بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah ~ kesempatan datang kembali,
bagi membolehkan saya berkongsi pengalaman,
semoga anda sentiasa dirahmati oleh Ilahi,
berbahagia di sini dan Insya`Allah ~ di hari kemudian.
Cuaca pagi Hari Ahad 10.10.10 ~ redup & mendung sahaja,
setelah pulang dari kerja & bersarapan,
kami 3beranak ke KL ~ menjemput si "anak dara",
kerana ingin sekeluarga bersama ke Majlis Pernikahan.
Dari KL kami berpatah balik ke Putrajaya,
Masjid Tuanku Mizan ~ destinasi yang direncana,
untuk menghadiri Majlis Pernikahan Angkasawan Negara,
iaitu di antara Dato` Dr Sheikh Muzaffar dengan Dr Halina.
Setiba di Masjid ~ Dr Sheikh Muzaffar sudah kelihatan,
di Pintu Masuk Utama Masjid ~ kehadirannya diraikan,
kami berpusing-pusing mencari "parking" yang kekurangan,
kerana terlalu banyak kenderaan berderetan di sepanjang jalan.
Di sisi jalan Pintu Masuk Imam Shafie ~ kami "parking",
diikuti kenderaan krew TV3 dihadapan kereta kami,
kami terus ke Dewan Sholat Utama tanpa rasa runsing,
kerana telah tahu lokasi ~ sebelum ini kami dah ziarahi.
Kali pertama datang dulu ketika Masjid tersebut dirasmikan,
pada Bulan Ramadhan ~ Sholat Jumaat pertama dilaksanakan,
Media membuat siaran langsung ~ pada rakyat dipertontonkan,
maka kerana telah berpengalaman ~ tidaklah kami kesesatan.
Orang ramai kelihatan tertumpu di Dewan Sholat Utama,
namun Majlis dirancang berlansung di Ruang Legar Kanan,
hanya di tepi Dewan Utama Sholat ~bersebelahan sahaja,
mungkin untuk memudahkan aturcara yang telah dirancangkan,
serta untuk mengelakkan isu yang pernah melanda negara,
bilamana ada Bukan Muslim "beriktikaf" di "Saf Persujudan".
Tetamu & hadirin dari pelbagai pelusuk negara kelihatan,
terdapat juga dari pelbagai pelusuk dunia & pelbagai bangsa,
mereka berpakaian mengikut "etika" ditetapkan & bersopan,
paling tidak menutup aurat & berselendang menutup kepala,
ada juga memakai jubah biru yang Pihak Masjid sediakan,
terutama Warganegara Asing paling banyak menggunakannya.
Pengamal Media yang membuat liputan ~ agak ramai juga,
yang dapat Hak Ekslusif membuat liputan ~ pakaian mereka sama,
yang datang mencari berita ~ pakaian mereka beraneka,
baik dari arus Media Utama atau Media Altenatif ~ semua ada,
dan yang tidak "relevan" (termasuklah saya ~ HaHaHa) ~ ada juga,
maklumlah dapat sedikit "syer" cerita sensasi di Majlis Istimewa,
tumpang "glamour" di Majlis Pernikahan Angkasawan Negara,
kerana mungkin dalam sejarah ~ inilah yang pertama kali dirasa !!!
Dalam keadaan bersesakan ada kejadian tidak diingini terjadi,
bila ada hadirin yang menyangka "kolam air" adalah Marmar,
ingat nak "cilok" dari tepi ~ mudah jalan tapi jatuh tanpa aksi,
"bedeburrr"...jatuh macam nangka busuk yang telah tercemar,
bukan hanya seorang tapi hingga 8 orang ~ bila diingat-ingati,
cuma "aksi fancy" mereka tak sempat "dirakamkan gambar" !!!,
hmm...nak buat macammana? bukan itu kejadian yang diingini,
pada yang mengalaminya ~ diharapkan mampu bersabar......
Kejadian yang tak diingini akhirnya dapat dielakkan,
bila ahli keluarga sebelah Dr Halina bertindak pantas,
meminta agar segera diletakkan "Kain Rentang Keselamatan",
bagi memastikan para tetamu sentiasa peka & berawas-awas,
serta petugas "cleaner" ditempatkan di lokasi kejadian,
untuk turut membantu & memudahkan mereka penyelaras.
Akhirnya Majlis ditunggu-tunggukan pun bermula,
ketibaan Dr Halina dan rombongan diumumkan,
Pantun dari "MC" berkumandang sekitar Dewan Sholat Utama,
didahului dengan Para Pembawa Barangan Balasan Hantaran,
suasana dipersekitaran mula terasa "bahang"nya,
para Jurugambar semakin pantas "merakam gambar kenangan",
para Pemberita mula sibuk memasang telinga & melakar cerita,
para Tetamu Kehormat+Saudara Mara Terdekat ~ berbisikkan,
~ namun reaksi Dr Sheikh Muzaffar kelihatannya tenang sahaja,
para hadirin ada yang "lepak" ~ ada yang "meninjau-ninjauan",
dan...Majlis terus berjalan sebagaimana yang telah direncana,
maka...jom kita lihat Perjalanan Majlis tersebut ikut turutan:-
~ Keluarga Bakal Pengantin Lelaki telah sedia menunggu,
~ Keluarga Bakal Pengantin Perempuan turut telah bersedia,
~ Bakal Pengantin Lelaki beramah mesra dengan para tetamu,
sambil duduk di atas alas...menanti dengan debaran di dada,
~ Bakal Pengantin Perempuan tiba ~ kelihatan cantik & ayu,
tersenyum & ceria ...melambai-lambai pada sanak saudara,
~ Majlis Berbalas Pantun antara Wakil Rombongan pun berlaku,
merangkumkan banyak perkara seperti dicita & diminta,
~ Bakal Pengantin Perempuan ditanyai terlebih dahulu,
adakah setuju dinikahkan sebelum upacara akad nikah bermula,
~ Khutbah Nikah dibacakan oleh Pendaftar Nikah tanpa terburu,
~ Akad Nikah dilaksanakan sendiri oleh Bapa Dr Halina,
~ Dr Sheikh Muzaffar men"Qabul"kan dengan 1 lafaz tanpa ragu,
~ Doa ringkas dibaca oleh Bapa Dr Halina ~ sayu nadanya,
~ Dr Sheikh Muzaffar membaca "Lafaz Taklik" yang telah ditentu,
~ Beliau berSholat Sunat Nikah ~ mohon restu Yang Maha Esa,
~ Acara "Batal Air Sembahyang" bermula ~ acara paling ditunggu,
~ Sesi "posing" dan bergambar paling romantik & agak lama,
~ Diakhiri dengan bertukar-tukar barang hantaran terdahulu,
~ Tanda Majlis Utama telah sampai ke penghujungnya.
Kemudian......
Para tetamu dijemput menjamu selera di khemah tersedia,
~ Tetamu Istimewa & Sanak Saudara dijamu di khemah berbeza,
untuk orang ramai ~ ala buffet & beratur panjang : cara biasa,
duduk mana-mana suka ~ ala-ala berkelahlah...senang cerita.
~ Tetamu Istimewa & Sanak Saudara ~ bak di restoran layannya,
juadah sajian antara kami & mereka mungkin ada berbeza,
tapi Alhamdulillah...ada juga rezeki menjamu selera ~ antaranya:-
~ Nasi Tomato+Ayam Masak Merah+Jelatah ~ dibungkus segera,
~ Roti Nan+Ayam Tandori+Acar Berkuah+Kari Dal ~ pun ada,
~ Air Sirap & Cendol Seremban ~ untuk menghilangkan dahaga,
~ Tisu & Sudu Plastik turut dibekalkan juga,
serta "Telur Pindang" seorang satu ~ sebagai cenderamata.
Sebenarnya di bawah khemah ~ "Pelamin" telah tersedia,
untuk sesi bergambar kenang-kenangan untuk para tetamu,
tak kiralah peminat+Sanak Saudara+Tetamu Istimewa,
bakal berpeluang bergambar dengan Pengantin Baru,
namun...kerana waktu Sholat Zohor telah bermula,
maka kami tinggalkan acara tersebut ~ bersholat dahulu,
mungkin waktu itu ~ Pengantin Baru sedang menjamu selera,
serta mungkin mereka sibuk melayan para Tetamu Tertentu.
Selesai Sholat Zohor berjemaah ~ kami turun untuk beredar,
mungkin kerana dah kepenatan & ada lain perancangan,
kami tinggalkan Majlis tanpa "mengintai-intai" sesi bergambar,
namun ada 20tangkai Bunga Rose+gambar sebagai kenangan,
untuk ingatan di lain waktu ~ seiring masa yang beredar,
yang kami pernah jadi tetamu Pernikahan Seorang Angkasawan.
Sekian dahulu perkongsian cerita pada kali ini,
walaupun sebenarnya ceritanya masih banyak lagi,
namun rasanya ~ mungkin cerita bersambung di lain kali,
akhir kata ~ terima kasih & hingga bertemu kembali,
~ maafkanlah segala kekurangan diri ini... seikhlas hati,
agar kita semua mampu hidup penuh harmoni.
Sekian & Wassallam.
4 comments:
indahnye majlis perkahwinan ini...
bak kata mc
"satu upacara yg disukai oleh Allah iaitu berumah tangga"
Fami pown nak kahwin la...
bila boleh mula?
Boleh & No Problem...bila kamu telah cukup syarat sepertimana yg telah digariskan oleh Syarak serta telah bersedia dari segi "mental & spiritual+fizikal+material".Dah cukup syarat-syarat tersebut ke?
spiritual...x pe leh mintak kat ibu...
fizikal...cukup mantap..
material....abah ada
mental???1 MALAYSIA ADA....x de masalah....
Post a Comment