Tuesday, October 5, 2010

Aidil Fitri Penuh Kepelbagaian...

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga anda semua sentiasa sejahtera,
dipelihara Allah dari sifat-sifat tercela,
dibimbingi-Nya dengan sifat-sifat mulia,
ketika menjalani kehidupan ini selaku hamba.

Hari ini genap 20hari "Post" terakhir dilayangkan,
di alam siber untuk tatapan pembaca budiman,
bukannya tiada idea mahupun "beraya sakan",
tapi lantaran "laptop" tiada ~ sedang dibaikpulihkan !!!

Alahaiii...banyak perkara berlaku dalam tempoh itu,
yang mungkin sesuai untuk dikongsikan bersama,
mungkin saya hanya mampu paparkan isu-isu tertentu,
yang mungkin mendorong kita untuk "mengasah minda".

Sambutan Aidil Fitri makin sampai ke punghujungnya,
mungkin ada yang melaluinya dengan agak "huru-hara",
~ murid sekolah rendah sibuk mengulangkaji pelajarannya,
kerana peperiksaan UPSR & SRA akan bermula,
manakala IbuBapa turut sibuk "menemani" si anak juga,
turut serta "kurang" dapat nak beraya dengan "selesa",
kerana kerisauan yang turut bermaharajalela di jiwa,
penuh harapan ~ agar kejayaan cemerlang mampu dicipta.

Buat mereka yang bekerja makan gaji pula,
Aidil Fitri kali ini agak "memeritkan" terasa,
walaupun Aidil Fitri awal 2minggu tarikh tibanya,
namun...gaji mereka tetap dibayar ikut tarikh biasa,
bantuan khas RM500 oleh kerajaan telah ada tersedia,
mungkin mampu mengurangkan "bebanan" sementara,
namun dengan perubahan taraf hidup+kehendak semasa,
RM dalam kehidupan kini amat penting untuk menjana,
dari sekecil-kecil benda sehingga sebesar-besar agenda,
secara disedar/tak disedari+membiarkan ia menguasai kita,
kerana itulah dunia masa kini ~ manusia telah "digula-gula",
oleh "keutamaan benda" dari keluhuran jiwa dan raga.

Ada juga yang melaksanakan "Walimatul-Urus",
mungkin kerana janji telah dimeteri sesama keluarga,
mungkin tarikh & waktu yang direncana itu bagus,
mungkin sambil berhari raya ~ sejarah mampu ditempa,
meraikan tetamu hadirin serta diraikan tetamu sekali gus,
namun...apa-apa pun ~ niat yang baik elok disegera,
~ mengeratkan "silatul-rahim" secara terang @ halus,
demi menegakkan tuntutan agama & peradaban manusia,
namun...mungkinkah sambutannya agak "kurang telus"?
kerana bukan semua hajat dicita mampu jadi nyata,
kerana manusia punya pelbagai alasan untuk "lolos",
tambahan pula sambutan Hari Raya masih baru bermula.

Ada yang bersedih di Aidil Fitri ~ kehilangan ahli keluarga,
...kembali ke asal kejadian mereka ~ dari tanah kita bermula,
maka kepada tanah juga kita bakal dihimpunkan semula,
kerana begitulah lumrah kehidupan kita di dunia,
bilamana segala kejadian dicipta-Nya pasti pasangannya ada,
~ suka-duka;susah-senang;miskin-kaya;ada-tiada,
~ kecil-besar;tua-muda;perempuan-lelaki;jiwa-raga,
~ buruk-baik;hidup-mati;dunia-akhirat;syurga-neraka,
maka janganlah kita terlalu bersedih kerana dugaan-Nya,
walaupun bersedih itu biasa namun janganlah sampai merana,
seolahnya kita tidak redha dengan ketentuan Yang Maha Esa,
sedangkan selama ini nikmat-Nya pada kita tiada terhingga.

Ada yang bercuti di Aidil Fitri ~ meragam & mengada-ngada,
dah dapat cuti lama...namun...nak tambah lagi cuti suka-suka,
orang lain yang dah penat kerja & "cover" ~ nak berehat juga,
tapi "mereka-mereka" ini buat-buat tak faham pula,
itu yang bila hilang sabar ~ urusan pejabat jadi "cacar-merba",
orang ini tak puas hati ...orang itu "report" kat sini-sana,
yang bercuti+meragam tentu sahaja pandai mencipta cerita,
tetapi yang nak mentadbirnya ~ boleh gugur rambut di kepala,
demi memuaskan hati semua "staff" yang rasa teraniaya.......
nak buat macammana ~ nama pun manusia ~ sabarlah sahaja !!!

Manakala pada mereka yang amat meminati "nostalgia lama",
"re-union" member sepersekolahan+sekerja direncana,
sambil berhari raya..."silatul-rahim" mampu dieratkan semula,
sambil bertukar-tukar cerita & "contact bisnes" dijala,
bolehlah menambah rangkaian serta berpeluang mencari laba,
namun...kalau ikhlas semata-mata ~ Alhamdulillah adanya,
tapi...kalau ada "udang sebalik mee" ~ sendiri ingatlah ya !!!,
hmm...ikut sukalah ~ mungkin maksud menghalalkan cara !!!

Aidil Fitri ~ Hmm...penuh kepelbagaian......

Dan......

Hari Jumaat ini ~ Aidil Fitri bakal meninggalkan kita semua,
Alhamdulillah...Allah masih memberikan kita kesempatan,
menikmati+meraikan Aidil Fitri selepas sempurna Ibadah Puasa,
namun bagaimana agaknya Ramadhan+Syawal di tahun depan?
adakah peluang & nikmat begitu mampu kita kecapi semula,
atau mungkinkah kita kini semakin sampai ke penghujung jalan?

Maka......

Amat beruntunglah sesiapa yang menghargainya,
menghargai Ramadhan & Aidil Fitri secara digalakkan agama,
bagi yang mensia-siakan peluang itu ~ amat rugi terasa,
kerana peluang tak datang berganda ~ selalunya sekali cuma,
kerana hari ini takkan sama dengan hari esok yang bakal tiba,
dan tidak juga akan serupa dengan semalam yang telah tiada.
untuk itu ~ hargailah ia selagi kita masih berpeluang & terdaya,
kerana esok dan lusa ~ tiada sesiapa mampu menjangka.

Akhirkata......

Renung-renungkanlah cerita tadi secara mendalam,
semoga rahsia serta maksudnya mampu anda faham,
kini dah tiba masanya untuk saya kembali berdiam,
saya sudahi dengan ~ Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

No comments: