Wednesday, October 27, 2010
Sekeping Gambar Itu......
بسم الله الرحمن الرحيم ~ Dengan Kalimah Suci saya mulakan,
السلام عليكم ~ ucapan untuk Muslim+Muslimah budiman,
الحمد لله ~ saya masih diberikan Allah kesempatan,
إن شاء الله ~ ada cerita bermakna yang bakal dikongsikan......
Bila lihat gambar diatas sepintas lalu,
apakah gambaran yang kita dapat lihat?
Hmm...bentuk & warna yang tertentu !!!
serta tulisan yang tersusun & "berselirat".
Bila gambar tersebut lama sikit dilihat,
tentunya "persepsi" kita tadi dah berbeza,
Ohh...Jam Dinding rupanya menunjukkan waktu,
yang berbentuk Bulat & berbentuk Segi Empat,
ada warna Biru,Meroon.Hijau & Kelabu juga,
dan waktu-waktu yang dipaparkan agak mengeliru...
Bila gambar tersebut dilihat lagi lama,
pandangan terarah ke tulisan rumi di bahagian atas,
serta tulisan jawi dibawah jam-jam yang tersedia,
maka maksud sebenar gambar mungkin semakin jelas.
Bila gambar tersebut semakin lama dihayati,
ada peringatan untuk kita insafi-insafi,
kerana telah jelas peringatan yang diberi,
agar kita menjaga waktu Sholat Fardu yang telah ditetapi.
Maka......
Bila gambar tersebut mampu menginsafkan kita,
maka diharapkan kita semakin rasa diri ini hamba,
yang dijadikan Allah untuk mengEsakan-Nya,
~ mengingati-Nya sentiasa walau dalam apa suasana,
kerana Sholat Fardu adalah Rukun Islam yang Kedua,
~ sehebat-hebat Zikirullah adalah Sholat tentunya,
kerana kita mengEsakan Allah dengan pelbagai cara,
~ dari Niat+Lafaz+Perbuatan+Pengharapan juga,
terangkum dalam satu perbuatan dari mula ke akhirnya,
hingga kesannya berpanjangan dalam kehidupan kita.
Namun......
Bila gambar tersebut kita tak lihat lagi,
adakah kita mampu mengekalkan keinsafan itu?
keinsafan atas keFarduan Sholat dalam hidup ini,
atau kita sengaja lupakannya seiring masa berlalu?
mungkinkah kita lupa matlamat kejadian kita ini?
mungkinkah kita rasa hebat dengan kelebihan tertentu?
hingga memungkinkan kita menyimpangkan diri,
dari panduan hidup yang telah diSyariatkan sedari dulu?
Hmmm......
Gambar yang disertakan hanyalah sekeping gambar,
namun terpulanglah pada kita untuk menilainya,
semoga sekeping gambar itu mampu memberi ikhtibar,
agar kita kekal menjadi Umat Islam yang mengEsakan-Nya.
Akhirnya......
Sekian dulu hasil renungan & coretan untuk kali ini,
semoga pengajarannya ~ mampu "mengingatkan" kita,
salah & silap maksud+bahasa ~ maafkanlah diri ini,
kerana saya hanya insan biasa ~ tiada yang istimewa.
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment