Thursday, November 4, 2010

Bersantai Di Hotel Tepian Pantai...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ Kita dipertemukan Allah kembali,
di alam siber ~ dunia persuratan masa kini,
semoga kita sentiasa mencari+beroleh keredhaan Ilahi,
serta berbahagia di dunia & kelak di akhirat nanti.

"Post" kali ini ~ mungkin agak panjang sedikit,
kerana lebih banyak gambar disertakan cerita,
semoga pembaca setia tidak akan "mengungkit",
kerana dipertontonkan "stail" yang sedikit berbeza.

"Rakan Baik" saya menjemput kami sekeluarga,
bersantai & bermalam di "Hotel Tepian Pantai",
pada Hari Sabtu malam Minggu kami pun bersua,
lepas sholat Maghrib+balik dari kerja ~ hajat beliau tertunai.



Dia memang seorang sahabat yang baik & setia,
kami telah berkawan hampir 27 tahun lamanya,
setiap kali Hari Raya ~ dia pasti menziarahi saya,
sama ada datang berteman @ bawa keluarga bersama.

Mungkin "chemistry" antara sesama kami boleh "ngam",
dia agak "gila-gila" sikit manakala saya biasa saja,
orangnya periang+kuat nyakat serta tidak berdendam,
telah menunai Haji ~ namun aksi tetap bak Anak Muda...



Bulan Mei dulu kami sekeluarga ada menginap di Hotel,
tapi kali ni hanya bakal bertiga bukannya berempat,
kerana "Anak Dara" saya takda ~ "study" di Hostel,
sibuk "Exam Sem" ~ nak ajak dia "join" pun tak sempat.



Bilik Hotel berukuran 23 kaki X 13 kaki,
ada dua katil ~ 1 Queen & 1 Single tersedia,
caj sewaan bernilai RM1++ semalam sehari,
tak kisahlah kerana semuanya "Free"~ dibelanja !!!



Makanan ala 'buffet" ~ di Hotel memang kelaziman,
masakannya yang disediakan ~ aneka pilihan,
Alhamdulillah ~ bolehlah menikmati sedikit kelainan,
kerana lepas makan ~ pinggan+gelas orang lain kemaskan,
barulah rasa seronok sikit...macam "Boss" ~ kita diraikan,
sebenarnya ianya termasuk dalam "Pakej" yang disediakan.

Landskapnya cantik & sederhana mewah,
ada Kolam Renang & Padang Permainan,
lepas Makan Malam ~ Kolam Renang pun diterjah,
sambil berenang kami bertukar cerita & pengalaman,
dari cerita zaman persekolahan yang pelbagai kisah,
hingga ke masa kini & juga perancangan masa depan,
punyalah lucu hingga kami ketawa berdekah-dekah,
berendam hingga jam 10 malam pun kami tak perasan !!!

"Rakan Baik" saya menginap di "Chalet" berasingan,
agak mewah sedikit ~ kerana sewaannya mahal,
kami sekeluarga di "Deluxe Room" ditempatkan,
semuanya ditanggung beres ~ apa nak jadi hal !!!



Beza caj sewaan & lokasi penginapan agak ketara,
dari segi saiz bilik ~ namun kemudahan sama,
dan "Chalet" ~ ke arah tepi pantai ia menghala,
bilik kami ~ berhampiran Kolam Renang ianya.

Menginap di "Chalet" tepian pantai ~ rasa harmoni,
ada "Veranda" ~ dapat melihat laut luas terbentang,
tiupan angin yang nyaman kerap terjah-menerjahi,
diikuti "ritma"ombak memukul pantai selang-berselang...

Keesokan harinya kami bersarapan bersama,
setelah bersarapan ~ bilik beliau saya kunjungi,
pelbagai cerita kami sambung kongsi semula,
sebelum diakhiri dengan sesi ber"photography"...

Kami tak dapat berlama-lama di "Hotel Tepian Pantai",
kerana Hari Ahad ~ ada jemputan ke Kenduri Kahwin,
manakala "Rakan Baik" menjelang tengahari perlu beredar,
maka...sesi bersantai di "Hotel Tepian Pantai" pun selesai,
Insya`Allah...kami bakal berjumpa dipertemuan yang lain,
agar pengalaman persahabatan sesama kami sentiasa segar.

Sekian dulu cerita bergambar saya lampirkan,
semoga para pembaca rasa "relax" serta terhibur,
sebarang salah & silap ~ saya mohon kemaafan,
kini saya minta diri dulu kerana dah ngantuk ~ nak tidur...

Sekian+Terima Kasih+Wassalam.

No comments: