بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah ~ kesempatan datang kembali,
bagi membolehkan saya berkongsi pengalaman,
semoga anda dirahmati sentiasa oleh Ilahi,
dan sentiasa berbahagia dgn laluan kehidupan.
Sejak berpeluang berterawih beberapa malam yg lalu,
ada beberapa perkara yg mengusik ketenangan jiwa,
mungkin tidak seperti Ramadhan yg terdahulu,
mungkin tahun ini saya berterawih di Masjid yg sama.
Ramadhan tahun lalu dilalui dgn kepelbagaian suasana,
berterawih di beberapa Masjid untuk bertukar rasa,
mendengar bacaan Imam yg pelbagai cara+suara,
menilai yg mana yg bersesuaian dengan halwa telinga.
Di sesetengah Masjid ~ Imam Jemputan menceriakan "majlis",
ada yg 2orang+ada juga yg 3 ~ ada yg muda belia+berusia,
ada yg di hantar oleh JAKIM ~ ada yg di hantar oleh JAIS,
bagi "mengimarahkan" solat di malam Ramadhan yg mulia.
JAKIM ~ selalunya menghantar Imam dari Masjid tersohor,
JAIS ~ menghantar pelajar Maahad Tahfiz mencuba kebolehan,
usaha murni ke2-2 jabatan itu membangkitkan rasa syukur,
ramai kini umat Islam mampu menguasai bacaan Al~Quran.
Bila menjadi makmum Imam Terawih Jemputan yg "cerewet",
ada kalanya rasa kekusyukan berjemaah datang bersahaja,
bila ayat-ayat suci Al~Quran dibaca penuh tertib & bertajwid,
mampu menusuk kalbu hingga memungkinkan menitis air mata.
Namun bila menjadi makmum Imam yg rasa dah hebat pula,
kadang kala perasaan tenang boleh jadi tidak keruan,
bila sering kali bacaan-bacaan beliau "tersangkut" sentiasa,
akibat tidak mahu merujuk pada Al~Quran yg disediakan.
2 Imam Jemputan akan mengimamkan solat terawih silih ganti,
1: ~ 10rakaat yg pertama & yg ke2 ~ 10rakaat yg kemudian
termasuk juga solat sunat Witir yg 3 sebagai melengkapi,
sebelum diakhiri dengan doa dan bersalam-salaman.
Bila keseronokan berimamkan Imam yg sedap bacaannya,
kita sering akan berusaha menjadi makmumnya sentiasa,
walaupun adakalanya hajat tersebut tidak tersempurna,
kerana Imam Jemputan sebegitu selalunya sekejap adanya.
Kalau berkesempatan pun selalunya 5 ~ 10 malam sahaja,
selebihnya pelajar Maahad Tahfiz mengambil giliran pula,
namun...Alhamdulillah ~ setidak-tidaknya masih ada juga,
bakal pewaris Imam yg bacaannya mampu mengetarkan jiwa.
Adakalanya terkilan juga ~ peluang jadi makmum tak selalu,
maklumlah saya terpaksa bertugas selang semalam,
maka hajat nak berjemaah solat terawih kerap berlalu,
kadang-kala...bila terfikirkan ~ hati rasa tak tenteram.
Hmm......
Kini ~ Ramadhan hanya berbaki 14~15hari lagi,
kalaulah saya termampu ~ ingin saya kecapi keseronokan...
seperti malam-malam Ramadhan tahun lalu sekali lagi,
namun...sebagai manusia biasa saya hanya kepasrahan,
kerana peredaran masa tidak mampu ditukar ganti,
maka...apa yg kini telah saya lalui ~ juga 1kesyukuran.
Semoga hari-hari di bulan Ramadhan yg masih berbaki,
mampu kita isi dgn penuh bermakna+berfaedah,
sesuai dgn perkara-perkara yg diredhai Ilahi,
agar Insya`Allah kelak kita mampu beroleh barokah,
dalam kehidupan yg sedang dilalui di mayapada ini,
juga di Hari Kemudian sebagaimana yg dijanjikan Allah.
Insya`Allah......
Kemaafan dimohon sekiranya tersalah bicara,
sewaktu melakarkan coretan pada kali ini,
kerana saya hanya manusia biasa,
yg tidak terlepas dari kekurangan diri.
Akhirkata......
Selamat Berusaha Memperbaiki Mutu Beribadah......
Dan Selamat Berusaha Mencari Malam Lailatul Qadar.
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment