Wednesday, August 4, 2010

Wah !!! Dah Sebulan Tu......

Alhamdulillah ~ kesempatan datang kembali,
setelah genap sebulan "mendiamkan diri",
sepi dari "Post-Post" terkini di alam siber ini,
dgn cebisan pengalaman yg dilalui untuk dikongsi.

Wah !!! dah sebulan tu ~ pantas berlalunya masa,
banyak perkara yg tidak dapat utk dicerita,
kerana "Lap-Top" tiada & "PC" meragam pula,
walaupun sesekali kesempatan utk "berinternet" tiba ~
tika anak dara+anak bujang pulang bercuti seketika,
namun...kesibukan dgn aktiviti "Part-Time"+kerja ~
telah membantutkan keinginan utk melakarkan cerita,
bila keletihan+tiada "mood" ~ menguasai jiwa & raga.

Anak-anak ada meng"offer" ~ agar saya mem"bloging",
ada juga saya cuba menghasilkan coretan utk dilampir,
namun...tak boleh beri tumpuan dalam keadaan runsing ~
memikirkan "date-line " kerja "Part-Time" semakin hampir.

Alhamdulillah ~ ke3-3 kerja tersebut telah sempurna,
1 ~ di minggu ke3 & 2 ~ di minggu ke4 bulan Julai lalu,
walaupun ada sehari dua kelewatan dari yg direncana,
namun tidak menjejaskan keharmonian adab+ perilaku.

Alhamdulillah ~ lega rasa dihati & di minda,
serta dapat juga merehatkan badan semula,
ke3-3 kerja berat "Part-Time" dah tersempurna,
dan ~ duit gaji kerja tersebut pun dah habis dibelanja !!!

Alhamdulillah ~ terasa berbaloi penat-jerih berusaha,
demi menyempurnakan "komitmen" yg tersedia,
bila melihat "hasil kerja" telah tersergam depan mata,
dan mengetahui yg tuan rumah sentiasa bergembira.

Dan......

Baru tadi ~ "pelanggan lama" datang menyerahkan duit,
yg nilainya 8% dr harga kerja rumah 1 "Jiran Lama",
mengupah utk kerja tambahan+ sedikit itu ini utk dicuit,
bagi menambahkan seri rumah agar "seiringan" juga.

Alhamdulillah ~ ada lagi rezeki tambahan utk saya,
walaupun sekadar mendapat gaji namun memadai,
kerana dapatlah tampung sedikit keperluan keluarga,
Insya`Allah ~ dapat juga menambah kegembiraan di hati.

Insya`Allah ~ besok kerja tersebut bakal bermula,
mungkin tak lama ~ 2@3 hari sahaja ikut conggakkan,
tak kisahlah janji ada kerja+RM tambahan telah tersedia,
bolehlah sedikit mengurangkan bebanan kewangan.

Ok lah......sekianlah dulu coretan utk kali ini,
salah dan silap ~ saya mohon kemaafan,
semoga ada pengajaran yg mungkin boleh dikutipi,
Insya`Allah bakal berjumpa di lain nukilan.

Sekian & Terima Kasih.

Wassallam.

No comments: