghayatan di bulan Ramadhan ini beroleh baroqah.

Namun...dalam ketidaksedaran ~ banyak yg teralpa,
asalnya niat nak cari pahala tapi dosa pula yg didapati,
kalau tak percaya jom baca apa saya nak cerita......
semoga pengajarannya kelak dapat kita bersama kongsi...

~~~~~~ Mari kita mulakan cerita ~~~~~~

Subuh ~ lepas sahur+solat Subuh patutnya kita ngaji,
tapi kita seronok tarik selimut ~ sambung tidur lagi,
ale-ale...terlewat bangun ~ lewat ke pejabat bagi alasan itu+ini,
member yg menanti tukar "duty"~ benggang terasa di hati !!!

Pagi ~ waktu "duty" pun dah pandai "adjust" sendiri,
sepatutnya kerja 6 jam~9 jam dah jadi 4 jam kini,
alasannya sempena bulan Ramadhan yg diberkati......
penat kerja+nak pulang awal buat persiapan berbuka nanti,
walhal ~ waktu berbuka masih teramat-amat jauh lagi,
tengok tu ~ menyalahi peraturan G.O yg telah termeteri !!!

Tengahari ~ waktu lapang "dok" fikir+mereka-reka......
nak beli juadah+masak apa ya utk berbuka puasa nanti?,
hingga terkadang-kadang solat fardu pun boleh terlupa,
gara-gara terlebih "fokus" pada bisikan nafsu yg tak bertepi...

Zohor ~ orang bersolat kita pun nak bersolat juga,
tapi yg tak bagusnya ~ solatnya tak berapa...tidur rupanya,
alasannya ~ ngantuk & tak tahan bahang kepanasan yg ada,
alahai...pandainya kita mencipta suasana ikut "budibicara".

Antara Zohor+ Asar ~ orang bekerja...kita "dok" bersembang,
"contact" member sana-sini ~ cerita hal persiapan Hari Raya,
"promosi'+order" itu+ini sebagai persediaan bakal "menayang",
agar Hari Raya tahun ini bakal "Grant"+penuh bergaya !!!

Asar ~ selalunya kita kena balik ikut masa yg ditetapkan,
tapi bila dapat sedikit kelonggaran ~ kita sering salahguna,
tujuan Majikan ~ mulia ~...agar kita selesa buat persiapan ~
untuk berbuka puasa...tapi kita melilau entah ke mana !!!

Petang ~ waktu yg amat dinanti-nantikan,
bukan kerana nak berbuka puasa tapi nak berbelanja,
nak cari apa yg dijaja di Medan Selera yg memikat citarasa,
berapa banyak RM yg dikorbankan~ usah berkira,
maklumlah bukan selalu ~ kerana inilah masanya,
lebih-lebih lagi kalau ada juadah yg jarang dijumpa !!!

Maghrib ~ Alhamdulillah...waktu berbuka puasa pun tiba,
atas meja...Mak Oii...juadahnya hingga melimpah rupanya,
"berkat berbuka" ~ nampaknya sekadar tinggal nama,
bila kita "pulun" semua juadah macam tak pernah rasa !!!,
kemudian hisap pula rokok dengan terlebih bergaya,
walaupun dah difatwakan haram tapi kita ingkar juga !!!

Bila dah terlalu kenyang ~ nak bangun pun "goyang",
bersolat Maghrib sekadar di hujung-hujung waktu,
kerana terlebih makan ~ perut dah terlalu kenyang,
hmm...buruknya perilaku apatah lagi hilang dah segansilu !!!

Isyak ~ orang berebut-rebut ke Masjid nak berjemaah,
kita berebut-rebut nak tengok cerita kat TV pula,
seolah-olah tak tengok sebentar rasa penuh bersalah,
sedangkan bersolat jemaah+berterawih ~ patut diutama.

Kalau dpt bersolat jemaah+berterawih ~ Alhamdulillah,
tak kiralah solat 8 atau 20 rakaat yg dilaksanakan,
namun...kalau teralpa ~ kita hanya mendapat payah,
bila solat Witir 3 rakaat kita sengaja tinggalkan !!!

Paling tak bagus...orang "dok" sibuk berterawih,
kita "dok" sibuk bersembang di warung+kedai kopi,
orang berterawih dah balik ~ kita masih terhegeh-hegeh,
bersembang+ketawa mengilai-ngilai hingga ke dini hari !!!!

Tengah Malam ~ orang "dok" solat Sunat+ngaji,
kita pula "cilok" kejap ngadap "intenet" ~ ber"facebook",
orang bersusah-payah berusaha mencari keredhaan Ilahi,
kita pula sibuk cari peluang kat akhirat nak kena "debuk" !!!

Hmmm......

Macam tulah agaknya keadaan kita di bulan Ramadhan ini,
atau mungkinkah perkara sebegitu turut berlaku pada kita?
tapi apa-apa pun ~ nukilan ini sekadar renungan utk dikongsi,
agar kita tak sewenang-wenangnya menambah dosa dari pahala...
terutamanya sempena bulan Ramadhan Al~Mubarak kini,
dan kalau boleh berpanjangan di bulan-bulan yg lain juga.

Insya`Allah......

Sekian dulu secebis nukilan dikesempatan ini,
salah dan silap ~ saya mohon kemaafan,
apa yg tercatat adalah hasil renungan+pengalaman sendiri,
semoga ada pengajaran yg dapat dikongsikan.

Akhir kata......

Selamat Beribadah Puasa+Mencari KeredhaanNya.

Sekian+Wassallam+Terima Kasih.

No comments: