Wednesday, September 15, 2010

Memusykilkan Diri......

بسم الله الرحمن الرحيم
Kepada Allah segala puji-pujian dipanjatkan,
Zat Yang Maha Esa dari segala-galanya,
hanya kepada-Nya ~ anda & diri ini memperhamba,
semoga pengabdian kita pada-Nya kekal selamanya.

Dulu kelmarin hari ke4 Hari Raya Aidil Fitri diraikan,
dan kebetulan pula jatuhnya pada Hari Minggu,
saya ke Pasar Pekan Minggu selepas habis tugasan,
dengan hasrat mencari sedikit juadah untuk sarapan.

Di tepi-tepi jalan masih tidak kelihatan makanan dijaja,
Kedai @ Warung Kopi orang kita masih di tutup lagi,
yang ada niaga pun hanya "India@India Muslim?" saja,
namun...identiti para pekerjanya memusykilkan diri ini.

Kadang kala & selalunya mereka berkopiah putih,
terutamanya "cashier" @ orang kepercayaan Taukey,
boleh berbahasa kebangsaan tetapi "Broken Melayu",
bila sesama mereka ~ berbahasa ibunda macam bertih,
kerana kita ingat mereka & kita sama akidah ~ kira O.K,
penuh yakin kita menikmati juadah disediakan tanpa ragu.

Lebih menyakinkan kita untuk menjamah juadah ~,
bila di dinding kedai ada tergantung ayat Al~Quran,
tapi...tanda "Halal" tidak kelihatan dengan mudah,
dan banyak orang kita di dalam kedai kedapatan,
hatta dari kalangan orang biasa hingga "Haji+Hajah",
kadang-kadang mereka datang berkumpul-kumpulan,
maka kita dengan penuh keyakinan terus ambil mudah,
~"Halal"-lah makan semua makanan yang disediakan !!!

Kadang-kadang nama di Lesen Perniagaan ~ orang kita,
tapi nak nampak muka mereka pun jarang-jarang sekali,
kalau ada kelihatan pun ~ dengan jari boleh dikira,
mungkin agaknya kedai milik si "Baba" bukan si "Ali",
mungkin mereka rakan kongsi bersama @ atas nama,
mungkin dengan sedikit "%" ~ orang kita boleh "dibeli",
namun...itu hak mereka untuk berniaga+mencari laba,
walau macammana pun cara @ "modus-operandi".

Lagi tak bagus bila pemilik kedai bukan Orang Islam,
tapi mengajikan pekerja berketurunan Indonesia,
atau diistilahkan orang dulu-dulu ~ Kedai Hailam,
atau Kedai Makan milik Orang India Malaysia,
tapi diyakinkan pekerjanya agak faham hukum-hakam,
maka ada kalangan orang kita makan dengan beria-ia,
dengan penuh yakin semua "Halal" bukannya "Haram",
kalau benar pekerjanya Islam Tulen ~ dimaafkan juga,
takut pakaian bak Orang Islam tapi sekadar "melaram",
maka dibimbangi akidah kita akan "diperdaya" pula !!!

Agak-agaknya kenapa ya orang kita jadi begitu "pasif"?
senang digula-gulakan dengan "silap-mata" nafsu,
adakah kerana penghayatan keIslaman kita agak "daif",
atau mungkin "mind-set" kita semakin "melulu-lulu"?,
kurang memikirkan secara "analisis" &"agerasif",
tentang pengambilan makanan di kedai-kedai tertentu.

Bersih & "Halal"kah makanan yang bakal kita makan?
kerana pengambilan makanan boleh memberi kesan,
pada penyuburan akidah keIslaman sebagai pegangan,
yang kelak berpanjangan selagi nyawa dikandung badan,
bukan hanya untuk keperluaan di dalam kehidupan,
bahkan di akhirat juga ianya bakal dipersoalkan Tuhan !!!

Maka...selagi berpeluang ~ carilah makanan yang "Halal",
seboleh mungkin makanan yg disediakan oleh orang kita,
kerana diyakini mereka faham akan adab berniaga-jual,
demi mencari rezeki "Halal" ~ mengikut lunas agama.

Dan......

Akhirnya...berbalik semula pada cerita di perenggan ke2,
di Pasar Minggu itu~ 2keluarga Melayu sahaja berniaga,
1 ~ Pemastautin Tetap dari Seberang Tanah-Air kita,
1 ~ rakyat tempatan setempat yg amat minat berusaha.

Namun ke2-2 jajaan makanan ~ selera tidak terpikat,
kenalah saya bersarapan di sebuah Kedai Mamak juga,
itupun sebab pekerjanya sering kelihatan bersolat Jumaat,
serta ada bukti di akhbar tentang makanan kedai mereka,
maka keyakinan tentang "keHalalan"juadah ~ agak kuat,
tapi "kantoi" sikit~ taraf kebersihan premis ~ " B " pula,
nak buat macamana ~ makan sikit demi tambahan kudrat,
itupun jamah "Roti Canai Kosong"+"Horlick"suam sahaja.

Alhamdulillah...ada lagi rezeki dari Allah untuk saya,
Alhamdulillah...hanya buat Allah ~ Tuhan Yang Maha Esa.

Hmm......

Demikianlah serba sedikit pengalaman yang dilalui,
semoga ada pengajaran yang boleh anda dapati,
sekian sahaja hasil nukilan buat tatapan anda kali ini,
Insya`Allah ~ jika berpeluang...bakal berjumpa kembali.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

No comments: