بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ Allah masih memberi restu-Nya,
untuk saya kembali melakarkan secebis coretan,
berkongsi pandangan yg diintai bersama anda,
semoga ada kebaikan bersertanya sebagai pengajaran...
Alhamdulillah hari ini hari ke22 umat Islam berpuasa,
sambil berusaha mengimarahkan 10malam terakhir,
dgn segala amalan fardu+sunat sehabis daya,
agar mampu memperolehi keredhaan Allah yg muktahir.
Insya`Allah...malam Lailatul~Qadar telah tersedia,
diantara 10malam terakhir ~ di malam yg ganjil terkhasnya,
maka di tarikh+tempoh yg mana pun ianya bakal menjelma,
hanya Allah Yg Maha Pengetahui akan segala rahsia.
Yg penting ~ kita terus mahu berusaha mencarinya,
yg menjanjikankan ganjaran bersamaan 1000 bulan diumpama,
namun selebihnya kita serahkanlah sahaja pada Yang Maha Esa,
bukan hak kita utk menuntutnya kerana kita sekadar Hamba.
Namun...sekiranya kita tak dipertemukan dgn malam tersebut,
maka teruslah mengimarahkan baki malam-malam yg ada,
janganlah beramal semata-mata utk Lailatul~Qadar direbut,
sedangkan dilain ketika kadar amalan ibadah kita sambil lewa !!!
Kelak bakal tinggal 7@8 hari sahaja sebelum berlalu Ramadhan,
semoga keberkatan bersama Ramadhan mampu diteruskan,
agar pengajarannya mampu terus di"aplikasi"kan dlm kehidupan,
yg akhirnya kita mahu berusaha jadi insan yg diredhai Tuhan.
Insya`Allah......
Sekian dulu sedikit "Post" yang agak ringkas,
agar saya mengingatkan diri sendiri & para pembaca yg sudi,
utk terus berusaha secara "tangkas+cergas",
mencari rahmat Ilahi di malamX2 Ramadhan yg masih berbaki.
Selamat Berusaha Mencari KeredhaanNya.
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment