بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Kalimah Suci ~ nukilan dimulai,
semoga anda & saya sentiasa berbahagia,
beroleh rahmat & hidayah dari Ilahi,
di kehidupanan kini hingga ke akhir masa.
Hampir 3 ~ 4minggu cuaca agak berbahang,
terasa terik dan adakalanya berjerebu juga,
banyak rerumput dulunya hijau kini kuning berbelang,
mungkin juga kerana hujan sudah lama tak menimpa.
Dalam suasana yang kurang selesa begini,
adakalanya "tindakan" juga mampu diluar jangka,
kerana "boring" dengan fenomena terkini,
maka pada 18hb kami sekeluarga jalan-jalan ke Melaka.
Kebetulan Melaka akan diistiyharkan Negeri Maju,
pada ~ jam 20:10 - tarikh 20hb10 - tahun 2010,
maka rasanya eloklah kami pergi "merambu",
bolehlah sambil merayau-rayau mengeluarkan peluh !!!
Sampai di Ayer Keroh Country Resort sekitar 1.00petang,
tempat pelancongan ~ Taman Mini Malaysia+Mini Asean,
terdapat juga Taman Lebah Sedunia di jalan seberang,
namun...itu bukan matlamat yang telah direncanakan,
tapi kerana perut dah lapar ~ kaki pun dah "goyang",
serta memang saja dilaparkan ~ nak rasa sejenis masakan,
masakan "popular" orang tempatan yang amat terbilang,
iaitu "Masakan Asam Pedas" pelbagai jenis Ikan.
Gerai makanan bernama "Selera Idaman",
ada pelbagai lauk telah dimasak untuk sajian,
semuanya nampak sedap & amat menyelerakan,
namun "Masak Asam Pedas & Gulai Kawah" jadi pilihan,
kerana masakan yang lain ~ banyak boleh kedapatan,
maka eloklah rasanya dicuba sedikit kelainan masakan.
Memang benarlah seperti yang dikata & diceritakan,
bahawa "Masakan Asam Pedas Melaka" memang berbeza,
rahsia masakannya jelas terletak pada rempah+ramuan,
bukan saya yang mengiakan malahan seisi keluarga juga.
Alhamdulillah ~ kami rehat sebentar selepas menjamu selera,
"Mini Malaysia+Asean" ~ sebelum ini dah pernah dilawati,
nak ke "Taman Lebah Sedunia" ~ malas pulak rasanya,
tambahan pula kami ada perancangan tersendiri.
Jeng...Jeng...Jeng...Ke "Bandar Hilir" ~ destinasi ditujui,
berhenti di Masjid Fat`hur Rahman untuk bersholat,
sholat Jamak+Qasar Zohor berserta Asar dilaksanai,
~ berusaha agar menyempurnakan amanat+ibadat,
kepada Tuhan tanda perhambaan juga mohon diredhai,
serta bersyukur pada-Nya ~ atas segala anugerah+nikmat.
Kereta di"parking" setentang "Muzium Kastam Di-Raja",
caj "parking" hanya RM1.00 sahaja perlu dibayar,
maka bermulalah "explorasi" kami di "Muzium Samudera",
dengan memasuki & menjelajahi "Kapal Flor De La Mar".
Kapal berukuran 22 kaki lebarX110 kaki panjang adanya,
dalamannya diubahsuai sebagai muzium untuk tatapan semua,
~ mempamerkan 4 era Sejarah Kesamuderaan Melaka,
1~ (1400~1511)Era Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka,
2~(1511~1641) Era Portugis - Negara Penjajah Pertama,
3~ (1641~1795) Era Belanda - Negara Penjajah Kedua,
4~ (1824~1957) Era British - Negara Penjajah Ketiga,
sehingga tahun 1957 ~ Kemerdekaan Tanah Melayu akhirnya.
Di Kapal setinggi 6 tingkat dari bawah hingga ke atasnya,
di dalamnya turut mempamerkan pelbagai perkara,
di antaranya :- aneka rempah ratus yang dijaja,
diorama+audio visual+lukisan+model kapal+peta lama,
meriam+peti besi+duit syiling dahulu kala,
serta pelbagai artifak berkaitan maritim di Melaka,
~ Muzium ini sebenarnya memberikan peringatan kepada kita,
bila hilangnya Kuasa Politik maka hilanglah segala-galanya......
Setelah penat "Kapal Flor De la Mar" dijelajah,
kami turun menuju ke "Muzium samudera II@ Dua",
pada masa itu ~ kaki dah mula penat & "goyah",
namun...kerana tiket dah dibayar ~ kami teruskan juga.
"Muzium Samudera II @ Dua" ~ konsepnya sedikit santai,
mengisahkan tentang maritim dan hal-hal yang berkaitan,
~ tentang kehidupan masyarakat melayu di pesisir pantai,
~ kehidupan haiwan di pesisir pantai & di dalam lautan,
~ peninggalan barangan di dasar laut tika badai melandai,
~ hasil seni ukiran+jenis @replika sampan ikut ketuanan,
~ peralatan "scuba"& barangan lama yang tak lagi dipakai,
serta model+gambaran tokoh-tokoh maritim turut dipamerkan.
Tiket memasuki "Muzium Samudera" merangkumi 3 lokasi,
1~ "Kapal Flor De La Mar" ; 2 ~"Muzium Samudera Dua",
dan 3 ~ "Muzium TLDM" yang terakhir sekali,
jadi...masuk jangan tak masuk tengok ~ nanti rugi pula !!!
Di "Muzium TLDM" ~ semuanya berkaitan ketenteraan,
hingga kepada Ketua Turus terkini serta sejarah penubuhan,
dari Carta Organisasi+ranking@pangkat & cara berpakaian,
ada sijil watikah+cenderahati juga gambar kenang-kenangan,
serta peralatan@persenjataan yang telah@masih digunakan,
Helikopter & Kapal Peronda sebenar turut dipamerkan !!!
Penatnya berjalan !!! ~ itu baru 3 muzium yang berdekatan,
belum lagi Muzium Seni Bina Malaysia+Muzium Islam Melaka,
Muzium Umno+Muzium layang-Layang+Muzium Kecantikan,
Muzium Dunia Melayu & Islam+Kota@Kubu A-Farmosa,
Bukit St.Paul+Memorial Pengistiharan Kemerdekaan,
Kompleks Dataran Pahlawan+Bangunan Istana Melaka,
Kincir Air Zaman Kesultanan Melaka juga kedapatan,
kerja Arkeologi Kota Bastion Of Frederik Hendrik pun ada,
itu belum lagi bergambar kat pelbagai kenderaan:-
kat Kereta Lembu+Keretapi+Kapal Terbang+Kereta Bomba,
Mak oiii...penat ~ kalau semua tempat mahu dibuat lawatan,
silap hari bulan ~ tak larat jalan & boleh "pengsan" jadinya !!!
Dulu sebelum Dataran Pahlawan dipermodenkan,
gerai-gerai yang menjual cenderahati mudah dilawat,
namun setelah Dataran Pahlawan dinaiktarafkan,
~ Pusat Membeli Belah Moden dibangunkan setempat,
peniaga-peniaga cenderahati turut sukar kelihatan,
bukan kerana disisihkan tapi penempatan baru dibuat,
di "Heritage Bazaar" ~ mereka semua ditempatkan,
kelihatannya seperti lebih selesa+menarik minat,
namun...ramai pengunjung tak tahu lokasi & kesesatan,
hingga ada yang dah 8kali datang ~ baru jumpa tempat,
nak salah siapa ya? Pengunjung malu bertanya @ segan,
atau lokasi agak tersorok ~ kelibat peniaga sukar dilihat !!!
Setelah berkunjung ke beberapa lokasi bersejarah,
membeli produk makanan & cenderahati tanda kenangan,
akhirnya kami sekeluarga mengahiri ziarah,
Negeri Melaka Bersejarah kami tinggalkan,
pulang ke rumah kemudiannya destinasi terarah,
pulang dengan pelbagai kenangan & penuh kepenatan !!!
Sekianlah dulu kisah perjalanan kami ke Melaka,
maklumlah jari jemari pun dah lengguh menaip kata,
manakala "minda" pun dah penat merencana cerita,
maka ~ izinkan saya berehat barang seketika,
Insya`Allah ~ bakal tersedia cerita baru di lain masa,
akhirkata ~ Terima Kasih & Wassallam dari saya.
No comments:
Post a Comment