Saturday, August 28, 2010

Sejenak Renungan......

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga keberkatan hidup dianugerahkan Allah,
kepada kita semua umat Islam yg dirahmati,
terutamanya di bulan Ramadhan yg penuh barokah,
berbahagia di dunia & Insya`Allah ~ di akhirat nanti.

Semalam Hari Jumaat ke 3 dlm bulan Ramadhan ini,
umat Islam lelaki wajib menunaikan solat Jumaat,
cuaca amat berbahang dari pagi hingga tengahari,
sehingga keharmonian jiwa+raga mampu tergugat.

Alhamdulillah ~ saya berpeluang bersolat Jumaat lagi,
tidak di Masjid Kariah tapi di Masjid Jamek Pekan,
mungkin kerana mencari keselesaan+ketenangan diri,
~ diruang dewan solat yg luas+persekitaran yg nyaman.

Sementara menantikan Khatib membacakan khutbah,
para hadirin mula memenuhi dewan solat yg disediakan,
~ dari pelbagai lapisan masyarakat ~ senang + susah,
~ dari kanak-kanak+remaja+belia+berusia+veteran,
~ dari yg cukup sifat kepada yg cacat anggota tapi pasrah,
sambil berusaha melaksanakan amanah kepada Tuhan.

Alhamdulillah ~ syiar Islam terus dihayati dgn baiknya,
peluang utk bersolat Jumaat amat direbut-rebuti,
tidak kira apa bangsa pun yg berada di tanahair kita,
semuanya amat berusaha mencari keredhaan Ilahi,
tapi ditinjau sepintas lalu ~ "bangsa serumpun seberang sana",
tidaklah bersungguh-sungguh mahu merebut peluang ini,
jika dibandingkan dgn bangsa lain dr BaratDaya negara,
mungkin" bangsa sahaja serumpun" tapi akidah dimusykili,
lantaran cara hidup+fahaman yg dianuti agak berbeza......
dan semoga Allah memelihara kita dari turut terpengaruhi.

Bila melihat gelagat masyarakat yg akan bersolat Jumaat,
adakalanya menimbulkan pelbagai persoalan utk dinilai,
tentang cara pemikiran empunya diri+pilihan+minat,
terutamanya tentang cara tutup kepala dipakai.

Menutup kepala agar rambut tidak menutupi dahi ~
ketika bersujud kelak adalah sebahagian syarat sah solat,
maka sebab itu kedapatan pelbagai jenis yg kita digunai,
hingga kalau nak dikira ~ rasanya banyak sampai tak sempat !!!

Ada pakai "Kopiah" ~ bentuk mangkuk+macam Kuih Pau,
seperti buah dada BodyBuilder+macam Peluru Scud pun ada,
ada yg corak berlubang-lubang+berkerawang+bentuk "kacau",
corak Kuih Lapis+satu warna dan pelbagai warna juga,
yg "fanatik" sikit ~logo+warna parti di"promosi" ~ WOW !!!,
hmm..."sambil menyelam minum air" nampak gayanya !!!

Ada yg "berSerban" ~ dengan pelbagai cara lilitan,
ada yg ekornya ke bawah sebelah kiri atau kanan,
dan yg canggih sikit ekor serban disebelah atas diselitkan,
ada nipis+sederhana+tebal lilitan atas kepala ikut kegemaran,
kebanyakkannya kain lilitan warna putih jadi pilihan,
tak kurang juga yg minat warna lain ikut "fahaman" !!!

Ada yg memilih memakai "Songkok" sahaja macam biasa,
namun kepelbagaian juga telah merubah rupa asalnya,
ada yg boleh dilipat+rendah+tinggi 1 1/2 kali ganda,
bercorak+ber-renda disebelah bawah+sekeliling juga,
dengan pelbagai warna tapi warna hitam pilihan yg disuka,
dan yg tak bagus dah hilang warna+pusam pun masih diguna !!!

Namun......

Ada yg langsung tak memakai apa-apa utk tutup kepala,
dan mungkin yg rasa hebat sikit ~ pakai "bandana" pun ada
mungkin dikala itu ~ itu aja yg ada agaknya......
atau mungkin buat persiapan sambil lewa agaknya !!!

Hmmm......

Apa-apa pun ~ niat asalnya adalah utk mengelakkan rambut ~
dari menutupi dahi ketika bersujud di kain sejadah,
walau apa pun yg dipakai utk memudahkan maksud tersebut ~
bukan menjadi persoalan yg di"sensasi"kan@nak cari susah,
janji selesa+sebahagian syarat sah solat kita tak "tersangkut",
maka pilihlah sendiri ikut berkenan ~ supaya kita tak gundah.

Demikianlah sejenak renungan yg dapat saya kongsikan,
sementara menantikan khutbah Jumaat mula dibacakan
sebelum renungan tersebut dilupai tika solat dilaksanakan,
bagi menyempurnakan syarat sah solat Jumaat yg difardukan.

Insya`Allah...kita bakal berjumpa dgn Hari Jumaat sekali lagi,
di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini pada minggu hadapan,
dan Insya`Allah...kita bakal meraikan Hari Raya Aidil Fitri,
semoga pengisian amal-ibadah kita mampu di"advance"kan,
agar kita mampu menjadi insan-insan yg dirahmati Ilahi,
kerana mahu+terus berusaha mencari keredhaan Tuhan,
bukan saja pada Penghulu Hari dlm seminggu yg dijanji,
tapi juga pada hari-hari yg lain juga secara berterusan......

Insya`Allah......

Yg baik itu milik dan datangnya dari Allah,
yg serba kekurangan kerana kedaifan diri,
semoga catatan ini tidak membangkitkan rasa amarah,
namun sekiranya ada ~ sudilah maafi,
kerana memaafkan ~ satu perbuatan yg disukai Rasullullah,
agar hidup kita+insan mampu "harmoni".

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

No comments: